Now Reading
31 Individu Cedera Disengat Tebuan Tanah Di Sungai Lepoh, Hulu Langat

31 Individu Cedera Disengat Tebuan Tanah Di Sungai Lepoh, Hulu Langat

Seramai 31 individu telah mengalami kecederaan apabila disengat tebuan tanah ketika sedang mendaki di sebuah pusat peranginan di Sungai Lepoh, Hulu Langat.

tebuan tanah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap sekolah rendah mahupun sekolah menengah pasti akan mengadakan program kem kepimpinan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengasah kemahiran, motivasi dan keyakinan dalam diri pelajar.

Pelbagai aktiviti yang boleh dianjurkan sewaktu kem kepimpinan ini berlangsung seperti latihan dalam kumpulan, kembara malam, sesi ceramah dan banyak lagi.

Namun, nasib malang telah menimpa sekumpulan murid dan guru apabila kem kepimipinan sebuah sekolah di Shah Alam telah terlibat dengan kejadian disengat tebuan tanah semasa sedang mendaki di sebuah pusat peranginan.


21 Murid & 10 Guru Pengiring Jadi Mangsa Sengatan Tebuan Tanah Semasa Hiking

Pada hari Sabtu yang lalu (9 September), seramai 31 individu telah dilaporkan mengalami kecederaan ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di sebuah pusat peranginan di Sungai Lepoh, Hulu Langat.

Kesemua mangsa yang terdiri daripada 21 orang pelajar dan 10 guru pengiring telah tercedera akibat disengat oleh tebuan tanah.

Sumber: Angkatan Pertahanan Awam

Susulan kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata bahawa seramai 6 orang pelajar telah dikejarkan ke Hospital Ampang manakala 25 lagi termasuk 10 guru pengiring dihantar ke Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Dalam pada itu, 6 orang murid yang dibawa ke hospital telah ditempatkan dalam zon merah serta zon kuning dan kini dalam keadaan yang stabil.

Seterusnya, 25 mangsa sengatan yang lain termasuk guru pengiring pula dihantar ke Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Memetik sumber Jurucakap APM, sejumlah 133 pelajar dan 10 guru pengiring daripada sebuah sekolah di Shah Alam sedang terlibat dalam program kem kepimpinan di rumah peranginan tersebut sejak 8 September dan berakhir pada 10 September.


Kali Pertama Mendaki? Ini 5 Barang Yang Anda Perlu Sediakan

Aktiviti mendaki bukanlah sesuatu yang mudah bagi sesetengah individu kerana memerlukan stamina yang tinggi dan fizikal yang kuat.

Namun bagi mereka yang mempunyai rancangan untuk cuba mendaki buat pertama kalinya semasa masa lapang, di sini kami kongsikan beberapa alat kelengkapan yang anda akan perlukan. Antaranya:

1. Beg Galas

Anda dinasihatkan untuk membawa beg galas kalis air yang mempunyai saiz yang sesuai untuk tubuh badan. Beg galas ini bertujuan untuk menyimpan barangan peribadi seperti botol, beg dompet, tuala kecil, snek dan lain-lain.

Sumber: Pexels/Umpan

2. Jaket Kain Tipis (Windbreaker)

‘Windbreaker’ ini direka untuk menahan angin sejuk dan hujan ringan kerana ianya lebih ringan berbanding jaket sukan yang lain.

Jaket ini juga berkesan untuk mengelakkan hipotermia (suhu badan turun secara mendadak) jika anda dalam keadaan suhu yang rendah semasa sedang mendaki.

Sumber: Handy Man/Clever Hiker

3. Botol Air

Botol air adalah salah satu barangan yang paling penting untuk dibawa semasa anda sedang mendaki untuk mengelakkan kehausan dan mengekalkan hidrasi badan. Jenis botol air yang disarankan untuk dibawa ialah botol yang mampu menampung sekurang-kurangnya 1.5 liter air.

Sumber: Pexels

4. Kit Pertolongan Cemas (First Aid Kit)

Apabila sedang mendaki, perlu diingatkan bahawa anda berisiko untuk mengalami kecederaan ringan kerana laluan pendakian yang bahaya dan curam.

Oleh itu, lebih baik sediakan payung sebelum hujan iaitu menyediakan kit pertolongan cemas yang mempunyai alatan yang dapat membantu seseorang yang tercedera.

Sumber: Health/MD

5. Wisel

Wisel adalah penting sekiranya anda tersesat atau ketinggalan dengan ahli kumpulan. Anda boleh meniup wisel apabila sedang memerlukan sebarang pertolongan ketika waktu kecemasan.

Sumber: Wallmart/Web In Travel

Kepada yang mendaki tu, jangan lupa bawa barang-barang ni ya!

Baca Artikel Berkaitan: Hiking Sambil Healing Di KL East Park, Boleh Nampak Pemandangan KL! [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Pendaki Wanita 52 Tahun Ditemui Selepas Sesat Dalam Hutan Selama Hampir 24 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Padah Keluar Mendaki Tanpa Dua Dos, 15 Remaja Dikompaun RM2,000

Sumber: Astro Awani | eCentral


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd