Now Reading
Pendaki Wanita 52 Tahun Ditemui Selepas Sesat Dalam Hutan Selama Hampir 24 Jam

Pendaki Wanita 52 Tahun Ditemui Selepas Sesat Dalam Hutan Selama Hampir 24 Jam

Wanita itu dapat dihubungi melalui panggilan telefon dan juga menghantar lokasinya melalui WhatsApp kepada komander operasi, namun dia gagal dihubungi selepas itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang wanita berusia 52 tahun berhadapan dengan situasi yang begitu mencemaskan apabila sesat di dalam hutan hampir 24 jam ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Botani Hill, Jalan Kebun Bunga, George Town, Pulau Pinang pada Sabtu (8 Januari).

Wanita berkenaan telah dilaporkan hilang pada pukul 4.04 petang selepas keluar mendaki di kawasan berkenaan seorang diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihak mereka menerima maklumat daripada mangsa yang memaklumkan telah tersesat apabila gagal menjumpai jalan keluar semasa melakukan aktiviti pendakian.

Wanita itu dapat dihubungi melalui panggilan telefon dan juga menghantar lokasinya melalui WhatsApp kepada komander operasi, namun dia gagal dihubungi dan pencarian hanya berpandukan kepada lokasi terakhir yang dihantar itu sahaja.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang.
Sumber: Sinar Harian

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa sehingga lewat malam Sabtu.

Walau bagaimanapun, wanita itu masih gagal dikesan.

Operasi disambung pagi Ahad, 9 Januari

Operasi kemudiannya disambung bermula pukul 8 pagi Ahad dengan penambahan anggota pencarian seramai 44 orang terdiri daripada pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba sukarela.

Operasi pencarian dijalankan di kawasan Air Terjun Botani dengan jarak dua kilometer dari kaki bukit. Pencarian dibahagikan kepada empat sektor pencarian yang bermula dari kawasan air terjun dengan radius dua kilometer sebelum mangsa berjaya ditemukan pada pukul 2.57 petang (Ahad) dalam keadaan selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang.

Mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak bermaya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd