Now Reading
Padah Keluar Mendaki Tanpa Dua Dos, 15 Remaja Dikompaun RM2,000

Padah Keluar Mendaki Tanpa Dua Dos, 15 Remaja Dikompaun RM2,000

Tindakan ini dilakukan mengikut Peratuan 16 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPN) P.U(A) 293/2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berikutan kadar vaksinasi dalam kalangan golongan dewasa di Malaysia sudah mencapai 91.5% sehingga 16 Oktober, kerajaan telah banyak memberi kelonggaran kepada rakyat.

Nak rentas daerah dan negeri pun sudah dibenarkan.

Mendengar berita itu, memang ramai yang gembira sebab tak sabar nak keluar beraktiviti selepas terperap lama di dalam rumah.

Namun, kelonggaran ini hanya diberikan kepada golongan yang sudah lengkap dua dos vaksinasi sahaja.

Yang tak cukup lagi tu duduk dulu diam-diam di rumah ya.

Tak cukup dua dos tapi berani keluar mendaki bukit

Menurut laporan Harian Metro, sekumpulan remaja berusia 14 sehingga 18 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas mendaki bukit tanpa lengkap suntikan dua dos vaksin Covid-19.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Zainuddin Md Yusof memaklumkan sekumpulan remaja yang ditahan itu gagal mengemukakan bukti vaksinasi lengkap melalui aplikasi MySejahtera.

Kejadian yang berlaku di Bukit Panau, Kelantan itu menyebabkan setiap seorang dikompaun RM2,000.

Kompaun tersebut dikeluarkan selepas pihak polis membuat pemeriksaan kepada setiap pengunjung di kawasan berkenaan.

Pemantauan dibuat bermula dari kaki bukit sehingga ke puncak.

Tindakan ini dilakukan mengikut Peratuan 16 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPN) P.U(A) 293/2021.

15 lagi pengunjung yang lain diberi amaran oleh pihak polis kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Anggota KKM sudah membuat hebahan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi termasuk memberi nasihat kepada pengunjung berkaitan penjarakan dan pemakaian pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf .

Operasi ini akan dilakukan secara berkala dan diharapkan pengunjung dapat patuhi SOP serta lengkap dua dos vaksin sebelum melakukan aktiviti pendakian.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd