Now Reading
RM45 Cukai Pelancong Akan Dikenakan Di Bali Bermula 2024

RM45 Cukai Pelancong Akan Dikenakan Di Bali Bermula 2024

Yuran itu perlu dibayar secara elektronik dan akan dikenakan kepada pelancong asing yang memasuki Bali dari luar negara atau dari bahagian lain di Indonesia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Para pelancong yang ingin memasuki lokasi peranginan Indonesia di Bali akan dikenakan cukai sebanyak 150,000 rupiah (RM46) bermula tahun depan bagi mengekalkan budayanya.

Cukai ini diperkenalkan dalam usaha melindungi tarikan tropika di Bali.

Menurut laporan, Gabenor I, Wayan Koster menjelaskan bahawa bayaran yuran untuk pelancong asing hanya dikenakan sekali ketika lawatan mereka ke Bali.

Yuran itu perlu dibayar secara elektronik dan akan dikenakan kepada pelancong asing yang memasuki Bali dari luar negara atau dari bahagian lain di Indonesia. Levi tidak akan dikenakan kepada pelancong domestik Indonesia.

Gabenor I, Wayan Koster kepada penggubal undang-undang tempatan.

Mengulas lanjut, lebih dua (2) juta pelancong telah melawat ‘Pulau Dewa’ itu pada tahun lalu ketika Bali dalam fasa pemulihan daripada sekatan pandemik Covid-19 selepas mengenakan dasar toleransi sifar terhadap pelanggaran peraturan.

Cukai ini juga dijangka tidak akan membuatkan ketibaan pelancong menurun.

Ia bukan masalah kerana kami akan menggunakannya untuk alam sekitar, budaya dan membina infrastruktur lebih berkualiti supaya perjalanan ke Bali akan lebih selesa dan selamat.

Gabenor I, Wayan Koster kepada penggubal undang-undang tempatan.

Tindakan Keras Terhadap Pihak Tidak Bertanggungjawab

Untuk rekod, Bali sebelum ini pernah berikrar bahawa pihak mereka bakal mengenakan tindakan keras terhadap para pelancong yang berkelakuan tidak senonoh selepas terjadinya beberapa insiden. Ia termasuk perbuatan tidak menghormati budaya pulau itu yang kebanyakannya penganut Hindu.

BACA JUGA: Parti Di ‘Udara’ Pertama AirAsia Buat Percutian Team TRP Ke Bali Lebih ‘Onz’!

BACA JUGA: Dusun By OpenHouse Bawa Konsep Ala Bali, Indonesia. Tenang Betul! [Review]


Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd