Now Reading
Wanita Ini Kongsi Itinerari Ke Bali Dengan Bajet RM1,500 Seorang Untuk 8H7M

Wanita Ini Kongsi Itinerari Ke Bali Dengan Bajet RM1,500 Seorang Untuk 8H7M

Jumlah kos RM1,500 untuk seorang itu termasuklah tiket kapal terbang, hotel, pengangkutan, makan minum dan sebagainya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain melancong ke sekitar Eropah, negara-negara di Asia Tenggara juga banyak yang best seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Salah satu lokasi percutian yang sering menjadi tumpuan orang ramai adalah Bali, Indonesia yang terkenal dengan pulau dan pantai yang indah untuk bersantai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Kalau nak ‘healing’ di Bali pun seronok juga.

Baca Artikel Berkaitan: Parti Di ‘Udara’ Pertama AirAsia Buat Percutian Team TRP Ke Bali Lebih ‘Onz’!


Itinerari 8 Hari 7 Malam Di Bali, Indonesia

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@Miyabellsoz), wanita ini berkongsi itinerari ketika bercuti ke Bali selama 8 hari 7 malam dengan kos RM1,500 untuk seorang.

Murah kan? RM1,500 itu termasuklah tiket kapal terbang, hotel, pengangkutan, makan minum dan sebagainya.

Kalau korang nak tahu itinerari penuh percutian wanita ini bersama suaminya, jom baca perkongsian di bawah:

Day 1.

Kos penerbangan mereka menaiki kapal terbang AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar Ngurah Rai dianggarkan sekitar RM1,170 pergi balik untuk dua orang.

Bagi memudahkan pergerakan, mereka tidak membawa sebarang bagasi dan hanya membawa barangan secara ‘backpacking’.

Penerbangan mereka dari Malaysia berlepas jam 10:30 malam dan tiba di Bali sekitar jam 1:30 pagi.

Selepas tiba di Bali, mereka terus ke menempah perkhidmatan Grab untuk menuju ke lokasi penginapan dan mendaftar masuk hotel jam 2:00 pagi.

Jam 3:00 pagi pula mereka menikmati hidangan ayam geprek di sekitar kawasan hotel. Katanya memang banyak kedai ayam geprek yang dibuka selama 24 jam di sana.

Sumber: X (@Miyabellsoz)
Day 2 dan Day 3.

Pada jam 12 tengah hari, mereka berdua menuju ke Pelabuhan Sanur dan membeli tiket bot secara ‘walk-in’ untuk ke Nusa Penida dengan harga RM130 untuk seorang.

Perjalanan mereka menaiki bot itu dianggarkan sekitar 1 jam 30 minit.

Setibanya di Nusa Penida, mereka menyewa motosikal dengan harga RM54 (180,000 Rupiah) untuk digunakan selama 3 hari 2 malam.

Antara lokasi yang menarik di Nusa Penida adalah seperti:

  • Diamond Beach
    • Perlu bayar tiket masuk RM10 (35,000 Rupiah).
Sumber: X (@Miyabellsoz)
  • Atuh Beach
    • Tiket masuk sudah termasuk sekali dengan Diamond Beach.
Sumber: X (@Miyabellsoz)
  • Kelingking Beach
    • Masuk percuma.
Sumber: X (@Miyabellsoz)
  • Broken Beach
    • Masuk percuma.
Sumber: X (@Miyabellsoz)
Day 4 dan Day 5.

Mereka berdua mendaftar keluar dan menaiki bot balik pada jam 9:00 pagi sebelum menuju ke kedai menyewa motosikal sekitar Denpasar.

Dari segi pengangkutan, mereka telah menyewa motosikal untuk digunakan selama empat hari di Ubud dan Gianyar dengan harga RM102.

Bagi penginapan pula, mereka mendaftar masuk Hotel The Gria Unique Ubud dengan harga RM75 untuk satu malam.

Antara lokasi yang dilawati di Ubud adalah:

  • Sawah pagi Tegalang (Alas Harum)
  • Tanaman Kopi Satria
  • Taman Beji Griya
  • Air Terjun Chasing
  • Kampung Penglipuran
  • Sari Timbul
  • Pasar Seni
Sumber: X (@Miyabellsoz)
Day 6 dan Day 7.

Untuk hari keenam dan ketujuh pula, mereka bergerak ke kawasan sekitar Uluwatu dan Nusa Dua.

Lokasi menarik yang sempat mereka kunjungi adalah:

#1. Pandawa Beach

Pandawa Beach. (Sumber: X (@Miyabellsoz)

#2. Pantai Batu Barak

Pantai Batu Barak. (Sumber: X (@Miyabellsoz)

#3. Suluban Beach

Suluban Beach. (Sumber: X (@Miyabellsoz)

Pada petang hari ketujuh, mereka mendaftar masuk pula di hotel sekitar Denpasar yang berhampiran dengan lapangan terbang bagi memudahkan pergerakan mereka untuk pulang di pagi hari.

Hotel yang menjadi pilihan mereka adalah Grandmas Plus Hotel Airport dengan harga RM100 untuk satu malam.

Day 8.

Pulang ke Malaysia dengan menaiki penerbangan AirAsia jam 7:00 pagi.


Jumlah Kos Keseluruhan

Kepada anda yang tertanya-tanya tentang pecahan kos mereka sepanjang di Bali, berikut adalah senarainya:

  • Tiket kapal terbang: RM1,170
  • Hotel (7 malam) : RM494
  • Nusa Penida Fast Boat: RM260
  • Sewa Motor Nusa Penida (3h2m): RM54
  • Sewa Motor Denpasar (4h3m): RM102
  • Makan minum, tiket masuk, bayaran parking dan Grab: Sekitar RM900

Jadi jumlah keseluruhannya adalah sekitar RM3,000 untuk dua orang. Kalau nak murah, lebih baik pergi dua orang.


Pelancong Perlu Bayar RM45 Apabila Melancong Di Bali

Sumber: Pinterest

Para pelancong yang ingin memasuki lokasi peranginan Indonesia di Bali akan dikenakan cukai sebanyak 150,000 rupiah (RM46) bermula tahun ini bagi mengekalkan budayanya.

Cukai ini diperkenalkan dalam usaha melindungi tarikan tropika di Bali.

Menurut laporan, Gabenor I, Wayan Koster menjelaskan bahawa bayaran yuran untuk pelancong asing hanya dikenakan sekali ketika lawatan mereka ke Bali.

Baca Artikel Berkaitan: RM45 Cukai Pelancong Akan Dikenakan Di Bali Bermula 2024


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd