Now Reading
Parti Di ‘Udara’ Pertama AirAsia Buat Percutian Team TRP Ke Bali Lebih ‘Onz’!

Parti Di ‘Udara’ Pertama AirAsia Buat Percutian Team TRP Ke Bali Lebih ‘Onz’!

AirAsia menjadi syarikat penerbangan pertama di Asean yang menganjurkan parti di udara bagi meraikan 700 juta penumpang mereka sejak 21 tahun beroperasi.

Parti Di ‘Udara’ Pertama AirAsia Buat Percutian Team TRP Ke Bali Lebih ‘Onz’! (15)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Team TRP baru-baru ini diberi peluang untuk menerokai salah satu pulau percutian terkenal di Asia iaitu Bali, Indonesia selama dua hari satu malam pada 11 dan 12 November lalu bersama AirAsia.

Walaupun percutian kami ini hanya dua hari satu malam, tetapi pengalamannya cukup menyeronokkan. Tak puas pula pergi sekejap je!

AirAsia Terima 2 Penghargaan Di Anugerah Perjalanan Dunia (World Travel Awards) 2022

Penerbangan AirAsia dengan pesawat AK378 yang membawa kami dan para penumpang yang lain dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai (DPS) tidak sama seperti penerbangan biasa sebelum ini ya.

Sumber: AirAsia

Penerbangan kali ini lebih istimewa selepas AirAsia memenangi dua anugerah berturut-turut di Anugerah Perjalanan Dunia (World Travel Awards) 2022 iaitu:

  • Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun kesepuluh berturut-turut.
  •  Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun keenam berturut-turut.

Sebelum ini, AirAsia juga dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk tahun ke-13 berturut-turut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022.

Kami amat berbesar hati kerana diberi penghargaan dengan kemenangan ini sekali lagi selepas beberapa tahun belakangan ini yang agak tidak stabil. AirAsia sentiasa berusaha untuk mengutamakan para penumpang kami dan memastikan perjalanan ke pelbagai negara mampu milik kepada semua tanpa menjejaskan keselesaan mereka. Angerah yang diterima ini pastinya menjadi salah satu berita gembira pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam.
Sumber: AirAsia

Pada masa sama, AirAsia juga mencatat sejarah apabila sudah ‘menerbangkan’ 700 juta penumpang sejak mula beroperasi pada 21 tahun lalu dengan pelbagai destinasi menarik di seluruh dunia termasuklah Asean.

Antara destinasi popular di Asean yang sering menjadi kunjung penumpang AirAsia adalah Bali, Bangkok, Singapura, Ho Chin Minh, Brunei dan banyak lagi.

Sumber: AirAsia

AirAsia jadi Syarikat Penerbangan Pertama Di Asean Lancar Parti Di Udara

Sempena beberapa anugerah yang diterima serta ingin menyambut 700 juta penumpang AirAsia, syarikat penerbangan ini meraikan berita gembira tersebut dengan menganjurkan parti pertama mereka di udara!

Untuk pengetahuan anda, AirAsia menjadi syarikat penerbangan pertama di Asean yang menganjurkan parti di udara dengan menjemput tetamu khas iaitu DJ BATE dan Airliftz.

BATE merupakan ‘duo’ terdiri daripada Ethan Curzon serta Yeoh Wai Hong manakala Airliftz atau nama sebenar Alif Aolani merupakan artis di bawah naungan syarikat RedRecords.

Sumber: Tatler Asia, Instagram/@wearebate

Sebelum parti di udara itu bermula, Presiden Capital A (Komersial) iaitu Collin Currie telah mengendalikan sesi soal jawab dengan memberikan tiket penerbangan percuma ke salah satu destinasi sambungan AirAsia yang dibuka semula iaitu New Zealand kepada pemenang.

BACA JUGA: AirAsia X Kembali Terbang Ke Melbourne Bermula Hari Ini, 2 November 2022

Parti di udara itu dimulakan dengan persembahan muzik hip-hop dari DJ BATE. Antara lagu yang dimainkan adalah FISHER – Losing It dan The Weeknd – Blinding Lights manakala Airliftz pula mempersembahkan beberapa lagu antaranya berjudul Honest.

BATE. (Sumber: AirAsia/ TRP)
Airliftz. (Sumber: AirAsia/ TRP)
Airliftz. (Sumber: AirAsia)

Parti yang pertama kali dilakukan ini mendapat sambutan hangat para penumpang penerbangan AK378 pada 11 November (Jumaat) lalu.

Sumber: AirAsia

Day One.

Selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai (DPS) di Bali, Indonesia sekitar jam 7:45 malam, team TRP dibawa ke hotel penginapan iaitu Hotel Hilton Garden Inn Bali Ngurah Rai Airport.

Sampai sahaja di hotel, kami terus letak barang di bilik masing-masing dan keluar semula untuk makan malam di sebuah restoran iaitu Shrimpis yang terkenal dengan hidangan laut mereka seperti udang dan tiram.

Memang teringat-ingat lagi rasa tiram segar mereka sampai sekarang.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Selesai menjamu selera, kami pulang ke hotel dan berehat.

Bilik di Hilton Garden Inn Bali Ngurah Rai Airport. (Sumber: The Shutter Whale)

Day Two.

Hari kedua kami di Bali bermula pada jam 8:30 pagi dengan bersiap-siap untuk bersarapan di hotel.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Selesai bersarapan, kami mula mengemas barang-barang untuk bergerak semula ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai (DPS) kerana jadual penerbangan pulang kami sekitar jam 2:15 petang.

Jadi perlu sekurang-kurangnya berada di sana satu jam sebelum berlepas.

Tetapi sebelum bergerak ke lapangan terbang, kami berjalan-jalan dahulu dengan menaiki Grab ke Pusat Membeli-belah BeachWalk.

Pusat Membeli-belah BeachWalk. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Lebih mengujakan lagi, pusat beli-belah itu terletak betul-betul berhadapan dengan Pantai Kuta.

Pantai Kuta, Bali. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Memang best sebab boleh pergi dua tempat berbeza dalam satu masa yang sama. Lintas jalan dari Pusat Membeli-belah BeachWalk itu memang akan terus sampai ke Pantai Kuta.

Tak lengkap percutian ke Bali kalau tak singgah di pantai mereka yang cukup memukau. Rasa macam tak nak balik ya!

Pantai Kuta, Bali. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Tapi apakan daya kerana masa sangat mencemburui kami. Walaupun hanya dapat bersantai di Pantai Kuta kurang dari 30 minit, tetapi ianya pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.

Kemudian, kami berjalan semula ke Pusat Membeli-belah BeachWalk untuk mencari teksi dan bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai (DPS).

Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai (DPS). (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Sememangnya percutian singkat ini akan menjadi kenangan manis buat kami. Mana tahu boleh datang ke sini semula dengan ahli keluarga atau rakan-rakan.

Tiket pergi balik menaiki penerbangan AirAsia pun tak adalah mahal sangat.

Till next time, Bali!

BACA JUGA: AirAsia Tambah Laluan Baharu Dari Pulau Pinang Ke Bali

BACA JUGA: AirAsia X Bakal Terbang Ke London, Istanbul & Dubai Tahun Ini

BACA JUGA: AirAsia Kekal Sebagai Pilihan Utama Dalam Kategori Pelancongan. Syabas!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd