Now Reading
Dusun By OpenHouse Bawa Konsep Ala Bali, Indonesia. Tenang Betul! [Review]

Dusun By OpenHouse Bawa Konsep Ala Bali, Indonesia. Tenang Betul! [Review]

Restoran Dusun By OpenHouse telah dibuka pada Mac, 2022.

Dusun By OpenHouse

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, team TRP terokai satu lokasi untuk makanan tengahari dan makan malam yang ekslusif ala-ala berada di Bali, Indonesia. Lokasi restoran juga sangat strategik iaitu terletak di Bangsar Shopping Centre, Bangsar.

Dusun By OpenHouse, BSC merupakan restoran yang membawakan ‘vibes’ seperti di Bali kepada para pengunjung. Menarik, bukan? Malah, setibanya kami di Dusun By OpenHouse ini, kami sangat teruja dengan reka bentuk dalaman restoran tersebut.

Sumber: Siti Murni/TRP

Para pengunjung juga boleh memilih untuk datang ke Dusun By OpenHouse untuk menikmati hidangan menarik mereka, berjumpa dan berborak kasual bersama rakan-rakan ataupun keluarga, menikmati hidangan kopi mahupun hidangan ringan seorang diri diikuti dengan suasana seolah-olah berada di dalam hutan.

Sejujurnya, amat tenang.


Dusun By OpenHouse, BSC.

Sumber: Nur Farahin/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Untuk pengetahuan anda, restoran Dusun By OpenHouse ini telah dibuka oleh Andrew Wong dan Brian Quirk. Mereka kini mempunyai enam pertubuhan di bawah kumpulan Hospitality by ACME, termasuklah:

  • Dusun.
  • OpenHouse.
  • Acme Bar x Coffee.

Restoran Dusun By OpenHouse ini telah dibuka pada Mac, 2022.


Misi Dusun By OpenHouse.

Sumber: Nur Farahin/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Memetik theyumlist, penambahan kedua terakhir kepada portfolio kumpulan ini, OpenHouse telah meletakkan asasnya untuk Dusun. Misi OpenHouse adalah menghidupkan semula ramuan Malaysia dan resepi warisan memberikan team mereka pemahaman kukuh tentang teknik, budaya dan hasil.

Hasilnya ialah Dusun – di mana hidangannya berperisa Malaysia dengan kelainan kontemporari seperti taco, sandwic, dan piza.

Dusun mengekalkan teknik bakar tradisional (atau barbeku) sebagai tema utama. Ia juga adalah satunya elemen memasak yang digunakan di dapur Dusun iaitu dengan menggunakan kayu bakau dan ketuhar asap kayu.

Teknik ini dalam masa yang sama menghidangkan aroma yang menarik buat para pengunjung meskipun ianya tidak dinafikan turut memberi cabaran buat team mereka.

Sumber: Siti Murni/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Di dapur moden Dusun By OpenHouse ini, suhu boleh dikawal tepat dengan satu sentuhan butang sahaja. Walau bagaimanapun, dengan arang dan api, tukang masak perlu mempelajari semula kemahiran ini.

Elemen reka bentuk tertentu juga diperlukan untuk memastikan dapur dalaman tidak berasap. Selain itu, untuk mengimbangi kayu yang terbakar di dapur Dusun, team mereka menyumbang kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society) untuk menanam semula setiap pokok yang telah digunakan.


Team TRP Makan Tengah Hari Di Dusun By OpenHouse, BSC.

Team TRP berpeluang untuk menikmati makan tengah hari gaya Malaysia yang sihat dan berkhasiat di Dusun. NGL, kami enjoy dengan persekitaran restoran Dusun By OpenHouse ini.

Ini kerana setibanya kami di sana, kami disambut dengan baik oleh pekerja Dusun By OpenHouse dan mereka turut memberitahu kami beberapa pilihan menu signature untuk dipesan dan juga menu personal kesukaan mereka.

Walaupun terletak di tengah-tengah bandar di Bangsar, Dusun adalah lokasi menarik untuk anda yang menginginkan suasana makan berlainan diikuti dengan ‘vibes’ seperti berada di dalam hutan.

Sumber: Siti Murni/TRP

Menu Dusun By OpenHouse, BSC.

Dusun By OpenHouse menawarkan menu untuk seorang makan (single dishes), BAKAR (merangkumi Piza yang dibakar), API + ASAP (merangkumi makanan jenis platter, sesuai untuk dikongsi beramai-ramai), panggang seafood, dan juga SENYUM (merangkumi pencuci mulut).

Oleh disebabkan team TRP hanya datang berdua sahaja dan perut kami tidak mampu untuk mencuba menu-menu signature di Dusun By OpenHouse ini, kami hanya mencuba dua jenis menu utama mereka yang disyorkan oleh staf mereka iaitu:

  • Spaghetti Curry Bandung.
  • Asam Pedas Sea Bass bersama Nasi Putih.

Manakala untuk minuman pula, kami mencuba Cold Press Juice (Epal Hijau) dan juga Iced Mango Peach.

Sumber: Siti Murni/TRP

VERDICT:

1. Spaghetti Curry Bandung.

Sumber: Nur Farahin/TRP

“Menu dengan rasa yang sangat complicated, sukar untuk dijelaskan,” kata salah seorang team TRP.

Ianya seolah-olah anda menikmati Laksa Johor, tetapi bukan. Bahan-bahan yang ada di dalam menu Spaghetti Curry Bandung ini adalah daging, kuah yang begitu pekat, keledek, kacang tanah, telur, dan juga tofu.

Bagi kami, bahan-bahan yang ada di dalam menu tersebut terlalu banyak sehinggakan ianya sukar bagi kami untuk menikmatinya. Sejujurnya, menu ini boleh dimakan, tetapi jikalau mengikut tekak dan selera masing-masing, mungkin ada yang tidak akan menyukainya.

Oh! Dan ada juga ‘after-taste’ yang pedas, diikuti rasa manis sedikit.

Rate: 6/10.


2. Asam Pedas Sea Bass bersama Nasi Putih.

Sumber: Siti Murni/TRP

Untuk menu Asam Pedas Sea Bass ini pula adalah kesukaan kami. Menu ini dihidangkan dengan nasi kulim, ladyfingers, aubergine, jicama jungle kerabu dikuti dengan kuah Asam Pedas yang ‘legit’ pedas ditambah pula dengan sambal sebagai ‘side’.

Untuk anda yang menyukai hidangan pedas dan berkuah, boleh cuba menu ini. Portion juga adalah ‘decent’ untuk seorang makan, dan kalau nak kongsi bersama pun boleh. Ikan Siakap yang dihidangkan pula amat ‘fresh’ dan lembut, bagaikan boleh cair di mulut.

Rate: 8/10.


Harga Untuk Makan Berdua, Adakah Berbaloi?

Bagi kami, harga di Dusun By OpenHouse ini sememangnya agak mahal. Namun, jika anda ingin membandingkan dengan restoran lain, Dusun menawarkan pengalaman makan di dusun yang tidak mudah untuk dijumpai di tengah bandar.

Kiranya, anda membayar lokasi, suasana, dan makanan dalam satu bil. Berbaloi jugalah, bukannya hari-hari berkunjung ke Dusun By OpenHouse, kan?

Kami beri ‘breakdown’ untuk harga makanan kami di Dusun By OpenHouse:

  • Spaghetti Curry Bandung (RM33).
  • Asam Pedas Sea Bass (RM37).
  • Green Apple (RM15).
  • Iced Mango Peach (RM19).

Harga di atas diikuti dengan caj servis dan juga SST 6% iaitu berjumlah RM16.96.

Untuk makan berdua sambil menikmati pengalaman di Dusun By OpenHouse ini, kami rasa berbaloi jugalah cuma anda hanya perlu membuat keputusan yang bijak sebelum memesan mana-mana menu untuk dicuba. 😉

Sekian, review dari kami.

  • Dusun By OpenHouse.
    • G9A Bangsar Shopping Centre, Bangsar, Malaysia.
    • Dibuka jam 11am hingga 11pm.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd