Now Reading
Lelaki Didakwa Campak 3 Kucing Jiran Dari Tingkat 15 Kini Ditahan Polis

Lelaki Didakwa Campak 3 Kucing Jiran Dari Tingkat 15 Kini Ditahan Polis

Lelaki berusia 44 tahun yang telah ditahan oleh pihak polis mengaku bersalah telah mencampak tiga ekor kucing milik jirannya dari tingkat 15 sehingga menyebabkan mereka tidak lagi bernyawa.

campak kucing dari tingkat 15 di petaling jaya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak akhir-akhir ini, banyak kes penganiayaan haiwan yang berlaku di Malaysia.

Bahkan sebelum ini pernah berlaku kes di mana seekor kucing telah disimbah dengan minyak panas oleh seorang jiran sehingga melecur kulit haiwan tersebut.

BACA JUGA: Kucing Peliharaan Disimbah Minyak Panas Dengan Jiran Sehingga Luka

Walaupun sesetengah kucing berkelakuan agak pelik seperti suka memanjat dan mengigit secara tiba-tiba, tetapi itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan seseorang untuk menganiaya haiwan.

Lelaki Campak Tiga Ekor Kucing Jiran Dari Tingkat 15

Baru-baru ini, seorang lelaki tempatan telah didakwa menganiaya tiga ekor kucing milik jirannya selepas mencampak haiwan berkenaan dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Jalan PJS 8/9, Petaling Jaya, Selangor.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid memaklumkan lelaki berusia 44 tahun itu telah ditahan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada Isnin lalu (17 Oktober).

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati ketiga-tiga kucing yang dicampak itu tidak lagi bernyawa dan suspek juga mengaku bersalah terlibat dengan kes tersebut.

Berikutan itu, suspek kini direman selama empat hari bermula semalam (18 Oktober) dan disiasat mengikut eksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan khianat terhadap haiwan.

BACA JUGA: Jiran Selamba Langgar Kucing Orang Lain Di Tengah Jalan Sehingga Cedera


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd