Now Reading
Kucing Peliharaan Disimbah Minyak Panas Dengan Jiran Sehingga Luka

Kucing Peliharaan Disimbah Minyak Panas Dengan Jiran Sehingga Luka

Pemilik kucing mengandaikan jiran tersebut menyimbah minyak masak yang digunakan selepas menggoreng ikan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kucing merupakan haiwan peliharaan yang digemari ramai kerana wajahnya comel dan kita pun mudah terhibur dengan kerenah mereka.

Haiwan ini kadangkala ada juga berperangai pelik seperti suka panjat langsir, suka gigit kaki orang secara tiba-tiba dan macam-macam lagilah.

BACA JUGA: [Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu

Walaupun kucing bersifat manja dengan orang, namun ada juga individu yang tidak berapa gemar dengan haiwan comel ini.

Banyak kes di mana kucing diseksa oleh manusia sehingga menyebabkan kecederaan teruk pada tubuh badan haiwan tersebut.

Kesian tau. Tak berhati perut langsung siapa yang sanggup buat dekat kucing comel macam tu.

Kucing disimbah minyak masak sehingga melecur

Menerusi tweet yang dimuat naik oleh @itsclrkhns di Twitter baru-baru ini, dia berkongsi kisah apabila kucing peliharaannya bernama Simba telah disembah dengan minyak masak oleh jiran berdekatan rumah.

Kredit: Twitter @itsclrkhns
Kredit: Twitter @itsclrkhns

Pemilik kucing itu membuat andaian jirannya mungkin menggunakan minyak menggoreng ikan kerana Simba berbau seperti minyak menggoreng ikan ketika pulang ke rumah.

Kredit: Twitter @itsclrkhns

Selepas kejadian itu, lelaki tersebut segera membawa kucing peliharaannya berjumpa doktor untuk membersihkan luka.

Doktor di klinik itu juga sempat memuji Simba yang berkelakuan baik ketika ingin memotong dan membersihkan luka pada badannya.

Kredit: Twitter @itsclrkhns

Menurut lelaki itu lagi, Simba kini sudah boleh makan dan minum seperti biasa dan berharap kucing peliharaannya cepat sembuh seperti biasa.

Bila difikirkan balik, macam manalah ada orang yang sanggup buat perkara seperti itu kepada haiwan.

Lelaki itu juga berharap agar orang yang berbuat perkara kejam kepada kucingnya itu mendapat balasan yang setimpal.

Kredit: Twitter @itsclrkhns

Ramai orang bersimpati dan marah dengan sifat kejam oleh jiran tersebut

Bukan pemilik kucing itu sahaja yang geram, rata-rata netizen yang lain turut merasakan perkara sama.

Ramai yang marah dan geram dengan tindakan tidak berperikemanusiaan oleh jiran berkenaan. Sampai hati dia buat macam tu dekat kucing yang comel.

Ada juga yang sempat berkongsi pengalaman haiwan peliharaan mereka pernah diseksa oleh jiran berdekatan rumah.

Kredit: Twitter @itsclrkhns
Kredit: Twitter @itsclrkhns
Kredit: Twitter @itsclrkhns

Takut betul dengan orang zaman sekarang ni.

Harapnya Simba cepat sembuh dan boleh bermain-main macam biasa dengan tuannya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd