Now Reading
Bersugi Mampu Elak Penyakit Gusi & Pembentukan Plak. Sunnah Rasulullah SAW Ya!

Bersugi Mampu Elak Penyakit Gusi & Pembentukan Plak. Sunnah Rasulullah SAW Ya!

Afdal bersugi menggunakan kayu siswak yang diambil daripada akar pokok arak seperti mana yang digunakan oleh Rasulullah SAW.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memberus gigi merupakan sebahagian daripada rutin harian yang penting bagi mengekalkan kebersihan dan kesihatan mulut.

Biasanya kita membersihkan mulut menggunakan berus gigi, flos dan ubat kumur.

Satu lagi alatan yang mungkin tidak diguna ramai adalah kayu sugi. Umat Islam pasti tahu bahawa menggunakan sugi merupakan sebahagian daripada sunnah Rasulullah SAW.

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini 3 Waktu Yang Perlu Anda Elak Untuk Gosok Gigi

Baca Artikel Berkaitan: Nafas Berbau Busuk? Ini Sebab & Cara Terbaik Untuk Atasinya


Sunat Bersugi Sebelum Solat

Menurut sebuah riwayat daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

لَوْلَا أنْ أشُقَّ علَى أُمَّتي أوْ علَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بالسِّوَاكِ مع كُلِّ صَلَاةٍ

Maksudnya: “Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak pada setiap sembahyang.”

Riwayat al-Bukhari (887)

Berdasarkan hadis ini, bersugi atau bersiwak sebelum menunaikan solat adalah sunat yang disukai (mustajab).

Waktu sunat bersugi adalah ketika mengambil wuduk dan berbeza menurut lain-lain mazhab:

  • Mazhab Syafie dan Hanbali – Bersugi waktu sunat mustajab adalah sebelum kumur-kumur dan selepas basuh tangan.
  • Mazhab Hanafi – Sunat bersiwak setiap kali wuduk ketika berkumur-kumur.
  • Mazhab Maliki – Bersiwak merupakan kelebihan wuduk yang dilakukan sebelum berkumur-kumur.
Sumber gambar: University of Miami

Selain daripada bersugi sebelum solat, ia juga digalakkan dilakukan ketika ingin membaca al-Quran, apabila menjadi kuning atau busuk dan ketika bangun tidur.

Hadis yang diriwayatkan daripada Huzaifah RA:

كانَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ، يَشُوصُ فَاهُ بالسِّوَاكِ.

Maksudnya: “Rasulullah SAW apabila bangun di malam hari Baginda mengosok mulutnya dengan siwak”.

Riwayat al-Bukhari (245)

Dalam masa sama, harus diingatkan juga bahawa makruh bagi seseorang yang berpuasa bersugi setelah masuk waktu zohor.


Kayu Sugi Boleh Bunuh Kuman

Baru-baru ini tular satu video di TikTok yang menunjukkan kuman dalam bentuk organisme paramecium menerusi mikroskop.

Pada mulanya, banyak organisme ini dikesan di dalam air kolam yang diambil.

Namun, setelah diletakkan air rendaman kayu sugi, kelihatan paramecium menjauhi kawasan air rendaman tersebut.

Tidak lama kemudian, kesemua organisme itu mati. Diterangkan bahawa perkara ini berlaku kerana kayu sugi atau siwak mengandungi mineral yang dapat membunuh kuman dan organisme lain.

@wadahkotak

Sejak zaman dahulu, siwak telah dipercaya sebagai cara alami untuk menjaga kesehatan gigi dan mulut. Selain dikenal sebagai bahan yang halal, siwak juga terbukti memiliki sejumlah manfaat yang didukung oleh bukti medis. Ada beragam kandungan alami yang terdapat dalam siwak diyakini bermanfaat untuk menjaga kesehatan gigi dan mulut, di antaranya alkaloid, silika, sodium bikarbonat, klorida, dan fluoride. Selain itu, siwak juga mengandung berbagai bahan alami lainnya seperti vitamin C, kalsium, sulfur, minyak esensial, dan tannin. (tanyapepsodent.com) Buat yang pengan mencoba kayu siwak bisa cek di bio 🙂 #kuman #siwak #mikroskop #mikroba #wadahkotak

♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic

Menurut jenama penjagaan gigi Listerine, kayu sugi mengandungi pelbagai mineral seperti klorida, natrium bikarbonat dan kalium.

Malah, ia turut mempunyai kandungan fluorida, fosfat dan kalsium, iaitu mineral yang membentuk struktur gigi itu sendiri.

Di samping itu, terdapat pelbagai kebaikan menggunakan kayu sugi untuk membersihkan gigi dan mulut:

  1. Mengelakkan pembentukan plak
  2. Melawan penyakit gusi
  3. Mengelakkan gigi reput menjadi lebih teruk
  4. Menguatkan lapisan enamel gigi
  5. Menghasilkan mulut yang sihat


Berus Gigi Boleh Dikira Sebagai Bersiwak?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, jika memberus gigi boleh mendapat pahala bersunnah seperti bersiwak?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, alat untuk bersugi adalah benda yang suci dan kesat seperti kayu siwak, dahan zaiton dan kain.

Kayu siwak daripada akar pokok arak adalah yang paling afdal seperti yang digunakan oleh Rasulullah SAW. Riwayat daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata:

كنتُ أجتَني لرسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم سِواكًا من أراكٍ

Maksudnya: “Aku telah memotongkan untuk Rasullullah SAW alat mengosok gigi daripada akar pokok arak.”

Di samping itu, di dalam kitab Faidh al-Ilah al-Maliki disebutkan bahawa seseorang dianggap melakukan sunat bersiwak jika menggunakan perkara yang kesat dan suci yang dapat menghilangkan warna kuning pada gigi.

Oleh itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa memberus gigi menepati maksud bersiwak dan dianggap sebagai perkara sunnah.

Sumber gambar: Unsplash

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd