Now Reading
Bubur Talbinah Makanan Sunnah Rasulullah SAW, Ini Cara Membuatnya

Bubur Talbinah Makanan Sunnah Rasulullah SAW, Ini Cara Membuatnya

Selain daripada mempunyai banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan, Rasulullah SAW bersabda talbinah dapat melegakan hati dan menghilangkan perasaan dukacita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umat Islam pasti mengetahui makanan-makanan sunnah yang sering diambil oleh Nabi Muhammad SAW seperti kurma, madu, kismis dan zaitun.

Satu lagi makanan sunnah Rasulullah SAW yang mungkin jarang didengar orang ramai adalah talbinah yang dihasilkan daripada barli.

Menurut ulama Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, talbinah adalah sup yang dihasilkan dengan merebus tepung barli dan gandum bersama kulitnya. Beliau juga menggambarkan hidangan berwarna putih itu sebagai hampir sama dengan yogurt.

Ibn Qayyim berkata talbinah merupakan hidangan yang senang dihadam dengan kandungan nutriennya dapat diserap oleh badan dengan cepat.


Bijiran Barli Penuh Dengan Khasiat

Barli sememangnya bijiran yang penuh dengan khasiat. Ia mengandungi pelbagai nutrien berkhasiat seperti serat, vitamin B1 dan antioksida.

Menurut Healthline, antara kebaikan barli terhadap kesihatan adalah:

  1. Mengurangkan kelaparan yang boleh membantu menurunkan berat badan.
  2. Kandungan serat tinggi meningkatkan penghadaman.
  3. Mengelakkan pembentukan batu karang.
  4. Bantu dalam mengurangkan kolesterol.
  5. Mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  6. Melindungi daripada diabetes.
  7. Mengelakkan kanser kolon.

Selain itu, air rebusan barli dipercayai dapat menyejukkan badan. Malah, Rasulullah SAW sendiri pernah memberi sup barli kepada orang yang sedang demam.

Memandangkan ia bijiran yang mengenyangkan dan dapat menyejukkan badan, barli merupakan makanan yang sesuai diambil oleh seseorang yang sedang berpuasa.

Sumber gambar: Department of Agriculture and Food Australia

Talbinah Sebagai Pengubat Hati

Selain daripada mempunyai khasiat barli yang dapat membantu dari segi kesihatan, talbinah juga disebut oleh Rasulullah SAW sebagai hidangan yang dapat melegakan hati dan menghilangkan rasa sedih.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Yahaya bin Bukair, telah menceritakan kepada kami oleh al-Laits daripada Uqail daripada Ibnu Syihab daripada Urwah daripada Aisyah RA bahawa:

“Jika ada seseorang keluarganya meninggal dunia lalu kaum wanita datang berhimpun di rumah dan setelah itu mereka pulang ke rumah mereka masing-masing, kecuali keluarga dan orang-orang terdekatnya maka dia (Aisyah) memerintahkan untuk mengambil seperiuk bubur talbinah untuk dimasak diambil roti untuk dipotong kecil-kecil dan bubur itu dituangkan ke atasnya.

“Aisyah berkata, Makanlah. Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, bubur talbinah dapat melegakan hati dan menghilangkan perasaan dukacita.”

Riwayat Bukhari

Baginda turut bersabda agar talbinah diberikan kepada orang yang sakit dan tidak mahu makan apa-apa.

Sumber gambar: ceritamak.com

Cara Membuat Talbinah

Berminat nak cuba bubur talbinah ini? Di sini kami kongsikan cara-cara membuatnya. Anda cuma perlukan tiga bahan asas untuk membuat makanan sunnah Rasulullah SAW ini.

Bahan-bahan:

  1. Barli
  2. Susu
  3. Madu
  4. Kekacang dan kismis (jika mahu)

Cara-cara:

  1. Rendamkan barli sekurang-kurangnya sejam atau sehingga semalaman.
  2. Rebuskan barli sehingga kembang. Sejukkan dan kisar barli sehingga agak hancur.
  3. Masak semula barli yang telah dikisar bersama susu pilihan anda. Boleh juga gunakan susu oat atau soya jika anda mempunyai masalah intoleransi laktosa.
  4. Hidangkan bubur bersama-sama madu. Boleh juga tambah kekacang, kismis dan buah-buahan sebagai topping!
Sumber gambar: @heyitsfatam/ Lemon8

Barli juga boleh dikisar dengan air dan gula kundur sehingga lembut untuk dijadikan pes minuman barli.

Untuk sediakan air barli itu, tambahkan sahaja pes ini dengan air panas atau air sejuk mengikut citarasa anda.

@soyabelacan Minuman yang guna bahan sunnah ni elok untuk orang yang berpuasa. Boleh buang kepanasan dan buat kulit cantik, putih, lembut. 😆 Dulu aunty Aisha hari-hari minum barley kulit dia lembut putih pores pun sudah kecik tapi sakit pinggang sebab sejuk sangat untuk minum hari-hari 😅 Combinasi yg campur dengan kundur ni favourite Aisha! Jom la try! Bahan-bahan: Barley Kundur gula #KongsiBersama #kongsiselera #kongsitips #kongsijer #kongsipov #soyabelacan #airberbuka #menuairberbuka #resipiberbuka ♬ original sound – soyabelacan

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd