Now Reading
[Tips] Ini 3 Waktu Yang Perlu Anda Elak Untuk Gosok Gigi

[Tips] Ini 3 Waktu Yang Perlu Anda Elak Untuk Gosok Gigi

Gigi yang digosok dalam keadaan yang dinyatakan akan senang terhakis dan boleh berlubang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi menjaga kebersihan mulut, setiap individu disarankan agar menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gigi perlu digosok menggunakan ubat gigi berfluorida dan dilakukan selama dua minit.

Namun begitu, mungkin juga ramai yang tidak tahu bahawa kita sebenarnya tidak boleh menggosok gigi selepas melakukan perkara tertentu.


3 Waktu Tidak Boleh Gosok Gigi

Seorang doktor gigi, Dr Natasha (@dr.ntshya), berkongsi perkara tersebut di akaun TikTok miliknya. Jelasnya, gigi tidak boleh digosok dalam tiga keadaan berikut:

  1. Setelah bersarapan
  2. Selepas mengambil makanan manis
  3. Setelah muntah

Menjenguk ke ruangan komen, beberapa individu mengemukakan soalan berkenaan perkara itu.

Apabila ditanyakan berapa lama perlu ditunggu selepas melakukan perkara-perkara tersebut untuk menggosok gigi, Dr Natasha mencadangkan supaya menunggu sekurang-kurangnya 30 minit.

Sumber: TiKTok

Dr Natasha berkata gigi tidak boleh digosok dalam ketiga-tiga keadaan tersebut kerana mulut sedang berada dalam keadaan berasid. Perkara ini menyebabkan gigi mudah terhakis dan boleh berlubang jika digosok.

Sumber: TikTok

Asid Dalam Mulut Lemahkan Enamel Gigi

Sebagai info, kandungan pH dalam air liur boleh berubah akibat makanan dan minuman yang diambil. Mulut akan menjadi berasid apabila makanan dihadamkan oleh bakteria. Sebagai contoh, karbohidrat akan menghasilkan asid laktik, asid butirik dan asid aspartik.

Laman web Columbia University menjelaskan bahawa asid di dalam mulut akan melemahkan enamel, iaitu lapisan luar pada gigi. Oleh itu, menggosok gigi dalam keadaan ini akan menyebabkan enamel senang rosak.

Sebaliknya, jurang masa 30 minit penting agar mineral pada enamel dipulihkan semula (remineralized).

Setelah makan atau minum, para doktor gigi memberi saranan agar berkumur atau minum air masak yang akan membantu dalam proses pemulihan enamel.

Pembantu profesor perubatan pergigian di Columbia University’s College of Dental Medicine, Ezzard Rolle berkata, gigi juga tidak harus digosok terus setelah mengambil makanan yang berasidik seperti jus buah-buahan dan minuman bergas.

Bahagian luar gigi diliputi oleh enamel. (Sumber: Healthline)

Muntah Bawa Asid Perut Bersama

Di samping pemakanan, mulut juga akan menjadi berasid setelah seseorang muntah. Ini adalah kerana muntah akan membawa asid dari dalam perut, yakni asid gastrik, keluar dari mulut.

Asid perut ini akan terpercik pada gigi. Sebagaimana ia menghadam makanan di dalam perut, ia turut melakukan perkara yang sama pada gigi.

Seperti diterangkan di atas, menggosok gigi dalam keadaan berasid akan menyebabkan kerosakan. Sebaliknnya, disarankan agar berkumur dengan air yang ditambah sedikit soda penaik untuk meneutralkan asid tersebut.

Menggosok gigi serta merta setelah muntah juga menyebabkan asid akan terkena ke seluruh mulut, menyebabkan lebih banyak enamel gigi yang dihakis asid.

Sebagai info tambahan, mereka yang mempunyai masalah refluks asid akan mengalami hakisan enamel kekal pada gigi.

Perut mengandungi asid yang kuat. (Sumber: Healthline)

Terus Berus Gigi Lepas Bangun Tidur

Pada waktu pagi, rata-rata orang biasanya akan memberus gigi sebelum bersarapan. Perkara ini sebenarnya penting bagi membersihkan bakteria yang membiak di dalam mulut sewaktu tidur. Bakteria ini akan menyebabkan plak dan menjadikan nafas berbau setelah bangun tidur.

Selain daripada menghilangkan plak dan bakteria, memberus gigi pada waktu pagi menggunakan ubat berfluorida turut mewujudkan perlindungan bagi enamel terhadap asid dalam makanan.

Malah, memberus gigi dapat memulakan penghasilan air liur yang penting untuk penghadaman, meneutralkan asid berbahaya dan membunuh bakteria dalam mulut.

Sumber: Pexels

Gigi Rosak Kekal Akibat Hakisan Asid

Jenama penjagaan gigi, Colgate, memberi saranan agar menggosok gigi sebelum mengambil makanan berasid dan minum air kosong kemudiannya untuk membersihkan asid yang dihasilkan.

Selain itu, orang ramai juga disarankan agar makan makanan rendah karbohidrat dan gula agar asid dalam mulut dapat dikurangkan.

Pengambilan minuman bergas juga perlu dikurangkan kerana ia mengandungi asid fosforik yang boleh menghakis tisu keras (enamel, dentin dan simentum) pada permukaan gigi. Hakisan akibat asid akan menyebabkan kerosakan kekal pada gigi.

https://www.tiktok.com/@dr.ntshya/video/7330971339689446658

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Gigi Anak Boleh Rosak Sebab Minum Susu?

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Gigi Perjelas Mitos Cuci Gigi Yang Ramai Salah Faham

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi 4 Kebaikan Scaling Gigi Untuk Kesihatan Diri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd