Now Reading
Ini 6 Tips Turun Berat Pada Bulan Ramadan. Bukan Kurang Makan Je Ya!

Ini 6 Tips Turun Berat Pada Bulan Ramadan. Bukan Kurang Makan Je Ya!

Antara tips untuk mengurangkan berat badan ketika berpuasa di bulan Ramadan adalah kurangkan pengambilan kalori dan minum susu kurma sewaktu sahur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setelah tibanya kita di pertengahan Syaban, ini bermakna bulan suci Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam melakukan ibadah wajib berpuasa, rata-rata orang ramai berpendapat bahawa berpuasa boleh membantu dalam mengurangkan berat badan. Namun begitu, perkara tersebut tidak akan berjaya tanpa mengambil langkah yang betul.

Bulan puasa yang meriah dengan pelbagai bazar Ramadan menyebabkan orang ramai rambang mata ketika memilih makanan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 ‘Pro Tip’ Untuk Anda Berkunjung Ke Bazar Ramadan. Cubalah!

Baca Artikel Berkaitan: Kod QR, Letak Tanda Harga & 3 Lagi Tips Untuk Peniaga Di Bazar Ramadan Nanti

Apatah lagi dalam keadaan lapar, kadang-kala kita terlalu mengikut nafsu dan membeli terlampau banyak makanan.


6 Tips Kurangkan Berat Badan Ketika Puasa

Seorang pengguna laman X, Zalea (@zalyazahari) telah berkongsi enam tips untuk menurunkan berat badan semasa berpuasa di bulan Ramadan kelak.

#1. Kurangkan Makan

Walaupun seharian berpuasa, tidak berguna juga jika anda mengambil makanan dalam kuantiti yang serupa seperti ketika hari tidak berpuasa.

Zalea mencadangkan supaya menghadkan pemakanan sewaktu sahur dan berbuka pada 600 kalori, yakni bersamaan dengan 1,200 kalori dalam sehari.

Untuk mengira pengambilan kalori, anda boleh Google kandungannya di dalam makanan. Sebagai contoh, satu hidangan nasi putih mengandungi sekitar 200 kalori dan terdapat 55 hingga 80 kalori dalam sebiji telur.

Dia turut menasihati orang ramai supaya mengambil ayam bahagian isi serta mengelakkan bahagian sayap dan paha kerana mengandungi kalori paling tinggi.

Namun begitu, pengambilan kalori yang bersesuaian juga bergantung kepada berat badan dan gaya hidup seseorang. Anda boleh menggunakan kalkulator pengiraan kalori oleh Healthline untuk mengetahui jumlah kalori yang sesuai.

Lebihkan sayur-sayuran di dalam hidangan juga dapat bantu kurangkan pengambilan kalori. (Sumber: Pexels)

#2. Kurangkan Makanan Berkuah

Selain daripada mengurangkan kuantiti makanan, anda juga harus kurangkan makanan berkuah yang diambil bersama nasi. Sebaliknya, hanya letak sedikit kuah sebagai perasa.

Menurut Zalea, kandungan kalori di dalam kuah adalah sangat tinggi. Malah, pengambilan kuah banjir boleh meningkatkan jumlah kalori sehingga dua kali ganda!

Memang sedap makan nasi kuah banjir, tapi jumlah kalorinya tinggi. (Sumber: Nasi Kandar Dato Sagor/ Facebook)

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara

#3. Lakukan Senaman Ringan

Di samping itu, individu yang ingin mengurangkan berat badan juga harus bersenam. Pergerakan yang banyak akan membantu menurunkan berat badan.

Zalea menjelaskan bahawa kaedah paling laju untuk mengurangkan berat badan adalah dengan melakukan senaman angkat beban atau ‘weight lifting’.

Berbeza dengan senaman kardio, aktiviti angkat beban akan menyebabkan kalori badan dibakar sepanjang hari berbanding hanya ketika bersenam.

Sumber: Pexels

#4. Makan Kuih Yang Dikukus

Bila tiba bulan puasa, mesti macam-macam kuih-muih yang dijual di bazar Ramadan. Dari kuih tradisional seperti onde-onde dan kuih lapis, hinggalah ke kuih moden.

Namun demikian, hanya makan satu hingga dua potong kuih sahaja jika anda ingin turunkan berat badan. Lebih bagus jika memakan kuih yang dikukus berbanding yang digoreng.

Jangan pula makan pisang goreng cheese! Bukan sahaja ia penuh dengan minyak, tetapi kandungan kalori di dalam keju juga amat tinggi.

Sumber: Yun Huang Yong/ Wikimedia

#5. Minum Air Detoks

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan meminum air detoks walaupun ketika bulan puasa.

Zalea mencadangkan supaya meminum air detoks setelah selesai dolat terawih. Resepi yang digunakannya adalah satu biji lemon dipotong empat yang dicampur dengan air dan satu sudu teh biji Chia.

Minuman tersebut boleh disediakan lebih awal atau sewaktu berbuka puasa dan disimpan di dalam peti sejuk. Barulah sedap minum sejuk-sejuk!

Contoh minuman detoks lain adalah campuran lobak merah dan buah oren serta timun dan daun pudina. (Sumber: Unsplash)

#6. Minum Susu Kurma Waktu Sahur

Sahur merupakan salah satu sunat yang dianjurkan ketika dalam bulan puasa. Malah, sahur yang dilewatkan sehingga hampir waktu masuk Subuh adalah lebih elok.

Jika anda kurang gemar untuk bersahur, cukup sekadar mengamalkan pengambilan buah kurma. Anda juga boleh mengambil susu kurma yang lebih mengenyangkan.

Untuk menghasilkan minuman ini, kisarkan lima hingga tujuh biji kurma yang telah dibuang biji bersama susu. Sediakan minuman ini sebelum tidur dan simpankan ke dalam peti sejuk.

Boleh juga makan kurma dan minum susu secara berasingan. (Sumber: Pexels)

Baca Artikel Berkaitan: Ini 10 Tips Kurangkan Lemak Di Perut

Baca Artikel Berkaitan: Minum Air Masak Sahaja, Ambil Buah, Order Lauk Sayur & 5 Lagi Tips Untuk Kawal Kalori Jika Makan Di Restoran


Perlu Bayar Fidyah Jika Tidak Sempat Ganti Puasa

Menjelang bulan puasa, pasti ramai yang masih menggantikan puasa Ramadan lepas yang ditinggalkan. Puasa yang ditinggakan ini wajib digantikan sebelum masuk bulan Ramadan seterusnya.

Namun begitu, mungkin terdapat individu yang tidak sempat menggantikannya atas sebab-sebab tertentu. Oleh yang demikian, mereka wajib membuat pembayaran fidyah, iaitu denda yang dikenakan akibat tidak mengganti puasa.

Bayaran fidyah adalah mengikut kepada harga makanan asasi penduduk, yakni beras di Malaysia. Bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan dan belum digantikan, individu perlu membayar bagi harga secupak beras. Kadar ini berlainan bagi setiap negeri dan mungkin berubah setiap tahun.

Antara golongan yang wajib membuat bayaran fidyah adalah pesakit yang tidak boleh sembuh dan tidak lagi wajib berpuasa, individu yang telah meninggal dunia sewaktu belum selesai ganti puasa dan wanita hamil atau menyusukan anak yang risau akan keselamatan bayi.

Baca Artikel Berkaitan: Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd