Minum Air Masak Sahaja, Ambil Buah, Order Lauk Sayur & 5 Lagi Tips Untuk Kawal Kalori Jika Makan Di Restoran
Pengawalan kalori adalah sangat penting terutama sekali kepada mereka yang dalam proses untuk menurunkan berat badan dan menghidap penyakit diabetes.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Sesetengah orang lebih gemar untuk memasak hidangan sendiri di rumah. Katanya lebih mudah untuk mengawal pengambilan gula dan garam.
Pengawalan kalori adalah sangat penting terutama sekali kepada mereka yang dalam proses untuk menurunkan berat badan atau menghidap penyakit diabetes.
Tetapi tipulah kalau tak pernah teringin nak makan di mana-mana restoran kan? Bila kawan-kawan ajak, serba salah pula nak tolak ajak mereka selepas beberapa kali dipelawa.
Tips Kawal Pengambilan Kalori Apabila Makan Di Restoran
Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan di laman Twitter miliknya (@DoktorSamhan), beliau berkongsi beberapa tips untuk membantu anda mengawal kalori apabila menjamu selera di restoran.
Antara tips tersebut adalah:
1. Tips Mengawal Pengambilan Kalori Ketika Makan Di Luar: Rancang Lebih Awal

Sebelum anda ke restoran tersebut, boleh cuba tengok dahulu menu mereka menerusi laman web atau media sosial. Dengan cara ini, anda dapat membuat pilihan menu yang sesuai dengan tahap pengambilan gula harian.
Kalau nak lebih selamat, boleh juga meminta pihak restoran memasak hidangan anda dengan mengurangkan jumlah gula yang diletakkan dalam masakan.
2. Tips Mengawal Pengambilan Kalori Ketika Makan Di Luar: Pilih Menu Yang Dimasak Dengan Kaedah Lebih Sihat

Jika anda biasa memesan makanan bergoreng atau berminyak ketika makan di luar, apa kata kali ini tukar ‘style’ pula dengan mengambil hidangan dengan cara masakan lebih sihat seperti menu yang dipanggang, dibakar atau direbus.
Makan nasi dengan ikan stim atau ayam panggang pun sedap juga kan?
3. Tips Mengawal Pengambilan Kalori Ketika Makan Di Luar: Pilih Makanan Dengan Saiz Hidangan Yang Sedikit

Elakkan dari mengambil saiz hidangan yang terlalu banyak. Boleh juga kalau anda pesan satu hidangan sahaja dan berkongsi dengan orang lain.
Ingat ya, jangan makan terlebih kenyang pula. Takut rosak diet nanti.
4. Tips Mengawal Pengambilan Kalori Ketika Makan Di Luar: Jangan Pesan Makanan Tambahan

Elakkan dari menambah apa-apa makanan lain atau sos yang bukan sahaja boleh menambahkan kalori tetapi juga membahayakan kesihatan anda. Cukup sahaja dengan hidangan utama yang dimakan.
5. Tips Mengawal Pengambilan Kalori Ketika Makan Di Luar: Minum Air Masak Sahaja

Walaupun ada pelbagai jenis minuman yang cukup menyelerakan di restoran, tetapi harap anda dapat bersabar ya. Order air kosong sejuk sahaja!
Kalau mahukan sedikit perisa, boleh juga pesan air limau ais tanpa gula atau teh kosong tanpa gula. Buat rasa-rasa orang kata.
6. Tips Mengawal Pengambilan Kalori Ketika Makan Di Luar: Ambil Buah-buahan Sebagai Pencuci Mulut

Setiap kali selepas makan, mesti ramai yang akan mencari pencuci mulut sebagai pelengkap. Untuk anda yang mengawal pengambilan kalori, elakan dari mengambil pencuci mulut yang manis dan tinggi kandungan gula serta lemak.
Sebagai alternatif lain, gantikan dengan buah-buahan segar tanpa bahan lain seperti serbuk asam, susu, gula, kicap dan sebagainya.
7. Tips Mengawal Pengambilan Kalori Ketika Makan Di Luar: Banyakkan Lauk Berasaskan Sayur

Pengambilan sayur-sayuran yang tinggi dengan kandungan serat amat penting bagi membantu pengawal paras gula dalam darah anda.
Anda boleh memesan lauk sayuran yang dimasak dengan cara sihat seperti sayur pak choy kukus, sup sayur atau digoreng dengan jumlah minyak dan garam yang sedikit.
8. Tips Mengawal Pengambilan Kalori Ketika Makan Di Luar: Kurangkan Pengambilan Karbohidrat

Kalau boleh, kurangkan pengambilan hidangan dengan kandungan karbohidrat yang tinggi di kedai makan seperti nasi, mi, bihun, roti dan ubi-ubian.
Kadar karbohidrat yang tinggi boleh mengakibatkan paras gula dalam darah lebih cepat meningkat.
8 TIPS BERGUNA UNTUK KAWAL KALORI BILA MAKAN DI LUAR!
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) May 17, 2023
Lebih-lebih lagi untuk pesakit diabetes serta yang tengah nak diet dan nak kurangkan gula dalam makanan!
Yang paling penting..
Perlu elak kedai dengan 'special ingredient' ya ✨
Bebenang istimewa! pic.twitter.com/V7Xfxbi5Sm
Tips Untuk Menurunkan Kandungan Gula Dalam Darah
Statistik daripada Institut Diabetes Negara (NADI) mendedahkan hampir 2.5 juta golongan dewasa di Malaysia menghidap penyakit diabetes. Cukup membimbangkan jika tiada sebarang tindakan dilakukan untuk mengurangkan jumlah tersebut.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dilakukan bagi menurunkan tahap gula dalam darah anda. Antaranya:
- Kerap melakukan senaman seperti berjalan kaki, berbasikal, berenang dan sebagainya bagi meningkatkan kepekatan insulin dalam badan.
- Perbanyakkan makanan berserat seperti buah, kekacang dan bijiran dalam kuantiti 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki untuk membantu melambatkan kenaikan paras gula dalam darah.
- Mengekalkan hidrasi dalam badan dengan minum banyak air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas atau 2.5 liter sehari.
- Memilih makanan yang rendah Indeks Glisemik (GI) seperti telur, gandum, daging dan jagung.
- Mengawal tahap stres dan mendapatkan tidur yang berkualiti dengan sekurang-kurangnya lapan jam sehari.
- Memantau tahap gula dalam darah.
- Perbanyakkan makanan yang tinggi kandungan magnesium.
- Menurunkan berat badan.
BACA JUGA: Kerap Bersenam, Banyak Minum Air & 7 Lagi Tips Sihat Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah
BACA JUGA: Nak Buah Pinggang Yang Sihat? Praktik 6 Amalan Sihat Ini
BACA JUGA: Kenapa Diet Berasaskan Tumbuhan Beri Anda Manfaat? Ini Pendapat Pakar Dietetik
Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.