Now Reading
Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?

Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?

Umat Islam perlu mengetahui bahawa hukum membayar Fidyah adalah wajib.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bulan Ramadan, antara bulan paling istimewa dan dinanti-nantikan.

Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sekiranya dipilih sebagai tetamu di bulan yang mulia ini, iaitu:

  • Bertaubat.
  • Memperbaiki solat.
  • Melakukan ibadah tambahan
  • Kurangkan daripada menyebut perkataan tidak elok.
  • Mengelakkan pembaziran.
  • Tidur mengikut waktu.
  • Menetapkan niat dan banyak lagi.

Pendek kata, cuba yang terbaik untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Tak sukar, asalkan sentiasa istiqomah.

Puasa Dah Ganti Belum?

Salah satu persoalan yang popular di kalangan umat Islam dikala menjelangnya bulan Ramadan adalah, “Dah ganti puasa atau belum?”

Terutamanya kaum hawa.

Mana tidaknya, kaum hawa pasti akan ada hari-hari tertentu di mana mereka akan dikecualikan daripada berpuasa. Walau bagaimanapun, buat kaum lelaki pula, mereka yang sakit ataupun bekerja sebagai buruh kasar adalah tidak diwajibkan untuk berpuasa.

Tapi yang boleh berpuasa jangan pula muncul dengan alasan tak munasabah.


Tak Ganti Puasa, Kena Bayar Fidyah.

Apakah itu Fidyah?

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada umat Islam yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.

Perlu diingatkan, hukum membayar Fidyah adalah wajib.

Bagaimana caranya mengira Fidyah?

Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Antara golongan yang wajib membayar Fidyah:

  • Orang tua uzur dan pesakit yang tiada harapan sembuh. Golongan ini tidak wajib untuk qadha puasa.
  • Orang yang telah meninggal dunia. Waris perlu menguruskan bayaran fidyah sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.
  • Orang yang melewatkan qadha’ puasa sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya.
  • Perempuan mengandung atau menyusukan anak dan khuatir akan keselamatan anaknya.

Anda juga boleh merujuk infografik daripada JAKIM tentang keadaan/situasi yang mewajibkan seseorang membayar Fidyah seperti di bawah:


Cara Kira Fidyah Mengikut Negeri & Gandaan.

Harga bayaran Fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak.

Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh kerajaan di sesuatu tempat. Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.

Kalau nak tahu jumlah Fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah mengikut formula di bawah:

  • Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.

Walau bagaimanapun, sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri menetapkan Fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang telah ditinggalkan.

Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H).

Makanya, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadan berikutnya.

  • Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar.

Senarai Negeri Fidyah Berganda:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Melaka.
  • Johor.
  • Pahang.
  • Terengganu.
  • Kelantan.
  • Kedah.
  • Penang.
  • Perak.
  • Negeri Sembilan.
  • Sarawak.
  • Sabah.

Senarai Negeri Fidyah Tidak Berganda:

  • Selangor.
  • Perlis.

Kaedah Bayaran Fidyah Mengikut Negeri Di Seluruh Malaysia.

Kadar tersebut akan berubah mengikut harga yang ditetapkan kerajaan di sesuatu tempat. Contohnya kadar Fidyah di Selangor adalah RM1.80 untuk setiap hari puasa yang wajib digantikan.

Nota: Kadar Fidyah adalah berbeza di setiap negeri.


Cara Bayar Fidyah Online.

Berbaki beberapa hari lagi sehingga bulan Ramadan menjelma tiba, di sini kami telah menghimpunkan kalkulator Fidyah yang akan mengira Fidyah secara automatik.

  1. Kedah: RM1.80
  2. Perlis: RM5.00
  3. Pulau Pinang: RM1.75
  4. Perak: RM1.80
  5. Selangor: RM1.80
  6. Wilayah Persekutuan: RM4.00
  7. Negeri Sembilan: RM1.75
  8. Melaka: RM1.80
  9. Johor: RM1.75
  10. Pahang: RM1.75
  11. Terengganu: RM1.75
  12. Kelantan: RM1.75
  13. Sarawak: RM1.75
  14. Sabah: RM1.75

Kalau Lupa Bayar Fidyah, Macam Mana?

Fuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan. Bagaimanapun, waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu tertentu.

Namun, ia digalakkan supaya disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh. Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Kalau Lupa Berapa Hari Tinggal Puasa, Macam Mana?

Tidak dinafikan, ada juga segelintir yang terlupa berapa hari mereka sudah meninggalkan puasa pada tahun itu. Jangan risau.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau tidak ingat bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati).

Contohnya:

Dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati.

Begitulah juga halnya dengan Fidyah bagi bulan-bulan Ramadhan yang telah dilangkau.


Sumber: Pusat Pungutan Zakat | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Ustazah Asma’ Harun/Facebook


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd