Now Reading
[Video] Plug Extension Punca Kebakaran Jika Suis Dibiar Pasang Tanpa Digunakan – Bomba

[Video] Plug Extension Punca Kebakaran Jika Suis Dibiar Pasang Tanpa Digunakan – Bomba

Plug extension yang dibiar pasang walaupun tidak digunakan masih menghasilkan aliran elektrik yang boleh menjadi punca kebakaran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebakaran merupakan suatu kemalangan yang amat menakutkan, apatah lagi apabila kita berada di tempat kejadian. Api boleh merebak dengan pantas sekaligus menyebabkan kebakaran menjadi semakin marak dan sukar dipadam.

Malang tidak berbau apabila rumah kediaman satu keluarga dilaporkan terbakar baru-baru ini. Kejadian itu dikongsikan oleh tuan rumah melalui satu akaun TikTok (@fiesyaisha).

Kelihatan banyak barang-barang di dalam rumahnya telah dijilat api dan dinding rumah menjadi hitam akibat asap kebakaran.

Walaupun ditimpa ujian sebegitu, mangsa redha dan bersyukur bahawa anak-anaknya selamat daripada tragedi tersebut.


Plug Extension Tidak Ditutup Jadi Punca Kebakaran

Dalam satu perkongsian lain olehnya di TikTok, pihak bomba menjelaskan bahawa kebakaran di rumah itu bermula akibat plug extension diletakkan di atas tilam.

Pihak bomba menerangkan bahawa plug extension yang tidak digunakan tetap mengeluarkan cas elektrik apabila suis utama dipasang.

Extension yang dibiarkan pasang itu kemudiannya menjadi panas. Haba daripadanya menyebabkan tilam yang sememangnya mudah terbakar mulai dijilat api, seterusnya merebak ke seluruh rumah.

Bomba juga menjelaskan terdapat bentuk ‘V’ di dinding tempat kebakaran mula-mula berlaku yang disebabkan oleh percikan api daripada arus elektrik plug extension.


Netizen Beri Nasihat Umum

Melalui ruangan komen, mangsa menjelaskan bahawa dia sering meletakkan plug extension di atas katil dan ia digunakan bagi mengecas telefon.

Netizen turut memberi beberapa nasihat berkaitan penggunaan elektrik. Seorang pengguna TikTok mengingatkan supaya plug dicabut daripada soket ketika ia tidak digunakan.

Seorang lagi mencadangkan supaya telefon yang sedang dicas diletakkan di atas lantai kerana ia sejuk.

Orang ramai juga diingatkan supaya menggunakan plug extension jenis tahan lasak atau ‘heavy duty’ berdasarkan kepada salur penebat yang digunakan pada wayar.


Barangan Elektrik Yang Dipasang Suis Tetapi Tidak Digunakan Masih Mempunyai Aliran Elektrik

Merujuk kepada statistik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tahun 2021, terdapat sejumlah 4,538 kebakaran yang melibatkan bangunan termasuk rumah kediaman.

Di samping itu, elektrik menjadi punca kebakaran tertinggi apabila dikecualikan lain-lain punca, iaitu sebanyak 1,232 (34%) daripada 3,586 kes.

Mungkin ada sesetengah daripada kita yang sudah terbiasa membiarkan suis terpasang walaupun tidak menggunakan barangan elektrik tersebut.

Apabila suis ditinggalkan dalam keadaan terpasang, masih terdapat aliran elektrik yang mengalir. Ia bukan sahaja akan menyebabkan pembaziran elektrik dan bil meningkat, tetapi juga membawa risiko kebakaran.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi saranan supaya peralatak elektrik yang tidak digunakan ditutup suis dan dicabut plug untuk mengelakkan aliran arus elektrik.

Artikel Berkaitan: Gara-gara Lupa Tutup Api Gas, Kedai Makan Di Pontian Dilaporkan Terbakar

Artikel Berkaitan: Wayar Pada Suis Terbakar? Ini 5 Perkara Anda Perlu Buat

Artikel Berkaitan: [Tips] TNB Kongsi Checklist Sebelum Balik Kampung. Penting!

Sumber: Tiktok @fiesyaisha | Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

@fiesyaisha Membalas kepada @iamhaniamri #Rumahkuterbakar #fyp #puncakebakaran ♬ bunyi asal – Fiesya Isha

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd