Now Reading
[Tips] TNB Kongsi Checklist Sebelum Balik Kampung. Penting!

[Tips] TNB Kongsi Checklist Sebelum Balik Kampung. Penting!

Antara tips penting yang diberikan oleh TNB adalah mematikan dan menutup suis semua peralatan elektrik seperti peralatan pemanas air serta seterika.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berikutan kebenaran merentas negeri kini diberikan oleh pihak kerajaan, rakyat dilihat berpusu-pusu merancang percutian, balik kampung, melakukan aktiviti di luar negeri, dan sebagainya.

Tapi jangan lupa, ada beberapa panduan keselamatan elektrik di rumah perlu dilakukan sebelum pergi bercuti dan meninggalkan rumah dalam jangka masa tertentu.

PENTING!

Tips dari Tenaga Nasional Berhad (TNB)

(Kredit: Malay Mail)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau atau bercuti agar mengamalkan beberapa panduan penggunaan elektrik yang selamat dan bijak tenaga sebelum meninggalkan kediaman.

Berikut adalah beberapa langkah yang harus dilakukan sebelum meninggalkan rumah:

  1. Mematikan dan menutup suis semua peralatan elektrik seperti peralatan pemanas air serta seterika.
  2. Melakukan pemeriksaan di luar rumah untuk mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kemalangan elektrik seperti beberapa wayar elektrik yang terdedah kepada kelembapan dan tumbuhan yang boleh memutuskan talian elektrik berdekatan;
  3. Mempertimbangkan penggunaan alat pengukur masa (timer) supaya lampu tidak dipasang 24 jam sehari. Selain untuk menjimatkan penggunaan tenaga, ia juga boleh mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
  4. Membuka gulungan wayar sambungan tambahan (extension wire) sepenuhnya untuk mengelak berlaku lebihan beban yang boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas.
  5. Menguji Peranti Arus Baki (PAB) sekurang-kurangnya sebulan sekali dengan menekan butang uji. Sila hubungi kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menggantikan PAB yang diluluskan oleh ST sekiranya butang uji ditekan dan bekalan elektrik tidak terputus dengan serta-merta.
Kredit: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik, anda dinasihatkan untuk menghubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine untuk mendapatkan bantuan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd