Wayar Pada Suis Terbakar? Ini 5 Perkara Anda Perlu Buat
Antara punca yang boleh mengakibatkan kebakaran pada wayar suis adalah kerana arus elektrik yang mengalir secara berlebihan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Situasi kebakaran boleh berlaku tanpa dijangka di mana-mana kawasan terutamanya di rumah, pejabat, sekolah dan sebagainya.
Antara punca yang boleh mengakibatkan kebakaran adalah seperti litar pintas, mempunyai bahan mudah terbakar di kawasan berhampiran barangan elektrik, memasang ‘extension’ secara bersambungan dan sebagainya.
Sikap kecuaian manusia ini sangat membahayakan kerana ia boleh merisikokan keselamatan orang ramai.
Apa Perlu Buat Jika Wayar Suis Tiba-tiba Terbakar?
Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter (@MySamudera), terdapat beberapa langkah yang anda boleh lakukan jika berdepan situasi di mana wayar suis terbakar secara tiba-tiba.
Antara langkah-langkah tersebut adalah:
#1. Jangan Panik!
Pertama sekali, kekal tenang dan tarik nafas dulu supaya anda boleh berfikir dengan rasional. Kalau laluan keluar masih selamat digunakan pada bila-bila masa dan kebakaran boleh dikawal, jangan terus lari meninggalkan api tersebut.
#2. Tutup Suis Plug Pada Dinding Atau Suis Utama Pada Kotak Fius
Kemudian, tutup suis utama pada kotak fius. Kalau anda tak tahu nak tutup suis yang mana satu, tutup sahaja kesemuanya.
Kalau kotak fius agak jauh dan risau untuk meninggalkan api itu, usaha sebaik mungkin untuk menutup suis plug pada dinding menggunakan batang penyapu bagi menghentikan pengaliran elektrik.
#3. Jangan Simbah Api Dengan Air
Mungkin masih ada yang terfikir bahawa simbahan air boleh memadamkan api. Tidak ya kerana ia boleh mendatangkan risiko terkena renjatan. Sekiranya api bersaiz kecil, cukup sekadar memukul atau menutup api dengan kain tebal sehingga terpadam.
#4. Tutup Api Guna Kain Basah Jika Api Membesar
Sekiranya api mula membesar, lembapkan kain dan segera menutup permukaan yang mempunyai api. Tetapi berhati-hati supaya kain tersebut tidak terkena pada plug. Walaupun kotak fius telah ditutup, bimbang jika masih ada arus elektrik yang mengalir.
#5. Hati-hati Jika Perlu Simbah Air Pada Api Besar
Jika api semakin membesar dan perlu disimbah dengan air, pastikan suis utama pada kotak fius ditutup dan elakkan simbahan air terkena pada suis atau plug. Kalau berjaya cabut kepala plug, simbah air pada api dengan berhati-hati.
Jika anda mempunyai alat pemadam api, lebih senang. Hanya tutup suis dan sembur api dengan alat pemadam api.
Apa Yang Menyebabkan Kebakaran Pada Suis Boleh Berlaku?
Kebiasaannya, kebakaran pada wayar suis boleh berlaku disebabkan oleh beberapa punca seperti:
- Wayar tidak mampu menampung arus elektrik yang berlebihan.
- Wayar menjadi panas apabila arus elektrik berlebihan dan mengakibatkan salutan wayar mencair serta dawai wayar akan bersentuhan sehingga mencetuskan kebakaran.
- Sambungan yang terlalu banyak.
Langkah Keselamatan Bagi Mengelakkan Kebakaran Wayar Suis Berlaku
Bagi mengelakkan kebakaran melibatkan wayar suis berlaku sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya, berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan.
- Elakkan dari menggunakan wayar yang kecil atau lembut untuk alatan elektrik berkuasa tinggi seperti ketuhar, seterika, mesin basuh dan petis sejuk
- Elakkan dari membuat penyambungan plug yang terlalu banyak.
Semoga perkongsian kami memberi manfaat kepada anda dan jangan lupa untuk ‘save’ artikel ini sebagai rujukan sekiranya kejadian kebakaran wayar suis berlaku secara tiba-tiba.
Artikel Berkaitan: Bomba Gesa Tutup Suis Mesin Penapis Air Ketika Gangguan Bekalan Air
Artikel Berkaitan: Elak Terkena Renjatan Elektrik, TNB Kongsi Langkah Keselamatan Ketika Banjir
Sumber: Twitter MySamudera
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.