Now Reading
Rakyat Malaysia Cipta Rekod Dunia Jadi Pelari Pantas Marathon Sambil Berbaju Melayu Di London

Rakyat Malaysia Cipta Rekod Dunia Jadi Pelari Pantas Marathon Sambil Berbaju Melayu Di London

Mohd Syahidan juga berterima kasih kepada jenama pakaian Bulan Bintang kerana menaja baju melayunya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perkara yang boleh membanggakan seluruh rakyat Malaysia pastinya apabila nama dan bendera negara gah dibawa ke peringkat antarabangsa dan mencapai kejayaan.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang pelari marathon dan jurulatih Malaysia ini apabila mencipta sejarah dan rekod dunia menjadi pelari terpantas sambil berbaju melayu di acara London Marathon pada Ahad lalu (23 April).

Misi larian marathon sejauh 42.2km dalam masa kurang 3 jam

Menurut The Star, Mohd Syahidan Alias berusia, 36, atau lebih mesra dipanggil Edan Syah telah menyelesaikan larian sejauh 42.2km dengan masa yang diambil hanya 2 Jam 49 minit dan 22 saat ketika umat Islam di Malaysia sedang menyambut hari kedua Raya Aidilfitri.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Edan Syah berkata dia mencapai misi masa berlari di bawah masa tiga jam sekaligus dinobatkan sebagai pemegang Guiness World Records.

Misi Tercapai! kita mencapai misi (di bawah) tiga jam. Pemegang Rekod Dunia Guinness: maraton terpantas dengan pakian melayu tradisional (Lelaki).

Mohd Syahidan menerusi kapsyen Instagram miliknya.

Lari sambil memakai baju Melayu jenama Bulan Bintang

Dalam masa yang sama, beliau juga berterima kasih pada jenama pakaian Bulan Bintang kerana menaja baju melayunya.

BACA JUGA: Pengasas Jenama Bulan Bintang Pernah Jual Di Uptown. Ini Kisah Unik Dari Azzim Zahid Azmi

BACA JUGA: Fashion Show Jenama Bulan Bintang Catat ‘Malaysia Book of Records’, Telan RM2 Juta Untuk 350 Dron

Untuk rekod, Baju Melayu adalah pakaian tradisional Melayu yang terdiri daripada baju berlengan panjang, seluar, dan kain samping, sering dipakai semasa acara-acara istimewa.

Edan Syah dilihat memakai set Baju Melayu berwarna merah, kain samping biru, dan kasut sukan berwarna kuning, mewakili warna Jalur Gemilang iaitu bendera kebangsaan negara.

Difahamkan, Edan Syah membuat keputusan untuk berlari marathon sambil mengenakan busana baju Melayu kerana ingin mempromosikan kepentingan budaya pakaian tersebut.

Rakam video larian guna kamera 360 darjah

Selain itu, beliau juga merekodkan lariannya dengan menggunakan kamera ‘omnidirectional’ yang mampu merakam video dan mengambil gambar dalam sudut 360 darjah.

Saya memutuskan untuk merekodkan aksi saya dengan menggunakan kamera 360 darjah untuk merakam momen-momen bersejarah semasa London marathon. Maaf kalau video tak berapa cantik. Terima kasih semua warga malaysia di London, setia menunggu dan menyokong dalam hujan lebat dan kesejukan untuk mengambil video-video.

Mohd Syahidan menerusi kapsyen Instagram miliknya.

Untuk pengetahuan umum, Edan Syah adalah seorang pengasas Smart Athletics Club, syarikat di Subang Jaya, Selangor yang melatih pelari. Beliau juga merupakan pelari pertama Malaysia yang berjaya menamatkan enam acara marathon peringkat dunia di bawah masa tiga jam.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd