Now Reading
Fashion Show Jenama Bulan Bintang Catat ‘Malaysia Book of Records’, Telan RM2 Juta Untuk 350 Dron

Fashion Show Jenama Bulan Bintang Catat ‘Malaysia Book of Records’, Telan RM2 Juta Untuk 350 Dron

Pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi memaklumkan penggunaan dron yang banyak itu telah menelan 80% daripada kos keseluruhan iaitu kira-kira RM2 juta.

bulan bintang (4)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali tiba bulan Ramadan, mesti ramai yang akan mula berpusu-pusu untuk mencari baju raya berwarna sedondon untuk seisi keluarga.

Dalam pada itu, beberapa jenama butik pakaian juga dilihat telah mula mempromosikan koleksi baju raya mereka pada tahun ini dan salah satunya adalah jenama Bulan Bintang.

Pada Sabtu lalu (18 Februari), jenama pakaian terkemuka iaitu Bulan Bintang telah membuat pertunjukan fesyen mereka yang diberi nama ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ di Menara Kuala Lumpur.

Pertunjukan fesyen itu dilihat gah dengan adanya persembahan pembukaan oleh kumpulan DOLLA dan juga dihos oleh pelakon Nabila Huda serta pengacara terkenal Sherry Alhadad.

Turut menjadi perhatian ramai adalah pemilihan duta jenama Bulan Bintang pada tahun ini yang terkenal ramai iaitu:

bulan-bintang-3
Sumber: Instagram @meripergibulat

Jenama Bulan Bintang Tersenarai Dalam ‘Malaysia Book of Records’ Dalam Penggunaan Dron Terbanyak

Pertunjukan fesyen Bulan Bintang menjadi tular di media sosial selepas jenama tersebut membuat suatu kelainan yang pertama kali dilakukan oleh jenama pakaian tempatan.

Jenama Bulan Bintang telah mencipta sejarah tersendiri apabila tersenarai dalam Malaysia Book of Records menerusi persembahan dron yang paling banyak digunakan di atas langit di negara ini.

BACA JUGA: Suria KLCC Cipta Sejarah, Bina Replika Arnab Terbesar Di Malaysia Rai Tahun Baru Cina

bulan-bintang-5
Sumber: Hayda Valley
bulan-bintang-6
Sumber: Instagram @meripergibulat

Memetik laporan Utusan, pengasas jenama Bulan Bintang iaitu Azzim Zahid Azmi telah membelanjakan sebanyak RM2 juta bagi menjayakan persembahan dron yang tular di media sosial.

Kos untuk formasi dron ini sahaja telah menelan belanja sebanyak 80% daripada jumlah keseluruhan. Kira-kira RM2 juta telah dibelanjakan untuk merealisasikan pertunjukan ini.

Pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi.

Azzim menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya (@meripergibulat) memaklumkan ini merupakan pertunjukan fesyen pertama jenama Bulan Bintang selepas lapan tahun tertubuhnya jenama tersebut.

Selepas lapan tahun tertubuhnya jenama ini, being us di Bulan Bintang, we never settled for less. Walaupun kali pertama buat event dan kali pertama buat fashion show, kami cuba sedaya upaya untuk sajikan the best experience kepada audience yang datang physically or virtually.

Pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi.

Ramai Penonton Yang Kagum Dengan Persembahan Dron Di Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang

Persembahan dron yang digunakan ketika pertunjukan fesyen jenama Bulan Bintang itu tular di media sosial selepas ramai tetamu yang dijemput hadir memuat naik video.

Malah, mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal juga terpesona melihat persembahan tersebut secara atas talian menerusi siaran langsung yang disediakan.

Memang lain daripada yang lain jenama Bulan Bintang ni!

https://www.tiktok.com/@bulanbintangfavmalaysia/video/7201494568624246042?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Jenama Pakaian Bulan Bintang

Sebelum jenama pakaian Bulan Bintang dikenali ramai di Malaysia, jenama ini yang diasaskan oleh seorang anak muda berusia 26 tahun telah memulakan perniagaan dengan berniaga di Uptown Danau Kota di Setapak.

Menerusi hantaran yang pernah dimuat naik di laman Instagram pengasas Bulan Bintang ini, dia juga menceritakan pengalaman ketika bersusah payah membawa seterika wap dengan menaiki motosikal untuk ke Uptown tersebut.

Segala perit lelahnya itu akhirnya membuahkan hasil selepas dia berjaya membuka butik pertama jenama Bulan Bintang pada 14 April 2021.

Kini, jenama Bulan Bintang telah membuka beberapa cawangan sekitar Malaysia iaitu di Bandar Baru Bangi dan Ukay Boulevard.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd