Now Reading
Suria KLCC Cipta Sejarah, Bina Replika Arnab Terbesar Di Malaysia Rai Tahun Baru Cina

Suria KLCC Cipta Sejarah, Bina Replika Arnab Terbesar Di Malaysia Rai Tahun Baru Cina

Replika arnab yang tersergam indah di Suria KLCC sempena Tahun Baru Cina itu mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records 2023 sebagai Replika Arnab Terbesar Malaysia.

Suria KLCC Cipta Replikasi Arnab Terbesar Di Malaysia Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, destinasi beli-belah utama Malaysia, Suria KLCC akan memulakan Tahun Arnab dengan gah melalui ciptaan Replika Arnab Terbesar Malaysia yang diperbuat daripada Syiling Emas seperti yang diperakui oleh Malaysia Book of Records 2023.

Replika terbesar yang tersergam indah di perkarangan KLCC Esplanade juga menampilkan Nugget Emas “Yuan Bao” diiringi oleh 11 Zodiak Cina yang lain.

Suria-KLCC-Cipta-Replikasi-Arnab-Terbesar-Di-Malaysia-Sempena-Perayaan-Tahun-Baru-Cina-11
Sumber: Suria KLCC

Warna emas yang menyelaputi replika arnab tersebut melambangkan “prosperity” serta “good luck”.

Arnab dalam Zodiak Cina juga melambangkan kewaspadaan, maruah, kecerdasan cepat dan kesuburan. Untuk menghormati kebaikan haiwan ini, kami memperingati Tahun Arnab dengan cara yang hebat untuk pengunjung menikmati suasana perayaan kali ini. Kami amat berbangga melihat satu lagi rekod baharu dicipta oleh Suria KLCC pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien.

Berukuran setinggi 7.5 meter dan menampilkan pepohon sakura serta bunga “peony” yang disusun indah untuk membangkitkan semangat musim perayaan, replika terbesar itu boleh dilihat oleh para pengunjung Suria KLCC sehingga 5 Februari 2023.

Suria-KLCC-Cipta-Replikasi-Arnab-Terbesar-Di-Malaysia-Sempena-Perayaan-Tahun-Baru-Cina-3
Sumber: Murni Azman/ TRP
Suria-KLCC-Cipta-Replikasi-Arnab-Terbesar-Di-Malaysia-Sempena-Perayaan-Tahun-Baru-Cina-3
Sumber: Murni Azman/ TRP

Majlis pelancaran Replika Arnab Terbesar Malaysia yang diadakan semalam (10 Januari) turut dihadiri oleh Pengerusi Suria KLCC Datuk Hashim Wahir bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof.

Suria-KLCC-Cipta-Replikasi-Arnab-Terbesar-Di-Malaysia-Sempena-Perayaan-Tahun-Baru-Cina-9
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Suria KLCC Tawar Pelbagai Aktiviti Sempena Tahun Baru Cina 2023 Kepada Para Pengunjung

Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, mesti ramai penganut agama Buddh yang sedang sibuk membuat persiapan dari segi hiasan dan juga pakaian untuk menyambut perayaan tersebut.

Kepada para pengunjung yang membuat pembelian sebanyak RM1,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai di Suria KLCC, anda layak untuk menerima e-baucar dari Suria KLCC bernilai RM100 serta satu set paket Angpow berwarna merah.

Suria-KLCC-Cipta-Replikasi-Arnab-Terbesar-Di-Malaysia-Sempena-Perayaan-Tahun-Baru-Cina-10
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Selain itu, terdapat beberapa aktiviti menarik yang ditawarkan di Suria KLCC dalam menyambut perayaan ini. Antaranya:

  • Tarian Singa Akrobatik
    • Lokasi: Esplanade KLCC
    • Tarikh: 8,10, 15,22 dan 23 Januari jam 5:00 petang
  • Tarian Singa
    • Lokasi: Centre Court
    • Tarikh: 7,14,21,22 dan 23 Januari jam 2:00 petang
  • Booth Bergambar
    • Lokasi: Centre Court
  • Pokok Hajat (Wishing Tree)
    • Lokasi: Centre Court
    • Bagi menyokong Kempen Kesedaran Kesihatan Mental, setiap pembelian Ribbon Pin berharga RM10 akan membolehkan anda menerima Wishing Ribbon yang akan dilemparkan ke Pokok Hajat. Kesemua hasil jualan akan disalurkan kepada NGO yang memperjuangkan tentang kesedaran kesihatan mental.
Suria-KLCC-Cipta-Replikasi-Arnab-Terbesar-Di-Malaysia-Sempena-Perayaan-Tahun-Baru-Cina-3
Sumber: Murni Azman/ TRP
Suria-KLCC-Cipta-Replikasi-Arnab-Terbesar-Di-Malaysia-Sempena-Perayaan-Tahun-Baru-Cina-3
Sumber: Murni Azman/ TRP

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web Suria KLCC atau Facebook Suria KLCC Mall.

Kepada mereka yang bakal menyambut Tahun Baru Cina pada tahun ini, Gong Xi Fa Cai!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd