Now Reading
[Video] Isu Kanak-kanak Panjat Bumbung Kereta Jiran Undang Pelbagai Reaksi

[Video] Isu Kanak-kanak Panjat Bumbung Kereta Jiran Undang Pelbagai Reaksi

Susulan kejadian kereta jiran dipanjat, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut tampil memohon maaf atas perbuatan anaknya itu.

[Video] Anak Jiran Panjat Hingga Bumbung Kereta, Mujur Tiada Yang Rosak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila kita sudah bergelar ibu bapa, bukan sahaja makan minum serta pakaian anak-anak yang perlu dijaga tetapi pemberian pendidikan kepada mereka juga penting.

Selain pendidikan dari segi akademik, pendidikan tidak formal seperti cara beradab untuk menghormati orang lebih tua dan makan dengan tertib juga penting untuk diberi penekanan.

Kalau bukan ibu bapa yang ajar, siapa lagi kan? Malah, ibu bapa juga perlulah memberi contoh yang baik kepada anak-anak. Bak kata pepatah ‘Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi’.

BACA JUGA: Pakar Pediatrik Ini Kongsi 3 Sifat Toksik Yang Ibu Bapa Harus Elak


Anak Jiran Selamba Panjat Kereta Penghuni Rumah Lain

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@faiizaizat), lelaki ini menunjukkan situasi di mana dia terlihat kanak-kanak perempuan dipercayai anak kepada jirannya sedang memanjat kereta milik kakaknya.

Kalau anda tengok video itu, kanak-kanak perempuan tersebut bukan setakat memanjat di bahagian hadapan tetapi sehingga ke atas bumbung.

Dalam nada berketawa, lelaki bernama Faiz itu hanya mampu ‘reda’ selepas melihat aksi kanak-kanak perempuan berkenaan.

Pada masa yang sama, dia juga menekankan tentang pentingnya ibu bapa untuk mengawal anak-anak mereka.

Video tersebut meraih 191,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Kisah itu ada sambungannya lagi apabila adik kepada Faiz dikenali sebagai Faris telah ‘menjerit’ kepada sekumpulan kanak-kanak itu ketika mereka sebelum ini pernah melakukan tindakan yang sama.

Malah, Faris juga telah berjumpa dengan ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut untuk memberi teguran.

Susulan itu, ibu bapa berkenaan tampil memohon maaf dengan aksi anak-anaknya yang telah memanjat kenderaan milik jiran lain.


Aksi Kanak-kanak Panjat Kereta Ini Terima Pelbagai Reaksi Masyarakat

Perkongsian video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang melihat aksi kanak-kanak tersebut sesuka hati memanjat kenderaan milik jiran lain.

Rata-rata netizen yang melihat video itu meluahkan rasa tidak puas hati dan mengangggap ia adalah keterlaluan.

Ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama apabila kereta mereka hampir rosak disebabkan oleh sikap segelintir kanak-kanak di sekitar taman perumahan yang bermain di kawasan meletakkan kenderaan.

Dalam pada itu, ada juga yang memuji ibu bapa tersebut kerana mengakui kesalahan yang dilakukan oleh anaknya dan meminta maaf kepada pemilik kenderaan.


Kenapa Pentingnya Untuk Ibu Bapa Pandai Mengawal Anak-anak?

‘Parental Control’ atau kawalan ibu bapa kepada anak-anak mereka adalah sangat penting terutamanya apabila melibatkan masyarakat luar seperti berada di tempat awam dan restoran.

Kawalan ibu bapa ini termasuklah dari segi penggunaan gajet dalam kehidupan seharian mereka kerana penggunaan yang tidak terkawal boleh menyebabkan mereka terpengaruh dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Kepada ibu bapa yang bercadang untuk mengurangkan ‘screen time’ anak-anak ketika makan, berikut adalah antara langkah yang boleh diaplikasikan.

Antaranya:

  • Banyakkan berbual dengan anak-anak.
  • Membawa peralatan yang boleh membuat mereka leka seperti buku atau permainan.
  • Bawa anak-anak berjalan-jalan dahulu. Bila makanan sudah sampai, barulah letak mereka di kerusi bayi.

BACA JUGA: Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa

BACA JUGA: “Orang Puji, Kita Buka Aib Pula” – Ibu Ayah Perlu Henti Sikap Malukan Anak Di Hadapan Orang

BACA JUGA: Dedah Kisah Bayi Tersedak Susu, Doktor Ini Kongsi Perkara Penting Untuk Ibu Bapa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd