Now Reading
Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa

Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa

Mungkin ibu bapa boleh ajak anak-anak borak tentang persekitaran di sekeliling mereka sebelum menunggu makan yang dipesan tiba.

Ibu Kongsi Tips Dine-In Dengan Anak Kecil Tanpa Beri Gajet

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak adanya teknologi gajet yang dapat menyiarkan pelbagai jenis hiburan kartun untuk kanak-kanak, ramai ibu bapa melihat perkara ini dapat memudahkan urusan mereka ketika menjamu selera.

Mungkin bagi sesetengah ibu bapa, bila sudah beri gajet maka semuanya akan selesai. Namun jika tabiat ini kerap kali dilakukan, ia dapat menjejaskan perkembangan otak serta penglihatan kanak-kanak.

Tetapi kalau tidak diberi gajet pula, mungkin mereka risau sekiranya anak-anak akan mula meragam dan membuat bising sehingga mengganggu orang lain.

Sebelum ini, sebuah restoran di Singapura telah mengenakan surcaj sebanyak S$10 (RM30) jika anak kecil pelanggan didapati membuat bising dan menganggu ketenteraman pelanggan lain.

Surcaj RM30 itu pula bakal dikenakan dalam bil pelanggan jikalau anak kecil mereka menjerit di dalam restoran tersebut.

BACA JUGA: Restoran Kenakan Caj RM30 Jika Anak Kecil ‘Bising’ & Ganggu Pelanggan

Ibu-Kongsi-Tips-Dine-In-Dengan-Anak-Kecil-Tanpa-Beri-Gajet-4
Sumber: TheAsianparent Malaysia

Tips Elak Beri Gajet Ketika Bawa Anak Kecil Makan Di Restoran

Tak kisahlah untuk ibu bapa atau kanak-kanak, tabiat melihat gajet ketika berada di restoran merupakan satu tabiat yang dilihat kurang sihat kerana kita tidak bersosial antara satu sama lain.

Sepatutnya dalam tempoh sebelum dan ketika menjamu selera inilah menjadi waktu untuk kita mengeratkan hubungan.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@SueKz93), wanita ini yang juga merupakan seorang ibu telah berkongsi tips kepada para ibu bapa yang ingin mengelakkan dari memberi gajet kepada anak kecil mereka.

Antara tips yang dikongsikan adalah:

1. Bersembang Dengan Anak

Ibu-Kongsi-Tips-Dine-In-Dengan-Anak-Kecil-Tanpa-Beri-Gajet-3
Sumber: Haibunda

Nak cari topik untuk bersembang dengan anak-anak memang senang. Tak perlu borak topik yang memberatkan kepala anda. Topik yang boleh dibualkan mungkin boleh diinspirasikan dari kawasan sekeliling.

Contohnya menyuruh anak anda mengira pelanggan yang memakai baju berwarna merah, bercerita tentang asal usul makanan yang dipesan dan sebagainya.

Tempoh sementara menunggu makanan sampai, ibu bapa perlu kreatif bagi memastikan topik yang dibualkan dapat menarik minat anak kecil untuk terus mendengar dan berkomunikasi.

2. Membawa Peralatan Yang Anak Anda Boleh Leka Dengannya

Ibu-Kongsi-Tips-Dine-In-Dengan-Anak-Kecil-Tanpa-Beri-Gajet-1
Sumber: TheAsianparent Malaysia

Sebelum keluar dari rumah, ibu bapa digalakkan untuk membawa bersama beberapa benda yang boleh membuatkan anak anda leka tanpa memudaratkan mereka seperti buku, kereta mainan atau alat tulis.

Kalau anak-anak masih belum boleh bercakap, mungkin tips kedua ini lebih membantu.

Bila ada buku, ibu bapa boleh membacakan buku kepada anak sambil berinteraksi dengan mereka.

Sekiranya mereka jenis yang suka pergerakan, boleh bawa alat tulis dan buku untuk menconteng. Bawa buku warna pun okey juga.

Tapi kalau nak bawa permainan pula, disarankan untuk bawa alat permainan yang jarang dikeluarkan. Barulah mereka teruja nak main.

3. Jangan Terus Letak Anak Di Dalam Kerusi Bayi

Ibu-Kongsi-Tips-Dine-In-Dengan-Anak-Kecil-Tanpa-Beri-Gajet-1
Sumber: TheAsianparent Malaysia

Walaupun sudah bawa permainan, tapi kalau bermain dalam tempoh yang agak lama mungkin mereka pun bosan juga kan?

Untuk tips ketiga ini, mungkin ibu bapa boleh membawa anak-anak berjalan-jalan dahulu. Bila makanan sudah sampai, barulah letak mereka di kerusi bayi.

Semoga tips ini dapat membantu ibu bapa di luar sana. Selagi tak cuba, kita tak tahu betul tak?


Kedai Makan Mesra Kanak-kanak Sekitar Lembah Klang

Sebagai ibu bapa, kadangkala risau juga kalau ada sesetengah restoran yang tidak mesra kanak-kanak (kid-friendly) kerana bimbang akan memberikan ketidakselesaan kepada pihak kedai makan.

Kepada ibu bapa yang mencari kedai makan ‘kid-friendly’, ada banyak sebenarnya di sekitar Lembah Klang. Antaranya:

  • Marmalade
    • Alamat: Level 1 F18 Bangsar Village, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.
  • Antipodean
    • Alamat: Terdapat beberapa cawangan iaitu di Bangsar, Ampang, Mid Valley, Atria, Publika dan Bukit Bintang.
  • Benbino @ Ben’s
    • Alamat: Terdapat beberapa cawangan iaitu di The Gardens Mall, The LINC, Publika, Bangsar Shopping Centre.
  • Wondermilk
    • Alamat: 37, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd