Now Reading
Pakar Pediatrik Ini Kongsi 3 Sifat Toksik Yang Ibu Bapa Harus Elak

Pakar Pediatrik Ini Kongsi 3 Sifat Toksik Yang Ibu Bapa Harus Elak

Tiga sifat toksik yang dikongsikan ini boleh membantutkan perkembangan anak-anak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Buat pasangan yang sudah berkahwin, pastinya mereka sudah memasang impian untuk mempunyai cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga.

Tetapi, nak jaga anak bukan semudah yang disangka.

Pasangan yang bakal bergelar ibu bapa lebih elok untuk belajar dahulu ilmu keibubapaan.

Zaman teknologi sekarang ini semuanya boleh didapati di hujung jari. Boleh cari di Youtube, media sosial atau mana-mana platform yang sesuai.

Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat menjadi ibu bapa yang baik, malah anak-anak pun dapat membesar dengan sihat dari segi fizikal dan mental.

3 sifat toksik yang harus dielakkan oleh ibu bapa

Seorang doktor pakar kanak-kanak iaitu Dr Redza Zainol membuat perkongsian di Twitter mengenai sifat buruk yang harus dijauhi oleh ibu bapa.

Perkongsian itu berjaya meraih 13,400 retweet ketika artikel ini ditulis.

Menurutnya, tiga sifat toksik yang dikongsikan itu sebenarnya boleh membuatkan anak-anak hilang keyakinan diri dan perkembangan mereka juga akan terbantut.

Bahaya tu. Ibu bapa mungkin tak perasan tapi kesian dekat anak-anak nanti.

Kredit: Twitter @DrRedzaZainol

Berikut adalah tiga sifat toksik yang ibu bapa harus elakkan.

1. Stonewalling

Stonewalling berlaku apabila anak-anak cuba untuk berbual mengenai sesuatu perkara, tetapi ibu bapa pula menjauhkan diri dengan cara yang kurang baik seperti tidak memberi sebarang respons.

Kredit: Twitter @DrRedzaZainol

Jika perangai ini kerap kali berlaku, anak-anak akan menganggap lebih baik bercakap dengan dinding kerana kurang berpotensi untuk berasa sakit hati.

Kredit: Twitter @DrRedzaZainol

2. Tiada ekspresi pada wajah dan abaikan anak

Anak-anak mesti akan ada benda baharu yang nak diceritakan kepada ibu bapa mereka. Lebih-lebih lagi mereka yang baru mula belajar di sekolah.

Tetapi, ada segelintir ibu bapa yang berpura-pura mendengar cerita anak mereka dan tiada sebarang respon diberi.

Kredit: Twitter @DrRedzaZainol

Tiada reaksi pada wajah ibu bapa akan membuatkan anak-anak mula keliru sama ada cerita mereka itu didengar ataupun tidak.

Kredit: Twitter @DrRedzaZainol

Mana tidaknya, sesetengah ibu bapa katanya nak luangkan masa bersama anak tetapi sambil-sambil itu sibuk membalas mesej Whatsapp. Ada juga yang ralit tengok drama Korea.

Sifat sebegini tidak elok sebenarnya untuk perkembangan anak-anak.

Bila anak-anak sedang bercerita, tinggalkan semua benda dah berilah perhatian sepenuhnya kepada mereka.

Kredit: Twitter @DrRedzaZainol

3. Gaslighting

Gaslighting di sini bermaksud ibu bapa meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak.

Sebagai contoh, anak mengadu yang rakannya selalu memegang di kawasan yang tidak sepatutnya.

Namun, ada ibu bapa memberi respon bahawa mereka tidak perlu risau mengenai hal itu. Malah mengatakan yang perkara tersebut dianggap biasa.

Kredit: Twitter @DrRedzaZainol

Anak-anak terutamanya yang masih kecil akan jadi keliru dengan apa yang terjadi kepada dirinya dan mula rasa hilang kepercayaan terhadap diri sendiri.

Mereka juga akan menganggap bahawa pendapat mereka tidak penting.

Kredit: Twitter @DrRedzaZainol

Tiga sifat toksik ini boleh beri kesan buruk pada anak

Apabila tiga sifat ini sering dilakukan oleh ibu bapa, anak-anak akan menerima kesan buruk sehingga menyebabkan perkembangan mental mereka terbantut.

Dari segi fizikal mungkin mereka nampak sihat, tetapi sebaliknya boleh berlaku kepada minda anak-anak.

Kredit: Twitter @DrRedzaZainol

Apabila golongan ini membesar dan berkeluarga suatu hari nanti, mungkin perkara yang sama akan terjadi kepada anak mereka pula.

Untuk ibu bapa di luar sana, selepas ini boleh cuba untuk tidak menafikan apa yang anak-anak rasa.

Beri perhatian kepada apa yang mereka rasa dengan cara pandang, dengar dan peluk anak-anak.

Kredit: Twitter @DrRedzaZainol

Ubah sikap yang kurang baik ini dan anda sendiri boleh lihat perubahan positif kepada anak-anak.

Anak-anak gembira, barulah keluarga bahagia.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd