Now Reading
[Video] Ramai Teruja Tengok Kenduri Kahwin Seperti Pasar Malam. Khemah Pun Sama!

[Video] Ramai Teruja Tengok Kenduri Kahwin Seperti Pasar Malam. Khemah Pun Sama!

Kenduri kahwin di kampung itu diibaratkan seperti pasar malam kerana terdapat pelbagai jenis juadah yang disediakan kepada para tetamu.

[Video] Suasana Kenduri Di Kampung Ibarat Pasar Malam Buat Ramai Teruja. Macam-macam Ada!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kebiasaannya di setiap kenduri kahwin, pihak pengantin akan menyediakan makanan kepada para tetamu mereka yang hadir bagi meraikan pasangan mempelai yang mendirikan rumah tangga.

Selain membuat tempahan makanan dengan pihak katering, sesetengah pasangan pengantin lebih selesa membuat rewang dengan memanggil ahli keluarga atau penduduk sekitar untuk membantu.

Paling penting, makanan yang disediakan cukup untuk tetamu yang hadir. Risau kalau ada jemputan yang datang dari jauh dan tidak mendapat makanan kerana kehabisan.

Khemah Makanan Kenduri Kahwin Seperti Di Pasar Malam

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@aini_naz), video tersebut menunjukkan suasana meriah di sebuah kenduri kahwin yang diadakan di sekitar kawasan kampung.

[Video] Suasana Kenduri Di Kampung Ibarat Pasar Malam Buat Ramai Teruja. Macam-macam Ada!
Sumber: TikTok @aini_naz

Kenduri kahwin itu menjadi lebih meriah dah diibaratkan seperti berada di pasar malam oleh tetamu yang hadir kerana terdapat pelbagai jenis juadah yang disediakan di beberapa khemah.

Kebetulan pula khemah yang digunakan hampir sama seperti yang kebiasaan diguna pakai oleh para peniaga di pasar malam.

[Video] Suasana Kenduri Di Kampung Ibarat Pasar Malam Buat Ramai Teruja. Macam-macam Ada!
Sumber: TikTok @aini_naz

Antara juadah yang disediakan adalah seperti bihun sup, rojak buah, cendol, keropok lekor dan banyak lagi.

Air minuman yang disediakan seperti asam boi, teh bunga, milo ais dan sebagainya juga diletakkan di dalam balas besar. Sebiji macam di pasar malam ya.

[Video] Suasana Kenduri Di Kampung Ibarat Pasar Malam Buat Ramai Teruja. Macam-macam Ada!
Sumber: TikTok @aini_naz

Kalau macam ini, memang rambang mata tak tahu nak pilih juadah mana satu dulu. Semua sedap-sedap!

https://www.tiktok.com/@aini_naz/video/7178397624293264667

Kenduri Meriah Macam Raih Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang kagum melihat suasana kenduri kahwin itu yang cukup meriah dengan pelbagai sajian dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.

Pada masa sama, mereka juga menganggap bahawa kenduri seperti itu pastinya memerlukan modal yang banyak.

Tetapi ada juga netizen yang mengatakan bahawa kenduri seperti itu kebiasaannya ditaja oleh penduduk kampung secara bergilir-gilir.


Jenis Doorgift Untuk Para Tetamu Di Kenduri Kahwin

Kepada para pengantin yang sedang membuat persiapan sempena kenduri kahwin tidak lama lagi dan masih tak tahu nak beri doorgift apa kepada tetamu. Jangan risau, jom kami bantu anda.

Antara doorgift yang boleh diberikan adalah seperti:

  • Sejadah mini
  • Pendrive
  • Sambal tempe
  • Roti
  • Lilin
  • Sudu dan garfu
  • Pewangi kereta

BACA JUGA: Doorgift & Menu Kenduri Kahwin/Open House Yang Menarik. Dapat Timun Pun Ada!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd