PRU15: Calon PAS Ustaz Fawwaz ‘Dicari’ Ramai Lepas Berjaya Tumpaskan Nurul Izzah Di Permatang Pauh
Muhammad Fawwaz telah berjaya memenangi kerusi Parlimen P.044 Permatang Pauh dengan menewaskan Nurul Izzah dari Pakatan Harapan (PH).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mencatat sejarah apabila kawasan Permatang Pauh di Pulau Pinang kini bertukar tangan kepada parti PAS yang bertanding di bawah Perikatan Nasional (PN).
Selepas 40 tahun Permatang Pauh diwarisi oleh keluarga Anwar Ibrahim sejak tahun 1982, legasi berkenaan yang diakhiri dengan Nurul Izzah dari parti Pakatan Harapan (PH) telah tewas kepada calon PN-PAS iaitu Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272 undi.
Keputusan PRU15 menunjukkan bahawa Muhammad Fawwaz memperoleh 37,638 undi manakala Nurul Izzah pula mendapat 32,366 undi.
BACA JUGA: PRU15: Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15
Profil Calon PAS-PN Muhammad Fawwaz
Boleh dikatakan ramai yang agak terkejut apabila Parlimen P.044 Permatang Pauh telah ditawan oleh Muhammad Fawwaz pada PRU15 kali ini.
Malah masyarakat juga tertanya-tanya siapakah gerangan pemuda ini yang berjaya mengambil alih kubu pertahanan PKR selama 40 tahun itu.
Dengan adanya teknologi zaman kini, ramai yang mencari maklumat tentang Muhammad Fawwaz untuk melihat gerangan yang berjaya menewaskan Puteri Reformasi Nurul Izzah.
Salah seorang pengguna Twitter (@JatIkhwan) telah berkongsi poster infografik memaparkan segala maklumat tentang Muhammad Fawwaz.
Berdasarkan poster itu, Muhammad Fawwaz telah mengahwini dua orang isteri dan kini mempunyai 11 orang anak.
Selain bergelar pendakwah, beliau juga merupakan CEO Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah dan Bekas Eksekutif Zakat Pulau Pinang.
Dalam karier politiknya pula, Fawwaz turut menyandang beberapa jawatan seperti berikut:
- Ketua Pemuda Perikatan Nasional Pulau Pinang
- Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
- Mantan Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh
- AJK Pas Kawasan Permatang Pauh
- AJK Lajnah Keahlian Ulamak Pelapis
Siapa Ustaz Fawwaz yang tewaskan Puteri Reformasi Nurul Izzah di kerusi turun temurun PKR Permatang Pauh? Inilah orangnya. pic.twitter.com/DeULiJdzro
— Ikhwan (@JatIkhwan) November 19, 2022
Kehidupan Peribadi Beristeri 2 Jadi Tumpuan Ramai
Dalam pelbagai maklumat dipaparkan menerusi poster tersebut, antara yang menjadi tumpuan ramai adalah tentang kehidupan rumahtangganya yang kini beristeri dua.
Walau bagaimanapun, perkara berkenaan sememangnya bukanlah menjadi sesuatu isu yang perlu diketengahkan.
I lost at 2 wives. Expected.💀
— Birdyyy🕊 (@fxqqixxy) November 19, 2022
Bilangan anak 11 at 39 years old..
— 🥂 (@bbruzaidah) November 19, 2022
Wow..
Perusahawan yang berjaya
Dia dah menang korang serang peribadi dia pulak ada dua isteri dan 11 anak. Bukan salah pun di sisi agama.
— Abdul Hayy (@abdulhayy396) November 19, 2022
Lainlh minum arak, rasuah, liwat. Tu memang la salah. Wehh kemon la
Pada masa sama, sesetengah masyarakat pula menyatakan sokongan mereka kepada Fawwaz yang bakal mengambil alih Permatang Pauh.
Pas ni bukam semua tak boleh pakai. Ada yang boleh buat kerja. Paling best dapat tgk depa ni singkirkan ahli parlimen yg dah lama sngt menang dekat kawasan tu, tapi tak sumbang apa2.
— bukan pentadsub parti (@AntiGovMY) November 19, 2022
Orang permatang pauh maybe lebih tau kut kenapa tolak izzah….kita org luar tk tau….juat hormat sj pilihan rakyat sana
— Zie (@zie4276) November 20, 2022
Sebagai Pengundi Permatang Pauh, saya akui kehebatan Izzah di Parlimen, tapi bukan di tempat sendiri. 22 tahun terlalu lama. Kami perlukan perubahan. Lagipun, sapa tak kenal ustaz Fawwaz.
— farhana.k (@farhana83496193) November 20, 2022
Hal peribadi kita tolak tepi.
Paling penting, amanah terhadap rakyat dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga Permatang Pauh pada lima tahun akan datang dapat memberi sinar baharu kepada rakyat.
Selamat bertugas, Muhammad Fawwaz!
BACA JUGA: [Terkini] Ismail Sabri Perjelas BN Tak Akan Sokong PN Atau PH
BACA JUGA: PRU15: GPS Kemuka Cadangan Tubuh Kerajaan Gabungan PN, BN & GRS
BACA JUGA: PRU15: ‘SD Tak Sign Lagi, Kita Borak-borak Macam Biasa Dengan PH’ – Ismail Sabri
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.