PRU15: GPS Kemuka Cadangan Tubuh Kerajaan Gabungan PN, BN & GRS
GPS berpendirian bahawa mandat rakyat Malaysia hendaklah dihormati.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi satu kenyataan media hari ini (22 November) mengetengahkan cadangan untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia daripada gabungan yang terdiri daripada PN, BN, GPS, dan GRS.
Menurut kenyataan tersebut, gabungan ini juga mewakili kerangkuman masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Memandangkan kepada kemelut politik di Semenanjung Malaysia, GPS berpendirian bahawa mandat rakyat hendaklah dihormati.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Premier Sarawak.
Oleh yang demikian, GPS menyatakan turut menyerahkan kepada kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong mengikut kuasa yang diperuntukkan kepada Baginda dalam Perlembagaan Malaysia untuk melantik Perdana Menteri yang akan mengetuai kerajaan.
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambilkira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Premier Sarawak.

Terdahulu, Agong telah menzahirkan titah perkenan supaya proses bagi kedua parti-parti politik dan gabungan parti-parti politik mengemukakan gabungan parti pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 dilanjutkan sehingga jam 2:00 petang ini (Selasa, 22 November 2022).
BACA SINI: PRU15: Pencalonan Bakal PM Dilanjutkan Esok Jam 2 Petang #KerajaanBaru
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.