Now Reading
PRU15: ‘SD Tak Sign Lagi, Kita Borak-borak Macam Biasa Dengan PH’ – Ismail Sabri

PRU15: ‘SD Tak Sign Lagi, Kita Borak-borak Macam Biasa Dengan PH’ – Ismail Sabri

Menurut Ismail Sabri, BN turut meminta penangguhan penyerahan SD kepada Speaker Dewan Rakyat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan perjumpaan dengan ahli Pakatan Harapan (PH) bersama 26 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Hotel Seri Pacific pada pagi tadi (21 November).

“Tidak ada pertemuan dengan Pakatan Harapan (PH),” kata Ismail sejurus tamat sesi sidang media membabitkan 26 Ahli Parlimen BN.

Namun, kenyataan itu dilihat tidak tepat apabila tular video kehadiran beberapan pimpinan tertinggi PH termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut tiba di hotel tersebut.

BACA JUGA: [Dikemaskini] PRU15: Pemimpin PH & BN Tiba Di Hotel Seri Pacific Untuk Perjumpaan ‘Rahsia’

‘Belum sign SD, hanya borak-borak macam biasa’ – Ismail Sabri

Pada masa sama, Ismail Sabri yang juga bekas Perdana Menteri berkata mereka belum menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi memilih calon Perdana Menteri ke-10 dan pembentukan kerajaan persekutuan.

“SD tak ‘sign’ lagi. Tetamu (PH) datang sini, takkan tak layan. Kita borak-borak, salam-salam. Macam biasa. BN akan meminta penangguhan penyerahan SD kepada Speaker Dewan Rakyat.”

Timbalan Presiden MIC turut mengatakan hal yang sama

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan turut mengatakan hal yang sama di mana mereka belum menandatangi sebarang dokumen akuan bersumpah (SD) menyokong PH untuk membentuk kerajaan.

Sumber gambar: Facebook/Datuk Seri M Saravanan

Jelas Saravanan, kenyataan itu dibuat memandangkan setakat ini, BN belum membuat sebarang keputusan muktamad menyokong mana-mana pihak.

“Padi tadi kita bincang dengan Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi). Dia (sokongan kepada mana-mana pihak) tak sah selagi tak dimuktamadkan diperingkat BN.

“Walaupun sebelum bertanding, kita sudah bagi SD kepada pengerusi BN, tapi itu sekadar SD saja. Kita belum boleh sahkan selagi tak diputuskan, sebab kita tanding atas BN,” katanya.

Setiap parti perlu capai kata sepakat

Menurutnya lagi, setiap parti dalam BN, UMNO, MCA, MIC, dan PBRS perlu mencapai kata sepakat bersama mengenai sokongan kepada mana-mana gabungan.

Petang ini, BN dijangka memutuskan sokongannya kepada mana-mana pihak, sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan campuran.

BACA JUGA: PRU15: BN & PH Miliki Kata Sepakat – Sumber

BACA JUGA: PRU15: Pencalonan Bakal PM Dilanjutkan Esok Jam 2 Petang #KerajaanBaru


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd