Now Reading
[Terkini] Ismail Sabri Perjelas BN Tak Akan Sokong PN Atau PH

[Terkini] Ismail Sabri Perjelas BN Tak Akan Sokong PN Atau PH

Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Ismail Sabri menerusi hantaran Twitter miliknya mengesahkan bahawa Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, hari ini (22 November) sekitar jam 2 petang, parti-parti politik harus mengemukakan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara.

BACA SINI: PRU15: Pencalonan Bakal PM Dilanjutkan Esok Jam 2 Petang #KerajaanBaru

Walau bagaimanapun, Berita Harian sebentar tadi telah memaklumkan bahawa 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan hampir mencapai kata sepakat untuk tidak menamakan mana-mana pemimpin daripada PH atau PN sebagai calon Perdana Menteri ke-10.

Sebaliknya, mereka bersetuju untuk mempersembah cadangan kepada Agong hari ini supaya fungsi kerajaan sementara diteruskan dalam satu tempoh tertentu sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk kelak.

BACA JUGA: PRU15: GPS Kemuka Cadangan Tubuh Kerajaan Gabungan PN, BN & GRS

Sumber parti itu memaklumkan, semua Ahli Parlimen BN dijadual menandatangani satu akaun bersumpah (SD) pagi ini bagi menzahirkan cadangan itu sebelum ianya dipersembah kepada YDPA.

Calon ‘Panas’ Untuk PM Ke-10

Seperti yang dilihat saat ini, persaingan yang sengit adalah di antara:

  • Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada PRU15 yang berlangsung pada 19 November lalu, PH telah memperoleh 82 kerusi, manakala PN pula mendapat 73 kerusi.

Dan umum sedia maklum bahawa untuk menubuhkan sesebuah kerajaan, parti atau gabungan parti perlu mendapat majoriti mudah sokongan 112 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Selagi tak dapat, maka terjadilah ‘Hung Parliament’ ataupun parlimen tergantung.

Sumber: Bernama

Sumber menjelaskan bahawa persoalan itu akan terungkai apabila Ahli Parlimen BN dan PH dilaporkan menghadiri majlis yang dikatakan untuk menandatangani SD menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

BACA JUGA: PRU15: ‘SD Tak Sign Lagi, Kita Borak-borak Macam Biasa Dengan PH’ – Ismail Sabri

Jelas sumber itu lagi, kesepakatan itu wujud setelah BN tidak mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, namun sedar akan kemelut politik tidak menentu juga memaksa fungsi sebuah kerajaan sementara diteruskan khususnya dalam menjamin kelancaran urusan Parlimen dan pentadbiran kerajaan.

BN tak boleh menawarkan sebarang rundingan dengan mana-mana gabungan membentuk kerajaan. BN parti yang kalah dan bilangannya kecil. Gabungan yang menang seharusnya berunding mencari jumlah sokongan dari parti lain untuk bentuk kerajaan.

Sumber.

Apabila disoal sama ada ada tempoh masa ditetapkan dalam SD bagi meneruskan cadangan fungsi kerajaan sementara – sumber berkenaan memberitahu, ia seelok-eloknya sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk.

Tok Mat (Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan) pun sudah nyata hasrat untuk BN membantu (teruskan fungsi kerajaan sementara) ketika waktu peralihan pasca PRU. Ini sebahagian usaha tak mahu lagi kebuntuan politik seperti ini berterusan.

Sumber.

‘Dead End’

Pertemuan Ahli Parlimen BN dan PH semalam menemui jalan buntu oleh kerana tiada sebarang SD ditandatangani bagi menyokong pencalonan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

BACA SINI: [Dikemaskini] PRU15: Pemimpin PH & BN Tiba Di Hotel Seri Pacific Untuk Perjumpaan ‘Rahsia’

Ketika pemimpin tertentu dalam parti BN sedang berusaha supaya gabungan PH dan BN direalisasikan, wujud protes dari kalangan Ahli Parlimen gabungan itu sendiri yang dilaporkan menentang usaha berkenaan.

[Terkini] Ismail Sabri Sah Tak Akan Bergabung Dengan Parti PN Atau PH

Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Ismail Sabri menerusi hantaran Twitter miliknya mengesahkan bahawa Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” jelas Ismail Sabri.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd