Now Reading
Fasa 3: Belum Vaksin Pun Boleh Dine-In? KJ Beri Penjelasan

Fasa 3: Belum Vaksin Pun Boleh Dine-In? KJ Beri Penjelasan

Peralihan Lembah Klang ke Fasa 3 bermaksud hampir kesemua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Lembah Klang dilihat berada di landasan pantas setelah pihak kerajaan mengumumkan bahawa Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya akan memasuki Fasa 3 mulai hari ini (1 Oktober 2021).

Peralihan Lembah Klang ke Fasa 3 bermaksud hampir kesemua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi.

BACA SINI: Lembah Klang Beralih Ke Fasa 3 Bermula 1 Oktober

SOP Fasa 3: Dine-in dibenarkan buat individu yang belum divaksin?

Kredit: Malay Mail

Semua restoran kini boleh membenarkan aktiviti dine-in untuk kesemua pelanggan – sama ada mereka sudah menerima vaksin lengkap atau tidak di bawah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Untuk pengetahuan umum, mulai hari ini Lembah Klang dan Melaka telah memasuki Fasa 3 PPN, bergabung dengan Perlis, Pahang, Terengganu dan Sarawak – dengan kelonggaran baharu di bawah SOP kawalan Covid-19.

Setakat ini, hanya Negeri Sembilan dan Labuan berada di bawah Fasa 4.

Jika dilihat kembali, aktiviti dine-in di bawah Fasa 1 dan 2 adalah hanya dibenarkan buat mereka yang sudah divaksinasi lengkap.

Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan Fasa 3 – ini kerana negeri yang berada di bawah Fasa 3 dibenarkan untuk melakukan aktiviti dine-in walaupun masih belum divaksinasi lengkap.

Kalau betul, memang bahaya.

Tiada siapa yang ingin berada di bawah satu bumbung dengan anti-vaksin.

KJ tampil beri penjelasan

Setelah tularnya isu ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin terpanggil untuk memberikan penjelasan melalui satu tweet.

Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in KEKAL bagi semua fasa pemulihan. Peraturan yang dikeluar oleh MKN tidak dikemaskini. Dine-in privileges for all recovery phases only for those fully vaccinated. Kenyataan rasmi akan menyusuli.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melalui Twitter.

Untuk rekod, aktiviti dine-in dengan tujuan “perjumpaan sosial” masih tidak dibenarkan. Waktu beroperasi pual adalah dari jam 6 pagi hingga 12 malam.

Peraturan yang sama dikenakan untuk restoran, restoran di hotel, clubhouse, gerai makan, trak makanan, penjaja tepi jalan, medan selera, pusat penjaja dan kios makan.

Bar dan kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi di bawah Fasa 3.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd