Lembah Klang Beralih Ke Fasa 3 Bermula 1 Oktober
Peralihan Lembah Klang ke Fasa 3 bermaksud hampir kesemua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Lembah Klang dilihat berada di landasan pantas setelah pihak kerajaan mengumumkan malam tadi bahawa Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya akan memasuki Fasa 3 mulai 1 Oktober 2021.
Pengumuman itu juga menyatakan bahawa Melaka akan berpindah dari Fasa 2 ke Fasa 3, sementara Kedah akan berpindah dari Fasa 1 ke Fasa 2. Ini bermakna tidak akan ada lagi negeri yang tinggal di Fasa 1.
Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara berkuatkuasa 1 Oktober 2021#MKN50#KeluargaMalaysia #ReopeningSafely pic.twitter.com/oDrZz0YCYO
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) September 29, 2021
Peralihan Lembah Klang ke Fasa 3 bermaksud hampir kesemua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi, termasuk industri hiburan seperti panggung wayang, teater, persembahan secara langsung (live), taman tema, acara sukan, dan banyak lagi.
Spa, salon kecantikan, dan perkhidmatan dandanan lain juga akan dibenarkan beroperasi namun hanya dengan janji temu sahaja.
Walau bagaimanapun, pub serta kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi.
Perjalanan merentas negeri juga belum dibenarkan.
Populasi dewasa di Lembah Klang telah divaksinasi sepenuhnya, dan penurunan kes positif Covid-19 juga dapat dilihat ketika ini.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.