Now Reading
Gadis Tekun Belajar Bawah Lampu Jalan Raih Perhatian

Gadis Tekun Belajar Bawah Lampu Jalan Raih Perhatian

Ramai percaya mahasiswi yang mengulang kaji di bawah lampu jalan berkenaan merupakan pelajar dari UTHM Pagoh, Johor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang semangat dan kesungguhan, ramai individu di luar sana tidak menjadikan masalah atau situasi sulit sebagai alasan untuk menimba ilmu. Tidak kira tempat, keadaan atau masa.

Seperti sebelum ini, sekumpulan kanak-kanak dilihat membaca buku cerita di sebuah perpustakaan mini sekitar taman permainan perumahan.

Difahamkan, salah seorang ibu kepada budak kecil itu membina ruangan tersebut agar mereka boleh meluangkan masa bersama dan membaca buku sewaktu ketiadaan elektrik di rumah.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Bina Mini Library Di Taman Permainan, Berjaya Pupuk Amalan Membaca Kanak-kanak Setempat


Mahasiswi Belajar Bawah Lampu Jalan Di Kolej Kediaman

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ameirfann) menyaksikan seorang gadis sedang mengulang kaji pelajaran.

Selalunya, para pelajar akan memilih tempat belajar yang selesa di tempat mereka menuntut sebagai contoh di perpustakaan, bilik kuliah atau medan makan.

Namun lain pula kali ini apabila mahasiswi berkenaan belajar di bawah cahaya lampu jalan di kawasan parkir dipercayai sekitar kolej kediaman pelajar. Ya, bukan lampu meja belajar, tetapi lampu jalan yang tinggi!

Pelajar yang menulis sesuatu di atas meja kecil lipat itu juga dilihat dengan selesa bersila di tempat pejalan kaki.

Bersemangat betul pelajar perempuan tersebut nak belajar ya, sampaikan kawasan orang berjalan juga tiada masalah buatnya.

Meskipun tiada lokasi diberikan, beberapa netizen percaya mahasiswi berkenaan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Johor.

Sumber: TikTok (@ameirfann)

“Tak Nak Kacau Roommate Dia Tidur”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji tindakan si pelajar kerana gigih belajar walau di mana pun dia berada.

“Akan berjaya ni. Gaya pemikiran luar kotak, tak takut tohmahan orang sekeliling. Semoga terus berjaya dik,” kata seorang pengguna TikTok.

Ada juga yang berpendapat pelajar itu belajar di sana kerana tidak mahu mengacau teman sebilik yang sedang tidur.

“Bagus. Tak nak kacau roommate dia tidur. Saya doakan dia dekan setiap sem,” ujar seorang lelaki.

Malah segelintir individu turut berkata mereka memilih cara yang sama seperti mahasiswi itu untuk fokus belajar.

“Macam saya juga, tak suka belajar ada ramai orang. Susah nak masuk dengan bising-bisingnya lagi. Akhir sekali pergi asingkan diri untuk study, baru masuk,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok (@ameirfann)

Hebat betul kesungguhan dia ini. Seperti satu peribahasa yang berbunyi, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.”

Semoga sentiasa cemerlang ya!

Baca Artikel Berkaitan: 5 Port Membaca Dengan Suasana Estetik Sekitar Malaysia Yang Anda Perlu Lawati

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Pendapat Tentang Keperluan Untuk Sambung Belajar Ke Peringkat PhD


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd