Now Reading
Coursera Perkenal Akademi Kerjaya, Sijil Baharu Peringkat ‘Entry-level’ Daripada Meta & IBM

Coursera Perkenal Akademi Kerjaya, Sijil Baharu Peringkat ‘Entry-level’ Daripada Meta & IBM

Sijil Profesional Sokongan Teknikal IBM adalah salah satu sijil kemahiran yang anda boleh pelajari menerusi Coursera.

coursera

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Coursera, Inc. (NYSE: COUR) merupakan salah satu platform pembelajaran dalam talian terbesar di dunia kini telah mengumumkan pelancaran Akademi Kerjaya bagi menyediakan pelajar yang tiada ijazah atau pengalaman kerja memperoleh pekerjaan menggunakan Sijil Profesional daripada syarikat terkemuka dunia termasuk Google, IBM dan Meta.

Dengan Akademi Kerjaya, institusi pendidikan tinggi, kerajaan dan perniagaan boleh meningkatkan kemahiran seluruh populasi pelajar serta pekerja untuk kerjaya ekonomi baharu. Pelancaran itu dianggap tepat bagi Malaysia yang sedang menyediakan tenaga kerja bagi ekonomi digital.

Ketika pengumuman Belanjawan 2022 Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan RM1.1 bilion dan menggalakkan kerjasama daripada pemain industri seperti Global Online Workforce (GLOW) di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menjalankan program latihan serta peningkatan kemahiran bagi menghasilkan lebih tenaga kerja mahir dalam bidang digital.

Sejak tahun 2020, dunia telah menyaksikan perubahan yang luar biasa. Pembelajaran dalam talian semakin mendapat permintaan tinggi dan kami telah didorong ke dunia baharu dengan kerja jarak jauh dan hibrid. Pelajar dan pekerja memerlukan akses kepada pembelajaran serta kerjaya yang fleksibel, berpatutan dan memberi kesan untuk memanfaatkan peluang kerjaya yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Coursera Jeff Maggioncalda.
Ketua Pegawai Eksekutif Coursera Jeff Maggioncalda. (Sumber: Coursera)

Akademi Kerjaya bantu orang ramai berfikiran terbuka dalam dunia sebenar

Pelajar yang mendaftar di industri Akademi Kerjaya institusi boleh mendapatkan beberapa pengalaman seperti berikut:

  • Mendapat Sijil Profesional peringkat kemasukan baharu daripada peneraju industri termasuklah Google, IBM dan Meta untuk menyediakan 18 kerjaya dalam permintaan tinggi seperti Penganalisis Data, Pereka UX, Pembangun Aplikasi dan Pemasar Media Sosial dan lain-lain. Setiap sijil direka bentuk untuk pelajar yang tidak mempunyai pengalaman dalam industri tersebut dengan keperluan menyiapkannya dalam tempoh enam hingga lapan dengan purata 3-10 jam seminggu secara atas talian sepenuhnya.
  • Mendapat pengalaman dan realiti sebenar dengan Projek Bimbingan untuk membangunkan kemahiran dalam masa kurang dari dua jam serta tonjolkan diri kepada majikan semasa proses temuduga dan bekerja. Dengan pembelajaran secara langsung dan penilaian interaktif, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran penting menggunakan alatan industri yang digunakan dalam dunia sebenar.
    • Contohnya, Penganalisis Data boleh mengamalkan SQL, Python dan Tableau, manakala Pereka UX boleh membina projek menggunakan Figma dan Adobe Creative Cloud.
  • Meneroka perjalanan kerjaya yang betul dengan gambaran keseluruhan tentang pekerjaan tersebut, keperluan kemahiran dan purata gaji serantau (jika ada). Pelajar mempunyai fleksibiliti untuk belajar mengikut tempoh yang diingini dalam talian sepenuhnya menerusi web dan telefon mudah alih.
Sumber: Coursera

Akademi Kerjaya tawar pelbagai Sijil Profesional

Coursera juga telah mengembangkan katalog Sijil Profesional peringkat kemasukan baharu dengan enam sijil daripada dua pemimpin industri yang akan menyediakan pelajar untuk setiap peranan yang mendapat permintaan tinggi.

Sijil ini tersedia untuk semua pelajar dan dalam beberapa bulan akan datang, ianya juga akan tersedia sebagai sebahagian daripada Akademi Kerjaya:

  • Sijil Profesional Sokongan Teknikal IBM – Sijil dengan tujuh kursus ini dapat membantu pelajar bersiap sedia untuk menceburi kerjaya dalam bidang IT dan sokongan teknologi meliputi kemahiran utama seperti persediaan perkakasan serta peranti mudah alih, konfigurasi perisian, penyelesaian masalah dan asas keselamatan siber.

Kami menawarkan Akademi Kerjaya untuk membantu merealisasikan impian pada era baharu ini dengan menggabungkan pembelajaran dalam talian serta kerja pada jarak jauh bagi mewujudkan akses yang lebih besar kepada kedua-dua peluang pendidikan dan ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Coursera Jeff Maggioncalda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Akademi Kerjaya, anda boleh layari laman web berikut:


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd