Now Reading
5 Port Membaca Dengan Suasana Estetik Sekitar Malaysia Yang Anda Perlu Lawati

5 Port Membaca Dengan Suasana Estetik Sekitar Malaysia Yang Anda Perlu Lawati

Antara lokasi port membaca yang menarik adalah seperti Penang Digital Library dan juga L45 Kurau Community Library.

perpustakaan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila kali terakhir anda pergi perpustakaan? Macam dah lama sangat tak pergi ke ‘gedung ilmu’ ini kan? Tak mustahil ada yang kali terakhir menjejakkan kaki ke perpustakaan adalah ketika zaman persekolahan.

Kepada para ulat buku di luar sana, perpustakaan adalah ibarat ‘syurga’ bagi mereka kerana penuh dengan bahan bacaan mengikut pilihan masing-masing.

Antara perpustakaan yang pernah viral adalah di Coex Starfield Library di Seoul kerana dekorasi yang cukup moden dan estetik. Nak #OOTD pun memang cun!

Sumber: AREX

Tapi anda tak perlu pergi jauh-jauh sehingga ke Korea untuk menikmati pengalaman membaca yang seronok. Di Malaysia pun ada banyak juga port membaca yang anda boleh lawati.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. L45 (Kurau Community Library)

Terletak di kawasan kejiranan sekitar Bangsar, perpustakaan ini berkongsi ruang dengan perumahan pelajar. Dengan bahan bacaan lebih 35,000 koleksi buku pastinya akan membuatkan para ulat buku sekalian rambang mata untuk membaca.

Ruangan perpustakaan komuniti juga agak kecil dan hanya boleh memuatkan maksimum seramai 10 orang sahaja. Nak OOTD kat sini pun cantik juga. 

Lokasi: 45, Lorong Kurau, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Khamis – Sabtu (3PM sehingga 6PM). Tutup pada cuti umum. 

2. Penang Digital Library

Sumber: Twitter

Kalau anda lihat di perpustakaan ini, memang tak nampak satu buku pun. Pelik kan bila port membaca tak ada bahan bacaan? 

Buku-buku di perpustakaan ini wujud dalam versi digital dan dibuka selama 24 jam. Penang Digital Library ini mempunyai dua bangunan iaitu Mansion Library dan New Annexe dengan dekorasi yang ringkas dan moden. 

Nak buat perbincangan di sini pun boleh kerana mereka juga menyediakan ruangan khas yang sangat cantik. 

Sumber: Twitter

Lokasi: No.135, Jalan Masjid Negeri Daerah Timur Laut, 11600 Georgetown, Pulau Pinang.

Waktu operasi: Setiap hari (8AM – 10PM)

3. Perpustakaan Negeri Sabah @ Tanjung Aru, Sabah

Sumber: Twitter

Perpustakaan berkeluasan 62,000 kaki persegi ini dibina dengan lima tingkat dan bersifat mesra keluarga. Ruangan membaca untuk golongan kanak-kanak juga disediakan bertemakan marin serta mempunyai tali panjat dan buaian.

Dibuka sejak April 2019, pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku, majalah, sumber elektronik, tablet, komputer, wifi dan kemudahan lain yang disediakan untuk kegunaan para pengunjung. Pengunjung juga boleh menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh kakitangan di sini.

Lokasi: Plaza, 1, Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, 88300 Kota Kinabalu Sabah.

Waktu operasi: Setiap hari (9AM – 6PM)

4. Perpustakaan Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL)

Sumber: Eri Goes To

Kalau anda penggemar budaya Jepun, lokasi ini pasti membuatkan anda teruja! Perpustakaan Japan Foundation Kuala Lumpur membolehkan anda menerokai Jepun menerusi buku, majalah, komik, CD dan juga DVD. Selain itu, beberapa perkhidmatan juga disediakan seperti peminjam buku untuk ahli, mesin fotostat, wifi, kaunter pertanyaan dan sebagainya.

Sumber: Repictblog

Lokasi: The Japan Foundation Kuala Lumpur, Tingkat 18 Northpoint, Block B, Mid Valley City, No 1, Medan Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Selasa – Sabtu (10AM – 5 PM)

5. Rumah Attap Library and Collective, KL

Sumber: Eri Goes To

Ditubuhkan pada tahun 2017, perpustakaan ini berada di deretan rumah kedai tahun 1950an dan telah diubahsuai menjadi lebih selesa. Rumah Attap Library and Collective ini terkenal dalam kalangan anak-anak muda yang ingin berdiskusi dalam suasana rumah dipenuhi dengan buku-buku.

Di sini, anda boleh melakukan perbincangan secara terbuka dan juga bertukar-tukar bahan bacaan serta pendapat tentang budaya, sastera, falsafah, sains sosial dan banyak lagi dengan pengunjung lain.

Sumber: Twitter

Lokasi: 84c, Jalan Rotan, Off Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Sabtu dan Ahad (11AM – 7PM)


Kepada anda yang ingin mulakan tabiat membaca dengan suasana yang mengujakan, bolehlah cuba pergi ke beberapa lokasi yang kami cadangkan ini. Sekali sekala tukar angin pergi port membaca pula apa salahnya kan?

Lepas pergi membaca, bolehlah ke kafe estetik pula untuk minum-minum dengan rakan anda pula.

BACA JUGA: Ini 5 Kafe Estetik & Instagramable Baharu Di KL. Nak #OOTD Pun Boleh!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd