Now Reading
Hanya Sebab Nak Tonton Filem Sheriff, Gadis Ini Sanggup ‘Terbang’ Dari Kelantan Ke Negeri Sembilan

Hanya Sebab Nak Tonton Filem Sheriff, Gadis Ini Sanggup ‘Terbang’ Dari Kelantan Ke Negeri Sembilan

Ketika ini, Sheriff terbitan SKOP Production antara tontonan paling laris di pawagam dan turut digelar sebagai filem ‘Polis tangkap polis’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak tiga dekad lalu, rakyat di negeri Kelantan tidak dibenarkan untuk menonton filem di pawagam oleh kerana ia dianggap sebagai hiburan berlebihan.

Jadi rakyat di Kelantan yang ingin menonton filem terbaharu kebanyakan akan menuju ke Terengganu untuk mengunjungi panggung wayang di pusat membeli-belah negeri berkenaan.

Sebelum ini, seorang pelakon tempatan iaitu Syed Aiman Syed Mahmud pernah membuat rayuan kepada kerajaan Kelantan untuk mempertimbangkan agar panggung wayang dibuka di negeri itu tetapi sehingga kini masih tiada kata putus.


Gadis Kelantan Sanggup Naik Kapal Terbang Ke Nilai Untuk Tengok Wayang

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@tuansyieka), gadis ini tidak mahu ketinggalan untuk menonton filem Sheriff lakonan Zul Ariffin dan Syafiq Kyle yang kini sudah ditayangkan di pawagam.

Namun disebabkan negeri tempatnya menetap iaitu Kelantan tidak mempunyai panggung wayang, gadis ini sanggup menempah penerbangan dari Kelantan ke Kuala Lumpur.

Baca Artikel Berkaitan: “Lakonan Epic” – Filem Sheriff Raih Sambutan Hangat, Tayangan Awal Cecah Lebih RM1 Juta

Bak kata gadis berkenaan, “Kelantan tanpa wayang? No hal asal ada duit semua boleh,”.

Setibanya di Kuala Lumpur, dia dijemput oleh rakannya dari lapangn terbang sebelum menuju ke Nilai, Seremban dan menonton wayang bersama kawan-kawan yang lain pada hari sama.

Akhirnya, gadis berkenaan berjaya juga mencapai kemahuannya untuk menonton file Sheriff di pawagam mmCineplexes di MesaMall pada jam 10:00 malam.

https://www.tiktok.com/@tuansyieka/video/7359832795985775890

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Melihat Kegigihan Gadis Untuk Tonton Filem

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen selepas melihat kegigihan gadis berkenaan yang sanggup ‘terbang’ ke negeri lain semata-mata untuk menonton wayang.

Ada yang mempersoalkan tindakan gadis berkenaan yang sanggup menonton wayang di Nilai dan bukannya di negeri Terengganu yang katanya lebih dekat.

“Jauhnya. Kat Terengganu bukan ada ke?” tanya netizen.

Sesetengah netizen turut mempersoalkan keputusan kerajaan Kelantan yang masih tiada kata putus dengan cadangan penubuhan panggung wayang di negeri berkenaan.

“Kelantan kena buat panggung wayang. Sampai bilalah nak halang benda tu,” kata netizen.

Seorang netizen yang dipercayai menetap di negeri bawah pemerintahan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) itu mendakwa bahawa terdapat beberapa pawagam yang dikatakan mahu dibuka tetapi tidak mendapat kelulusan.

“Ada je wayang tak buka sebab tak lulus, kalau masuk KB Mall ada tulis Paragon. Tapi sekarang dah tukar Play Land,” ujar netizen.

Sementara itu, netizen dari negeri Perlis juga memberitahu bahawa negeri terkecil itu tidak mempunyai panggung wayang.

“Perlis pun tak ada wayang. Jenuh sejam lebih nak pergi negeri orang untuk tengok wayang,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Kelantan Pernah Ada Panggung Wayang Ke?

Memetik laporan MalaysiaNow, sebelum ini negeri Kelantan pada tahun 1990an mempunyai beberapa panggung wayang komersial yang terkenal iaitu Lido, Odean, Rex dan Meena sebelum kesemuanya dirobohkan pada tahun 1997.

Perkara tersebut dibuat kerana bimbang sekiranya berlaku perkara tidak bermoral di dalam panggung wayang

Amaran yang dikatakan terlalu ketat kepada pihak pawagam juga menjadi faktor penutupan panggung wayang di negeri berkenaan selepas jumlah kunjungan juga dipercayai semakin berkurang.

Namun sekitar dua tahun lalu, bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri masih meneliti cadangan mewujudkan pawagam di sana, malah ia sentiasa dibincangkan di pelbagai peringkat.

Ianya selepas filem Mat Kilau menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat termasuk rakyat Kelantan.

Baca Artikel Berkaitan: Pawagam Bukan Isu Besar, Netflix Boleh Tengok Semua – Timbalan MB Kelantan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Penghijrahan Anak Kelantan Ke Negeri Luar Bukan Sebab Tiada Kerja [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd