JAKIM Panggil Zul Ariffin & Produksi Filem ‘Perempuan Itu’ Lepas Tular Adegan Panas
Pihak JAKIM risau sekiranya adegan panas Zul Ariffin dan Siti Hariessa menjadi ikutan masyarakat Malaysia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Terdahulu, nama Zul Ariffin dan Siti Harriesa menjadi perbualan netizen di media sosial selepas pelakon lelaki itu memuat naik video di laman Instagram miliknya beberapa babak ‘panas’ dilakonkan untuk sebuah drama bertajuk ‘Perempuan Itu’.
Video tersebut menjadi tular selepas beberapa aksi tidak senonoh dilakukan seolah-olah meniru filem luar negara.
Lebih menjadi kontroversi adalah apabila drama tersebut bakal ditayangkan pada bulan Ramadan yang akan datang.
MALAYSIA ALLOW THIS?? WTF ZUL ARIFFIN pic.twitter.com/lKBDP2KbRu
— barbie 🧸 (@crossvinee) March 18, 2022
Namun, pengarah drama tersebut iaitu Ain Sharif memberitahu bahawa babak ‘panas’ itu tidak akan ditayangkan untuk tontonan umum.
BACA JUGA: Babak Panas Zul Ariffin Mungkin Tak Tayang Di TV & Hanya Publisiti, Kata Pengarah
Ramai pihak bersuara
Selepas adegan dewasa itu tersebar, beberapa pihak bersuara dan berpendapat bahawa babak tersebut sudah melampaui batas memandangkan penonton di Malaysia adalah beragama Islam.
Menurut Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Ahmad Marzuk Shaary, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi membincangkan semula tentang perkara berkenaan dengan lebih lanjut.
Dalam masa yang sama, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga akan memanggil kesemua produksi drama ‘Perempuan Itu’ termasuklah Zul Ariffin dan Siti Harriesa berhubung adegan ‘panas’ yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam serta budaya masyarakat Malaysia.

Pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi membincangkan semula tentang perkara berkenaan dengan lebih lanjut.
Kami risau sekiranya aksi itu tidak bermoral tersebut menjadi ikutan rakyat Malaysia jika ianya tidak ditangani dengan baik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Walaupun sesetengah pihak produksi ini mengambil filem luar negara sebagai inspirasi, tetapi harapnya adegan dewasa seperti ini tidak dijadikan contoh. Lebih-lebih lagi jika pelakonnya adalah beragama Islam.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.