Now Reading
“Lakonan Epic” – Filem Sheriff Raih Sambutan Hangat, Tayangan Awal Cecah Lebih RM1 Juta

“Lakonan Epic” – Filem Sheriff Raih Sambutan Hangat, Tayangan Awal Cecah Lebih RM1 Juta

Kutipan lebih RM1 juta itu sekaligus menempatkan Sheriff pada tangga pertama carta 10 filem teratas di GSC Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, filem keluaran tempatan semakin mendapat sambutan orang ramai. Bukan itu sahaja, banyak filem sudah meraih prestasi baik dan juga disokong oleh penonton dari luar negara.

Sebagai contoh, La Luna mencipta sejarah apabila ditayangkan di pentas antarabangsa menerusi tayangan perdana dunia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo di Jepun pada 24 Oktober tahun lalu.

Baca Artikel Berkaitan: “Waktu Terbaik Untuk Hasilkan Filem Tempatan” – Pengarah La Luna

Prestasi cemerlang industri perfileman negara tidak terhenti di situ sahaja apabila filem Sheriff pula ditayangkan baru-baru ini.


Sheriff Raih Kutipan Lebih RM1 Juta Ketika Tayangan Awal

Filem arahan pengarah Syafiq Yusof, iaitu Sheriff telah meraih kutipan melebihi RM1 juta sewaktu tayangan awal (sneak preview) pada 17 April lalu di pawagam.

Kutipan tinggi tersebut berjaya menempatkan Sheriff pada tangga pertama carta 10 filem teratas di GSC Malaysia sekaligus mengalahkan prestasi filem antarabangsa yang ditayangkan.

Susulan penerimaan hebat orang ramai terhadap filem berkenaan, Syafiq meluahkan rasa syukur selain beranggapan bahawa ia adalah permulaaan baik untuk Sheriff.

Kami menjangka penonton akan pergi ke pawagam terutama pada hujung minggu ini untuk menyaksikan Sheriff. Kami berharap filem ini mampu menepati cita rasa penonton. Ajak rakan-rakan atau keluarga meluangkan masa bersama dengan menikmati Sheriff yang memaparkan subjek ‘polis tangkap polis’ dari lakonan mantap pelakon tanah air.

Syafiq Yusof.

Dalam masa sama, pengarah tersebut turut merakamkan ucapan penghargaan kepada para media dan pengendali pawagam dalam memberi sokongan padu kepada Sheriff.

Sumber: YouTube Astro Shaw

Orang Ramai Puas Hati Dengan Plot & Kualiti Filem Sheriff

Filem Sheriff yang menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan juga mendapat reviu baik dari orang ramai menerusi platform media sosial.

Seorang lelaki dikenali sebagai Zhaf berkata Sheriff merupakan filem tempatan terbaik setakat ini. Filem yang realistik dan terdiri dengan pelbagai plot ‘twist’ itu membuatkan penonton berasa berdebar-debar sepanjang tayangan.

Sumber: Instagram (@syafiqkylez)

Bukan itu sahaja, kualiti audio dan visual keseluruhan filem juga dikatakan sama taraf seperti Hollywood.

Sebuah anjakan paradigma bagi industri perfileman Malaysia, dah lama aku tak berdebar macam ni tonton filem tempatan. Trust me, the trailer shows nothing.

Zhaf.
Sumber: X

Kisah Di Sebalik Sheriff

Sheriff merupakan seorang anggota polis dari Jabatan Integriti yang ditugaskan menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Dia telah ditugaskan bersama-sama dengan Nazri, seorang anggota polis muda dari Jabatan Narkotik.

Sumber: 1MDb

Misi mereka adalah untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony Ifrit. Sindiket terbabit sering terlepas daripada prosedur undang-undang, setiap kali menerusi proses penghakiman.

Sumber: YouTube Astro Shaw

Berikut adalah watak yang dimainkan oleh barisan pelakon Sheriff:

  • Zul Ariffin: DSP Sheriff
  • Syafiq Kyle: Inspektor Nazri
  • Datuk Aaron Aziz: Tony Ifrit
  • Azira Shafinaz: ASP Syazlin
  • Elizabeth Tan: ASP Jennifer Wong

Untuk info, filem aksi Sheriff yang diterbitkan dua syarikat produksi iaitu Skop Productions dan Astro Shaw memulakan tayangan rasmi semalam (18 April) di pawagam di seluruh negara.

Buat ‘kaki movie’ di luar sana, anda boleh cepat-cepat dapatkan tiket untuk menonton Sheriff dan support filem lokal.

Baca Artikel Berkaitan: Filem Malaysia ‘Abang Adik’ Raih Pengiktirafan Peringkat Global. Tahniah!

Baca Artikel Berkaitan: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Raih RM11 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd