Now Reading
Filem Malaysia ‘Abang Adik’ Raih Pengiktirafan Peringkat Global. Tahniah!

Filem Malaysia ‘Abang Adik’ Raih Pengiktirafan Peringkat Global. Tahniah!

Bukan sahaja diiktiraf di peringkat global, filem ‘Abang Adik’ juga telah memecahkan rekod apabila berjaya mengumpul NT$40mil (RM6.5 juta) dalam masa 10 hari tayangan di Taiwan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dapat dinafikan, sepanjang beberapa tahun lalu, Malaysia telah menghasilkan beberapa karya filem tempatan yang asli serta mengagumkan.

Seperti sebelum ini, filem Imaginur lakonan Beto Kusyairy dan Diana Danielle telah mendapat tempat dalam hati bukan sahaja rakyat tempatan malah penonton di negara jiran Singapura dan Brunei.

Baca Artikel Berkaitan: Filem Imaginur Raih RM2 Juta Lepas 10 Hari Tayangan Di Pawagam

Prestasi cemerlang industri perfileman negara tidak terhenti di situ sahaja apabila filem ‘Abang Adik’ telah memecahkan rekod dan melakar nama di peringkat antarabangsa.


Filem ‘Abang Adik’ Diiktiraf Peringkat Global

Filem sulung arahan penerbit dan pengarah rakyat Malaysia Jin Ong yang bertajuk ‘Abang Adik’ telah menarik perhatian komuniti penerbit filem di peringkat global.

Untuk info filem tersebut mengisahkan kehidupan pahit manis serta hubungan erat dua anak yatim yang tiada pertalian darah.

‘Abang Adik’ mula menarik perhatian orang ramai sejak bulan Mac tahun ini apabila telah mendominasi enam kategori di Festival Filem Antarabangsa Fribourg di Switzerland, termasuklah kategori hadiah utama, hadiah juri khas, hadiah juri belia, dan hadiah kritik.

Bukan itu sahaja, filem berkenaan turut memenangi Anugerah Juri Ekumenikal dan Anugerah Penonton.

Kalau anda nak tahu, filem ‘Abang Adik’ merupakan usaha kerjasama antara Malaysia dan Singapura yang berjaya meraih pelbagai anugerah sejak termasuk di Festival Filem Asia Timur ke-25 di Udine, Itali, Festival Filem Asia New York ke-22, Festival Filem Seratus Bunga Emas di China dan Festival Filem Antarabangsa QCinema – The Next Asian Wave di Filipina.

Filem bergenre drama dan keluarga itu juga mendapat pengiktirafan di Anugerah Golden Horse ke-60 di Taipei apabila dicalonkan dalam tujuh kategori.

Kategori tersebut ialah Pelakon Terbaik yang dimenangi oleh pelakon Taiwan Wu Kang Ren, Pelakon Pembantu Terbaik, Pengarah Baru Terbaik, Pelakon Baru Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lagu Filem Asli Terbaik, dan Solekan serta Reka Busana Terbaik!

Sumber: Suara.TV

Filem ‘Abang Adik’ Kutip RM6.5 Juta Dalam Masa 10 Hari Tayangan

Baru-baru ini, ‘Abang Adik’ mencatat sejarah di Taiwan apabila mencipta rekod pecah panggung dengan kutipan RM2.2 juta selepas hanya tiga hari ditayangkan.

Malah filem karya pengarah kelahiran Taiping, Perak itu juga berjaya menarik tumpuan orang ramai apabila telah mencipta kejayaan dengan rekod kutipan sebanyak NT$40mil (RM6.5 juta).

Tidak sangka dengan khabar berita mengejutkan tersebut, Ong mengakui telah mengalirkan air mata kegembiraan sebaik sahaja dimaklumkan oleh pihak penayangan filem di Taiwan.

“Saya menangis kerana tiga hari pertama tayangan filem ini pun kami berjaya meraih RM2.2 juta. Semasa di Taiwan saya juga menangis selepas mendapat berita itu. Semua filem Malaysia yang pernah ditayangkan di Taiwan terdahulu masih tiada rekod ini.

“Sebenarnya saya juga takut untuk tayangkan Abang Adik di Taiwan kerana ia mungkin jadi seperti filem-filem lain sebelum ini. Tapi sejak ditayangkan, ia sering diperkatakan penonton di sana,” katanya ketika sesi tayangan filem berkenaan.

Kepada kaki filem, jangan lepaskan peluang untuk menonton ‘Abang Adik’ yang akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 14 Disember ini.

Sumber: Malay Mail

Sinopsis Filem Abang Adik

‘Abang Adik’ menceritakan kisah dua orang lelaki tanpa dokumen mengharungi kehidupan miskin di Malaysia. Filem tersebut juga menggambarkan realiti kehidupan di sebuah sudut tersembunyi di ibu kota, Kuala Lumpur.

Kedua-dua watak anak yatim dilakonkan oleh Jack Tan dan pelakon dari Taiwan, Wu Kang Ren itu tinggal di Pudu, Kuala Lumpur iaitu sebuah kawasan yang terkenal dengan pasar basah.

Mereka berdua turut dibesarkan tanpa keluarga di bawah jagaan jiran mereka, Kakak Money (Tan Kim Wang), yang menganggap mereka sebagai anak kandung bagi memastikan kelangsungan kehidupan dua anak yatim tersebut.

Sumber: Far East Film

Baca Artikel Berkaitan: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Raih RM11 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan

Baca Artikel Berkaitan: “Tiger Stripes” Filem Malaysia Pertama Menang Hadiah Utama Di Cannes Critics’ Week


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd