Now Reading
Filem Imaginur Raih RM2 Juta Lepas 10 Hari Tayangan Di Pawagam

Filem Imaginur Raih RM2 Juta Lepas 10 Hari Tayangan Di Pawagam

Filem Imaginur bukan sahaja ditayangkan di Malaysia, malah ia juga ditayangkan di negara jiran termasuklah empat lokasi di Singapura dan satu di Brunei.

Filem Imaginur Raih RM2 Juta Lepas 10 Hari Tayangan Di Pawagam (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Filem tempatan kini mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia selepas satu lagi karya meraih kejayaan yang mengejutkan.

Pengarah filem tempatan iaitu Nik Amir Mustapha menerusi filem terbaharunya iaitu Imaginur telah berjaya meraih kutipan mencecah RM2 juta selepas 10 hari tayangan.

Filem Imaginur bukan sahaja ditayangkan di Malaysia, malah ia juga ditayangkan di negara jiran termasuklah empat lokasi di Singapura dan satu di Brunei.

Nik Amir menerusi ciapan dimuat naik olehnya di laman Twitter (@_nikamir) meluahkan rasa terharu dengan sokongan padu diberikan oleh masyarakat terhadap karya filem yang dihasilkan.

Memetik laporan Harian Metro, Nik Amir menjadi semakin terharu apabila pihak pawagam turut menambah slot tayangan bagi filem Imaginur selepas menerima sambutan luar biasa dari penonton.

Nik Amir berasa bersyukur dengan penerimaan orang ramai terhadap filem Imaginur kerana dia menganggap filem berunsur sains fiksyen tidak senang untuk mendapat ‘tempat’ di hati masyarakat.

Alhamdulillah. Kami sangat bersyukur dengan resepsi penonton yang sudah menonton. Setakat ini pencapaian ini sangat bermakna bagi kami sebab filem seperti Imaginur bukan sebuah filem yang senang diterima masyarakat. Tapi kami memang percaya zaman sekarang ini, orang dah boleh mula terima karya seperti ini.

Pengarah filem Imaginur, Nik Amir Mustapha.

Nik Amir juga berharap agar lebih banyak filem seperti Imaginur dapat diterbitkan dalam industri tempatan.

Antara karya Nik Amir yang terkenal sebelum ini adalah seperti KIL dan Terbaik dari Langit.


Filem Imaginur Tercalon Dalam Festival Filem Asia New York (NYAFF) 2022 Di New York

Sebelum menempa kejayaan dalam industri tempatan, filem Imaginur terdahulu telah tersenarai bersama lapan lagi filem di serata Asia bagi kategori Filem Cereka Terbaik di Festival Filem Asia New York (NYAFF) 2022 di New York, Amerika Syarikat yang bakal berlangsung pada 15 hingga 31 Julai ini.

Filem Imaginur juga akan ditayangkan buat pertama kali di Walter Reade Theater, Film at Lincoln Center, New York pada 23 Julai 2023.

Kejayaan filem Imaginur yang mendapat perhatian juri antarabangsa di NYAFF 2022 ini juga dipuji oleh orang ramai menerusi media sosial. Rata-rata masyarakat tempatan turut mengucapkan tahniah kepada Nik Amir dan pasukannya.

BACA JUGA: Filem ‘Imaginur’ Wakili Malaysia Ke Festival Filem Asia New York (NYAFF) 2022

Filem Imaginur Raih RM2 Juta Lepas 10 Hari Tayangan Di Pawagam
Sumber Twitter @FinasMy

Sinopsis Filem Imaginur

Filem Imaginur mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Zuhal (Beto Kusyairy) yang mengalami krisis emosi selepas putus tunang sehingga dia mula berdepan dengan serangan panik dalam kehidupan seharian.

Ketika cuba mengejar Nur (Diana Danielle), seorang wanita yang pernah muncul dalam mimpinya, Zuhal terlibat dalam kemalangan dan dia disarankan oleh doktor untuk mencari bantuan pakar hipnosis.

Selepas kehidupan Zuhal semakin kusut, dia nekad untuk bertemu dengan pakar hipnosis tetapi menganggap pakar perubatan itu sebagai ‘scammer’ kerana merasakan penerangannya itu agak mengelirukan.

Namun, kelibat Nur yang dijumpainya ketika membuat rawatan membuatkan Zuhal ingin meneruskan sesi tersebut.

Filem Imaginur Raih RM2 Juta Lepas 10 Hari Tayangan Di Pawagam
Sumber: IMDb

Adakah Nur benar-benar wujud dalam realiti atau hanya sekadar imaginasi Zuhal yang larut dalam sesi rawatan bersama pakar hipnosis?

Kalau anda nak tahu kisah yang berlaku, jom ajak rakan-rakan dan ahli keluar untuk tonton filem Imaginur di pawagam.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd