Now Reading
“Tiger Stripes” Filem Malaysia Pertama Menang Hadiah Utama Di Cannes Critics’ Week

“Tiger Stripes” Filem Malaysia Pertama Menang Hadiah Utama Di Cannes Critics’ Week

Pengarah Tiger Stripes, Amanda Nell Eu, membawa pulang €10,000 (RM49,400) dan menjadi pengarah Asia Tenggara pertama memenangi hadiah utama Cannes Critics’ Week.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Filem Tiger Stripes arahan pengarah, Amanda Nell Eu, melakar sejarah apabila bukan sahaja menjadi filem Malaysia pertama, tetapi juga filem Asia Tenggara pertama yang pernah memenangi Grand Prix, iaitu hadiah utama di La Semaine de la Critique (Cannes Critics’ Week) yang ke-62. La Semaine de la Critique merupakan sebuah acara sampingan sempena Festival Filem Cannes.

Ini menjadikan Amanda Nell Eu pengarah pertama Malaysia dan Asia Tenggara yang memenangi hadiah utama dan menerima €10,000 (RM49,400), lapor Utusan Malaysia. Malah, Eu adalah pengarah perempuan pertama dari Malaysia yang berjaya ke Festival Filem Cannes.

Tiger Stripes merupakan naskah yang dihasilkan secara bersama-sama oleh syarikat produksi dari lapan negara iaitu Malaysia, Singapura, Taiwan, Perancis, Jerman, Belanda, Indonesia dan Qatar. Ia menampilkan beberapa bakat baru seperti Zafreen Zairizal dan Deena Ezral, serta pelakon veteran Shaheizy Sam dan Fatimah Abu Bakar.

Tiger Stripes menjadi filem Malaysia yang keempat layak ke Festival Filem Cannes sejak tahun 1995 selepas Kaki Bakar (U-Wei Saari), Karaoke (Chris Chong Chan Fui) dan The Tiger Factory (Woo Ming Jin).


Tiger Stripes Cerita Tentang Akil Baligh

Walaupun Tiger Stripes dikategorikan sebagai filem seram, ia sebenarnya menceritakan tentang seorang gadis, Zaffan (Zafreen Zairizal) yang berumur 12 tahun dan baru mengalami akil baligh. Keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat memahami perubahan yang terjadi pada tubuh badannya.

Zaffan tidak digemari dan dipulaukan oleh masyarakat kerana sikapnya kelihatan pelik. Zaffan kemudiannya menjadi seorang wanita yang kuat selepas menerima perubahan aneh yang terjadi pada dirinya dan melawan segala ketakutan.

Presiden juri International Critic’s Week, Audrey Diwan dilaporkan oleh The Straits Times, berkata Tiger Stripes sebagai sebuah filem yang menarik dan bersifat tanpa krompomi.

Ia [Tiger Stripes] tidak cuba untuk memuaskan hati penonton, tetapi cukup untuk penonton menerima keanehannya yang menggoda. Ia adalah filem pertama yang kami lihat dalam pemilihan itu. Ia akan kekal lama.

Presiden juri International Critic’s Week, Audrey Diwan

Tiger Stripes juga bertanding untuk hadiah Camera d’Or, anugerah filem terbaik bagi filem yang ditayangkan pada tiga pemilihan Cannes’ iaitu Official Selection, Directors’ Fortnight, or International Critics’ Week.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd