Now Reading
[Video] Kanak-kanak ‘Ponteng’ Sekolah, Sekali Terserempak Dengan Cikgu Pula

[Video] Kanak-kanak ‘Ponteng’ Sekolah, Sekali Terserempak Dengan Cikgu Pula

Murid itu katanya baru habis tengok wayang bersama keluarga di pusat beli-belah ketika terserempak dengan beberapa guru sekolahnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila bergelar murid sekolah, nak tak nak memang kena ikut serta sesi persekolahan setiap hari, melainkan kalau ada urusan kecemasan atau tidak sihat.

Tapi ada juga sengaja tak nak pergi sekolah atau ponteng disebabkan beberapa alasan tertentu. Bila ‘kantoi’ dengan guru-guru, kebanyakan mereka akan rasa gelisah dan redha dengan hukuman yang akan diberikan.

Bila ditanya kenapa ponteng sekolah, mesti mereka akan beri pelbagai alasan.

Murid terkejut bila terserempak dengan guru sekolah

Sama seperti situasi yang berlaku kepada salah seorang kanak-kanak perempuan ini apabila dia terserempak dengan beberapa orang guru sekolahnya pada hari dia tidak hadir ke sekolah.

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengunna TikTok (@HiyaHamid), kanak-kanak itu memberi alasan kononnya dia tidak sihat dan terpaksa ‘cuti’ selama dua hari dari pergi ke sekolah.

Katanya waktu itu dia dan keluarganya baru sahaja habis tengok wayang sebelum terjumpa dengan beberapa guru sekolah yang makan malam di pusat beli-belah tersebut.

Sumber: TikTok/HiyaHamid

Dalam video berkenaan, anda boleh tengok guru itu terus menyergah muridnya dan ‘marah’ atas perbuatan ponteng sekolah.

Lebih menghiburkan lagi adalah apabila kanak-kanak itu terdiam dan sempat memberikan alasan dia tidak dapat hadir ke sekolah kerana batuk.

Di akhir video, mereka saling berpelukan antara satu sama lain dan guru-guru tersebut juga menjelaskan mereka hanya bergurau sahaja.

Video berkenaan telah merai h 312,600 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@hiyahmxd/video/7115433727852858651?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fwww.therakyatpost.com%2Ffun%2F2022%2F08%2F08%2Fwatch-child-gets-scolded-for-skipping-school-after-bumping-into-her-teachers-at-the-mall%2F&referer_video_id=7115433727852858651

Orang ramai terhibur tengok reaksi kanak-kanak itu

Di ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial terhibur melihat reaksi kanak-kanak perempuan itu yang terkedu selepas terserempak dengan beberapa orang guru sekolahnya.

Ada juga yang sempat berkongsi pengalaman masing-masing waktu ponteng sekolah masa zaman jadi pelajar.

Alamak, boleh pula terserempak dengan cikgu-cikgu di luar. Kalau kami pun mungkin terkedu nak bagi alasan apa macam kanak-kanak perempuan itu.

BACA JUGA: [Video] Murid Prasekolah Teruja Belajar Jadi Anggota Bomba. Comel Je!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd