Now Reading
[Video] Demi Rai Bakal Pengantin, Pramugari Minta Penumpang Tulis Nasihat Atas Tisu Kepada ‘Bride-To-Be’

[Video] Demi Rai Bakal Pengantin, Pramugari Minta Penumpang Tulis Nasihat Atas Tisu Kepada ‘Bride-To-Be’

Pramugari dalam penerbangan Southwest Airline itu dilihat membuat pengumuman kepada orang ramai bahawa salah seorang penumpang dalam kapal terbang itu bakal berkahwin tidak lama lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Beberapa minggu sebelum seseorang mendirikan rumah tangga, sudah menjadi satu amalan sesetengah masyarakat di mana rakan-rakan mereka akan mengadakan majlis ‘bachelorette’ kepada individu yang bakal berkahwin.

Kebiasaannya aktiviti ini dilakukan dalam kalangan kenalan rapat sebagai kenangan terakhir bagi mereka yang akan mengakhiri zaman bujang dan bergelar suami isteri dengan pasangan pilihan masing-masing.

Majlis ‘bachelorette’ ini rata-ratanya dilakukan dengan cara pergi bercuti, makan bersama-sama atau ‘staycation’ di hotel.


Pramugari Buat Kejutan Dalam Kapal Terbang Kepada Wanita Yang Bakal Berkahwin

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@brikunk), pengalaman seorang wanita yang dalam perjalanan menaiki kapal terbang untuk ke Austin bagi menyambut majlis ‘bachelorette’ bersama rakan-rakannya bertukar sebak apabila diberikan sebuah kejutan istimewa.

Dalam video berkenaan, seorang pramugari dalam penerbangan Southwest Airline yang dikenali sebagai Dena dilihat membuat pengumuman kepada orang ramai bahawa salah seorang penumpang dalam kapal terbang terbabit bakal berkahwin tidak lama lagi.

Bagi meraikan perkara tersebut, pramugari itu meminta penumpang wanita yang sudah bergelar isteri untuk menulis nasihat tentang perkahwinan di atas sehelai tisu yang diberikan.

Sumber: TikTok @brikunk

Kemudian setiap tisu yang ‘berisi’ nasihat berkenaan akan dikumpul dan diberikan kepada ‘bride-to-be’ terbabit.

Kejutan istimewa yang dibuat itu membuatkan wanita yang bakal berkahwin itu menunjukkan reaksi sebak dan tersentuh hati dengan layanan yang diberikan kepadanya.

Kejutan itu tidak terhenti sehingga itu sahaja ya.

Sumber: TikTok @brikunk

Wanita berkenaan juga dipakaikan kalung ‘bride-to-be’ yang dibuat khas menggunakan cantuman pek snek dalam kapal terbang manakala tiara tersebut pula dicipta menggunakan gabungan bungkusan minuman.

“Saya rasa terharu sangat. Saya akan buat buku skrap dengan segala kepingan nasihat yang saya dapat ini. Pramugari Dena dan syarikat penerbangan Southwest Airline, anda memang terbaik,” kata wanita itu.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 8.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@brikunk/video/7358267661450513706

Netizen Luah Rasa Terharu Lihat Tindakan Pramugari Itu

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang memuji tindakan murni oleh pramugari berkenaan kerana menjadikan percutian ‘bachelorette’ wanita tersebut sebagai satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Siap ada yang minta agar pramugari terbabit diberikan kenaikan gaji kerana tindakan baiknya itu.

Seorang netizen turut meluahkan rasa tersentuh hati melihat hubungan sesama wanita yang saling memberi sokongan antara satu sama lain.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang sebak membaca beberapa nasihat yang diberikan oleh penumpang lain dalam kapal terbang itu.

Sumber: TikTok @brikunk

Terharu pula tengok kejutan yang diberikan oleh pramugari itu. Rasa macam dalam filem Barbie, di mana semua wanita saling memberi sokongan dan semangat antara satu sama lain.

Ini barulah dinamakan ‘Girlhood’!

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Tips Untuk Bakal Pengantin Semasa ‘Final Fitting’ Baju Nikah

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Nak Kahwin Tapi Masih Tak Pasti Matlamat Perkahwinan” – Coach Taaruf Ini Beri Penjelasan Tepat

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Penting Untuk Bakal Suami Dengar Khutbah Soal Nikah? Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd