Now Reading
Lebih 1.6 Juta Tontonan Di TikTok, Gelagat Staf Disimbah Air Hingga Kuyup Demi Marketing Cuit Hati Netizen

Lebih 1.6 Juta Tontonan Di TikTok, Gelagat Staf Disimbah Air Hingga Kuyup Demi Marketing Cuit Hati Netizen

Seorang pekerja lelaki dari kedai makan Sini Roadside dilihat bersungguh-sungguh mempromosikan bisnes sehingga sanggup disimbah air.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, taktik pemasaran untuk sesebuah perniagaan tidaklah sama seperti waktu dahulu.

Kalau nak dibandingkan, pengusaha zaman sekarang lebih cenderung menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan produk atau servis mereka.

Bahkan, golongan ini juga melakukan promosi-promosi unik dengan menggunakan trend kini yang boleh membuatkan orang ramai terhibur.


Pekerja Sanggup Disimbah Air Demi Promosi Kedai Makan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di akaun TikTok (@sini.roadside) menyaksikan seorang pekerja kedai makan sedang mempromosi perniagaan.

Selalunya, kita dapat lihat para peniaga menerangkan tentang produk mereka secara formal atau santai menerusi video.

Namun, teknik pemasaran dilakukan oleh seorang ‘talent’ Sini Roadside itu sangat lain daripada yang lain. Pasti anda tidak dapat menjangka apa yang dilakukan olehnya.

Pada awal perkongsian, terdapat sebuah klip video menyaksikan seorang individu sedang memotong buah kelapa. Namun selepas beberapa saat, pekerja lelaki itu pula muncul dengan keadaan basah apabila dirinya disimbah dengan air yang banyak.

Sumber: TikTok (@sini.roadside)

Peralihan (transition) TikTok tersebut seolah-olah mahu menunjukkan bahawa pekerja tersebut disimbah dengan sisa air kelapa semasa dipotong.

Lebih mencuit hati adalah apabila pekerja berkenaan meneruskan promosi kedai makan seperti biasa sambil memerah bajunya yang basah lencun.

Datang lah. Kita beroperasi sampai malam raya. Raya kedua (kedai) buka, raya pertama je cuti. Datang eh, tempat lepak banyak.

Pekerja Sini Roadside.

Riak wajah lelaki itu memang kelakar!

@sini.roadside Orang marah main nyawa , kita main benda lain pulak😔 #ramadhan2024🕌 #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #fakesituation #allfake⚠️ #fakebodyy⚠️ #acting ♬ original sound – Sini.Roadside

Netizen Terhibur Dengan Idea Kreatif Pemasaran

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan idea pemasaran kreatif yang dilakukan oleh peniaga.

“Effort macam ni saya sanggup datang (kedai) bang,” ujar seorang warganet.

Malah orang ramai juga berharap agar lelaki tersebut diberikan bonus disebabkan usaha gigih yang berterusan untuk menaikkan nama kedai.

“Abang ni dapat bonus baru kami datang kedai,” kata seorang wanita.

Walaupun disimbah dengan air, namun usaha perkerja itu dalam mempromosi kedai makan sememangnya berjaya apabila ramai individu meluahkan hasrat untuk singgah ke sana.

“Kalau dah kena simbah air tu, memang kena datang,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@sini.roadside)

Selalu Ikut Trend Untuk Promosi Kedai Makan

Ini bukanlah kali pertama kedai makan itu melakukan video promosi yang mencuit hati para pelanggan. Sebelum ini, lelaki yang sama turut memuat naik satu video menyaksikan dia mempromosi kedai dengan cara yang agak ‘extreme’.

Dalam hantaran tersebut, pekerja berkenaan dilihat sedang meniru kelakuan seorang promoter wanita yang memanjat segala kereta yang dijual.

@sini.roadside Review kedai sini roadside harini ☺️ #acting #fyppppppppppppppppppppppp #fakesituation⚠️ #fakebodyy⚠️ #kemaman #cafeviral #foodtiktok ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Dalam konteks ini, lelaki itu telah memanjat segala benda yang dinampak di kedai makan berkenaan termasuklah kaunter bayaran dan tempat menyediakan air. Tidak terhenti di situ sahaja, dia juga dilihat melompat ke arah sebuah kerusi sehingga ia patah.

Macam-macam gelagat peniaga sekarang ini. Tetapi kalau ia boleh naikkan jualan apa salahnya?

Baca Artikel Berkaitan: “Sek Kito Jange Pecoh” – Gelagat Peniaga Di Madinah Cakap Loghat Kelantan Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Telatah Peniaga Jual Nasi Lemak Secara Live Siap Boleh ‘Lock’ Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Peniaga Sambung Bungkus Nasi Lemak Walau Kanopi Dah Terbang Bikin Orang Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd