“Sek Kito Jange Pecoh” – Gelagat Peniaga Di Madinah Cakap Loghat Kelantan Buat Ramai Terhibur
Difahamkan peniaga yang menjual buah kurma dan coklat di Madinah itu mahir bertutur loghat Kelantan kerana ramai masyarakat Kelantan yang berkunjung ke kedainya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, bahasa Melayu di Malaysia ini mempunyai pelbagai jenis loghat mengikut negeri masing-masing. Ada loghat Kelantan, Negeri Sembilan, dan negeri-negeri di sebelah utara seperti Kedah dan juga Pulau Pinang.
Walaupun mereka bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi tidak semua orang yang boleh memahami percakapan mereka. Ditambah pula dengan loghat yang agak pekat, memang lambat sikit nak faham.
Antara ‘tagline’ yang boleh dikatakan agak popular dalam kalangan masyarakat di negeri Kelantan adalah ‘Sek Kito Jange Pecoh’ yang bermaksud “Rakyat Kelantan Tidak Berpecah-belah”
‘Tagline’ itu bukan setakat popular di Malaysia, malah ia sudah sampai ke tanah Arab ya.
Peniaga Di Madinah Boleh Bercakap Dalam Loghat Kelantan
Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@amirhadijaaffar), seorang peniaga buah kurma dan coklat di Madinah menunjukkan kemahirannya bertutur dalam loghat Kelantan.
Paling unik lagi, peniaga berkenaan juga boleh promosikan barangan jualan dalam loghat Kelantan.
Nak kurma coklat kurma murah sini, Harga pecoh pale. Sek kito jange pecoh. Nak beli coklat kurma mari beli sini muroh. Kita sekampung ore Kelate. Bagi muroh-muroh.
Peniaga di Madinah bertutur dalam loghat Kelantan.
Jemaah haji tersebut juga ketawa dan terhibur melihat gelagat peniaga berbangsa Arab itu yang mahir bercakap menggunakan loghat Kelantan. Siap bagitahu dia suka makan nasi kerabu dan budu.
Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 243,700 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
@amirhadijaaffar Ore Arab kecek kelate. #Kelantan #Madinah #fyp
♬ bunyi asal – AmirJaaffar – AmirJaaffar
Dalam video lain yang dimuat naik, jemaah haji dari Malaysia itu bertanya kepada peniaga tersebut bagaimana dia boleh mahir bercakap dalam loghat Kelantan.
Katanya sebab ramai orang Kelantan yang datang ke kedainya dan dari situlah dia mula belajar daripada pelanggan-pelangannya.
@amirhadijaaffar Membalas kepada @Cik kuntum #fyp #sekkitojangepecoh
♬ bunyi asal – AmirJaaffar – AmirJaaffar
Netizen Terkejut Dengar Orang Arab Fasih Loghat Kelantan
Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen terutamanya mereka yang berasal dari Kelantan terhibur mendengar pertuturan peniaga Arab yang fasih bercakap menggunakan loghat mereka.


Malah, ada juga rakyat Malaysia yang pernah datang ke kedai tersebut ketika mengunjungi Madinah. Difahamkan memang peniaga itu suka bertutur menggunakan dialek Kelantan.

Dalam pada itu, netizen yang lain pula bangga apabila loghat Kelantan itu dikenali di seluruh dunia dan bukannya di Malaysia sahaja.


Individu Dari Negeri Kelantan Yang Telah Berjaya & Popular
Ramai juga anak Kelantan yang kini dilihat sudah berjaya dan semakin dikenali ramai selepas mereka keluar dari kepompong ‘Tipikal Kelantan’. Antaranya:
- Khairul Aming
- Sofyank96
- Syahmi Sazli
Orang Kelantan juga dikenali dengan semangat dalam berniaga dan boleh dikatakan banyak juga produk di Malaysia ini termasuklah barangan kecantikan yang dihasilkan dari Kelantan.
BACA JUGA: Khairulaming Dedah Raih RM8.6 Juta Hasil Jual Sambal Nyet Selama Setahun. Wow!
BACA JUGA: “Next Level Ni!” – Kolaborasi Sofyank & Paul Rudd Buat Rakyat Malaysia Berbangga [Video]
BACA JUGA: Apa Maksud ‘Tipikal Kelantan’? Ini 4 Pendapat Dari Pengguna Twitter
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.