Now Reading
[Video] Telatah Peniaga Jual Nasi Lemak Secara Live Siap Boleh ‘Lock’ Buat Ramai Terhibur

[Video] Telatah Peniaga Jual Nasi Lemak Secara Live Siap Boleh ‘Lock’ Buat Ramai Terhibur

Peniaga tersebut tidak mengetahui sama ada pesanan yang dilakukan hanya sekadar gurauan atau benar, namun dia tetap membungkuskannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Di zaman serba canggih ini, proses menjual beli tidak hanya berlaku secara bersemuka, malah ia boleh dijalankan secara atas talian (online).

Selain itu, aplikasi-aplikasi media sosial yang semakin banyak juga memberikan peluang kepada para peniaga menjual dan mempromosikan barang jualan mereka melalui siaran langsung (live) yang tersedia secara percuma.

Bagi mereka yang gemar menonton ‘live’ dalam aplikasi TikTok mahupun Instagram pula, pasti pernah mendengar ayat seperti ‘lock’ yang kebiasaannya digunakan oleh peniaga barangan terpakai (bundle).

Berniaga nasi lemak ‘live’ macam jual barang bundle, boleh lock dulu

Namun, siapa menyangka seorang peniaga nasi lemak ini turut melakukan cara yang sama ketika sedang berniaga di bahu jalan sekitar Kuantan, Pahang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @hanaezydeals, lelaki terbabit menggunakan platform media sosial tersebut untuk menjual nasi lemak secara live.

Kebanyakan pembeli datang daripada TikTok live

Walaupun dia sedang melakukan perniagaan secara fizikal, namun kelihatan kebanyakan pembeli datanya daripada TikTok live yang menempah terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

“Nasi lemak ayam empat, telur dua betul kak eh? Saya dah lock dah nasinya” kata lelaki itu ketika salah seorang pelanggannya membuat tempahan secara online.

Pada masa sama, seorang lagi pelanggannya turut melakukan tempahan secara online dengan meminta peniaga terbabit membungkus empat nasi lemak ayam.

“Ha simpankan nasi lemak ayam empat, nak lock nasi lemak empat? Aish semua orang pakai lock dalam ni je,” katanya lagi.

Peniaga tersebut tidak mengetahui sama ada pesanan yang dilakukan hanya sekadar gurauan atau benar, namun dia tetap membungkuskannya.

Bagaimanapun, dalam video sama kelihatan sebuah kereta berwarna putih melakukan pusingan U dan berhenti di hadapan kedainya untuk mengambil dan membayar nasi lemak yang telah ditempahnya tadi di dalam live.

Difahamkan, lokasi perniagaan nasi lemak tersebut adalah berhampiran jalan masuk perumahan di Bukit Rangin Perdana 2, Kuantan.

Ramai terhibur tengok nasi lemak boleh ‘lock’ dalam ‘live’

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur melihat cara lelaki tersebut menjual nasi lemak secara ‘lock’ di dalam live.

Malah mereka turut mengatakan cara yang digunakan itu kelihatan lebih menyenangkan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd