Now Reading
Mydin Tawar Baju Melayu RM5 Sehelai, Netizen Ucap Terima Kasih Kerana Beri Harga Mampu Milik

Mydin Tawar Baju Melayu RM5 Sehelai, Netizen Ucap Terima Kasih Kerana Beri Harga Mampu Milik

Baju Melayu untuk lelaki dewasa itu dijual dengan harga RM5 sehelai di Mydin Mall Meru Raya, Ulu Kinta, Perak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam tempoh dua minggu sebelum menjelang bulan Syawal, ramai yang sudah membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Ada yang masih mencari baju raya mengikut warna pilihan mereka di merata-rata tempat. Itu belum termasuk kasut, beg tangan, tudung dan sebagainya.

Di dalam kesibukan itu, wujud sesetengah masyarakat yang kurang berkemampuan untuk berbelanja barangan sedemikian dek kerana faktor ekonomi dan kewangan yang tidak mengizinkan.


Netizen Luah Tidak Mampu Beli Baju Raya Baharu Untuk Tahun Ini

Dalam satu ciapan dimuat naik di laman X (@Kiselwitxh), wanita ini berkongsi semula beberapa komen orang ramai tentang kisah mereka yang tidak berpeluang untuk membeli baju raya pada tahun ini.

Segelintir individu menceritakan mereka hanya akan menerima gaji selepas hari raya dan tidak mempunyai rezeki untuk membelikan kelengkapan Aidilfitri buat anak-anak.

Selain itu, ada juga yang berdepan kesusahan kerana perniagaan tidak meraih sebarang jualan sehingga terpaksa mencatu makanan seisi keluarga apatah lagi untuk membeli baju raya.


Mydin Tawar Baju Melayu Sehelai Berharga RM5 Sahaja

Baru-baru ini menerusi video dimuat naik di TikTok (@abdulazimbinabdulilah), lelaki ini yang berada di pusat membeli-belah Mydin meluahkan rasa terkejut selepas melihat harga sehelai Baju Melayu yang ditawarkan di sana.

Harga promosi yang ditawarkan oleh Mydin adalah serendah RM5 sahaja untuk sehelai Baju Melayu dewasa yang sesuai dipakai semasa hari raya. Difahamkan seluar tidak dijual sekali bersama pakaian tersebut.

Siapa sangka, masih ada pihak yang menjual baju raya yang cukup murah dan ‘mesra-poket’ untuk menyambut Aidilfitri.

“Alhamdulilllah terima kasih Mydin. Rasa macam nak menangis. Awak, modal RM5 dah boleh raya tahun ni,” kata pengguna TikTok itu.

Hasil pemerhatian kami, lokasi Mydin berkenaan adalah di Mydin Mall Meru Raya, Ulu Kinta, Perak.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 486,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@abdulazimbinabdulilah/video/7349837870451936530

Netizen Ucap Terima Kasih Kepada Mydin

Di ruangan video tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa bersyukur serta mengucapkan terima kasih kepada pihak Mydin kerana menawarkan harga promosi yang sangat murah kepada pelanggan mereka.

Sesetengah netizen turut berpendapat pihak Mydin memahami ekonomi rakyat Malaysia dengan menawarkan harga murah, bukan sahaja untuk barangan harian malah kelengkapan raya.

“Mydin faham rakyat Malaysia,” kata netizen.

Dalam pada itu, netizen juga menganggap tindakan Mydin yang mahu meringankan beban pada mereka yang kurang berkemampuan juga dikira sebagai satu ibadah.

“Meringankan bebas pada yang kurang mampu satu ibadah juga. Tahniah Mydin,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Mungkin ada yang akan mempersoalkan kualiti pakaian tersebut oleh kerana harganya yang terlalu murah.

Tetapi bagi mereka yang kurang berkemampuan, ia dapat memberikan sinar kegembiraan untuk menyambut Aidilfitri kerana berpeluang membeli pakaian baru pada raya kali ini.

Mungkin ia nampak kecil di mata kita, tetapi cukup besar bagi mereka.

Terima kasih Mydin!

Baca Artikel Berkaitan: Mydin: Bagaimana Dari Sebuah Kedai Runcit Kecil Menjadi Pasar Raya Terkenal Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Pengarah Mydin Halalkan Barang Diambil Oleh Mangsa Banjir

Baca Artikel Berkaitan: “Sampai Mati Saya Akan Teruskan Menu RAHMAH” – Ameer Ali Mydin Sebak Dengan Pemergian Salahuddin Ayub


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd