Now Reading
Ameer Ali Mydin Dedah ‘Rahsia’ Di Sebalik Kejayaannya

Ameer Ali Mydin Dedah ‘Rahsia’ Di Sebalik Kejayaannya

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin berpendapat mengahwini pasangan yang tepat adalah sangat penting kerana sokongan positif perlu datang dari mereka.

Ameer Ali Mydin Dedah 'Rahsia' Di Sebalik Kejayaannya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pasar Raya Mydin merupakan salah satu lokasi yang menjadi kegemaran orang ramai untuk membeli barangan keperluan harian seperti sabun basuh, makanan, minuman dan sayur-sayuran dan sebagainya.

Bermula dengan sebuah kedai runcit yang kecil pada tahun 1957 di Kelantan, kini Pasar Raya Mydin mempunyai pelbagai cawangan pasar raya di seluruh Malaysia. 

Perniagaan pasar raya ini diambil alih oleh salah seorang anak kepada pengasas Pasar Raya Mydin iaitu Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin yang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan sehingga sekarang.

BACA JUGA: Mydin: Bagaimana Dari Sebuah Kedai Runcit Kecil Menjadi Pasar Raya Terkenal Di Malaysia

BACA JUGA: Mydin Gesa Isu Kekurangan Bekalan Telur Diselesaikan Segera


Ameer Ali Mydin Kongsi Kejayaan Dalam Perniagaan Dengan Mengahwini Pasangan Yang Tepat

Menerusi petikan video dari temu bual bersama stesen radio BFM yang dimuat naik di laman Instagram (@ameermydin), beliau berkongsi ‘rahsia’ di sebalik kejayaan pasar raya Mydin yang dimilikinya sekarang.

Menurutnya, rahsia di sebalik kejayaan tersebut adalah dengan mengahwini pasangan yang tepat dan tidak putus memberi sokongan serta dorongan.

Mengahwini pasangan yang tepat adalah kunci kejayaan para usahawan. Ini kerana mereka perlu berada di sisi dan akan menjadi individu yang banyak berkorban.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin.
Sumber: Instagram @ameermydin

Malah, buku MYDIN: The Untold Story yang diterbitkan pada tahun 2012 juga ditulis oleh isterinya, Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd.

Walaupun buku tersebut ditulis oleh isterinya, tetapi hanya gambar Ameer Ali Mydin diletakkan di buku hadapan.

Semua orang cakap, “Wah, awaklah lelaki itu.” Tidak. Sebenarnya saya bukanlah lelaki itu dan ada seorang wanita bersama saya yang yang menulis buku tersebut.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin.
Sumber: Instagram @ameermydin

Penyampai radio yang menemu bual beliau turut menambah bahawa setiap kejayaan seorang lelaki akan ada wanita yang lebih kuat di belakang mereka.

Namun, ungkapan tersebut dikatakan kurang dipersetujui oleh isteri beliau kerana menganggap dirinya tidak berada di ‘belakang’, tetapi sentiasa bergerak seiring untuk memberi sokongan.

Isteri saya kurang setuju dengan kata-kata tersebut kerana bagi dirinya, dia tidak berada di belakang. Tetapi berada bersama dengan saya dalam setiap kejayaan.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin.

Tips Untuk Bahagiakan Isteri

Isteri adalah kunci kebahagiaan kepada sesebuah rumah tangga. Apabila para suami menjaga isteri dengan baik, percayalah rumah anda tidak akan hilang serinya.

Antara tips untuk membahagiakan isteri anda adalah seperti berikut:

  • Memberi perhatian kepada sekecil-kecil perkara yang isteri suka.
  • Meluangkan masa untuk mendengar cerita atau keluhan isteri.
  • Memberi sentuhan fizikal seperti mengurut anggota badan dan memeluk mereka.
  • Memberi ganjaran kepada isteri sebagai tanda menghargai jasa mereka menguruskan keluarga.
  • Mengeluarkan kata-kata yang boleh menggembirakan hati mereka seperti ‘Terima kasih’ atau ‘I love you’.

Bila dua-dua ‘give and take’ untuk menggembirakan satu sama lain, barulah kehidupan berumah tangga dapat dijalani dengan lebih lancar.

BACA JUGA: [Video] Suami Senyap-senyap Renovate Rumah, Reaksi Isteri Buat Ramai Tersentuh Hati

BACA JUGA: Hadiahkan Isteri Kasut Baru, Suami Terkejut Rezeki Masuk Sekelip Mata Dalam 1 Hari

BACA JUGA: Suami Boleh Carum 2% Syer KWSP Kepada Isteri Menerusi i-Sayang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd