Now Reading
“Sampai Mati Saya Akan Teruskan Menu RAHMAH” – Ameer Ali Mydin Sebak Dengan Pemergian Salahuddin Ayub

“Sampai Mati Saya Akan Teruskan Menu RAHMAH” – Ameer Ali Mydin Sebak Dengan Pemergian Salahuddin Ayub

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin nekad mahu meneruskan inisiatif Menu RAHMAH di Mydin bagi menyambung legasi yang diwujudkan oleh Salahuddin Ayub.

"Sampai Mati Saya Akan Buat Menu RAHMAH" - Ameer Ali Mydin Sebak Dengan Pemergian Salahuddin Ayub

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub yang dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir beliau semalam (23 Julai) mengejutkan ramai pihak.

Artikel Berkaitan: Menteri KPDN, Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

Ketiadaan lagi susuk tubuh Salahuddin di Malaysia pastinya memberi kesan yang cukup mendalam lebih-lebih lagi kepada golongan B40 yang telah banyak memanfaatkan inisiatif diwujudkan oleh beliau.

Salahuddin dikenali sebagai Bapa RAHMAH kerana menjadi pengasas kepada inisiatif Payung Rahmah yang telah banyak membantu dari segi mengurangkan kos beban hidup rakyat.

Antara inisiatif Payung RAHMAH yang paling mendapat sambutan menggalakkan adalah Menu RAHMAH yang menawarkan hidangan serendah RM5 berserta minuman.

Artikel Berkaitan: 15,000 Restoran Tawar Menu Rahmah RM5 Demi Bantu Golongan B40

Sumber: MalayMail

Pengarah Mydin Malaysia Tekad Mahu Teruskan Menu RAHMAH

Berita duka tentang pemergian Salahuddin Ayub turut memberi kesan kepada Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin kerana beliau merupakan antara golongan terawal mengaplikasikan inisiatif Payung RAHMAH di Malaysia.

Menerusi satu temu bual yang dI Astro Awani, beliau menceritakan sedikit sebanyak tentang keperibadian Allahyarham semenjak memegang jawatan sebagai Menteri KPDN berikutan hubungan mereka berdua yang agak rapat.

Walaupun dia seorang menteri, tetapi dia macam seorang kawan sebab dia akan jawab soalan tanpa kira waktu. Kalau kita tanya pada dia, macam mana pun kalau 12 malam pun, dia akan telefon balik. Saya harap Malaysia akan ada menteri atau perdana menteri seperti beliau yang berkhidmat dari hati.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin.

Tambah beliau lagi, inisiatif Payung RAHMAH yang diperkenalkan oleh Salahuddin dianggap perkara yang ‘simple’ tetapi cukup memberi kesan dalam membantu rakyat.

Malah, inisiatif tersebut juga katanya dilakukan dengan rela hati dan bukannya dipaksa oleh Menteri KPDN selepas melihat cara Allahyarham mahu membantu rakyat dengan sepenuh hati.

Berbeza dengan yang lain yang selalunya diarahkan untuk buat. Kita tak pernah diarah, kita ditanya ‘Nak ke tak nak?’. Up to you untuk buat ke tak.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin.
Sumber: Facebook Salahuddin Ayub

Dalam temu bual tersebut, pemberita bertanya soalan kepada pengarah Mydin berkenaan tentang cara yang boleh dilakukan bagi meneruskan inisiatif Payung RAHMAH di Malaysia.

Namun, jawapan yang diberikan oleh beliau bertukar sebak apabila soalan itu dijawab dengan nada suara dipercayai sedang menahan tangisan.

Saya daripada pihak Mydin memang akan teruskan Menu RAHMAH ini. Sampai mati saya buat. Okey terima kasih.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin.

Jawapan sebak yang diberikan oleh pengarah Mydin itu yang diakhiri dengan suasana sebak membuatkan keadaan bertukar senyap buat sementara waktu sebelum siaran disambung semula oleh pemberita.


Inisiatif Payung RAHMAH Diperkenalkan Oleh Salahuddin Ayub Bantu Ramai Pihak

Semasa bergelar Menteri KPDN, beliau telah mewujudkan satu inisiatif yang memberi khabar gembira kepada rakyat bagi meringankan beban hidup masyarakat, terutamanya golongan B40.

Payung RAHMAH yang diperkenalkan oleh Salahuddin pada Januari 2023 dikembangkan kepada pelbagai bahagian seperti Menu RAHMAH, Bakul RAHMAH, Insurans RAHMAH, Cermin Mata RAHMAH dan sebagainya.

Sumber: MalayMail

Selain Menu RAHMAH, KPDN juga memperkenalkan Pakej RAHMAH Insurans serendah RM5 sebulan atau RM36 termasuk cukai jualan.

Pakej RAHMAH Insurans ini boleh dimohon oleh semua rakyat Malaysia berusia 16 sehingga 65 tahun dan boleh diperbaharui sehingga usia 70 tahun.

Bukan itu sahaja, KPDN juga memperluaskan inisiatif Payung RAHMAH dengan melancarkan Pakej RAHMAH Cermin Mata dengan harga serendah RM50.

Sumber: YouTube Astro Awani


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd