Pengarah Mydin Halalkan Barang Diambil Oleh Mangsa Banjir
Di sebalik kerugian jutaan ringgit, Mydin seikhlas hati menghalalkan barangan yang diambil oleh mangsa banjir.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bencana banjir boleh dikatakan berlaku hampir setiap tahun di beberapa buah negeri terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Namun, banjir yang berlaku di Selangor pada musim tengkujuh ini memang mengejutkan ramai pihak ekoran dari hujan lebat yang berterusan sejak Jumaat (17 Disember).
Ramai yang terkesan sehinggakan ada yang terpaksa pecah masuk beberapa kedai untuk mendapatkan barangan keperluan terutamanya makanan.
Pasar Raya Mydin turut tidak terkecuali.
Mydin anggap derma makanan kepada mangsa banjir
Baru-baru ini, pihak pasar raya terkemuka iatu Mydin mengeluarkan kenyataan tentang insiden mangsa banjir pecah masuk Mydin Mart di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Menurut kenyataan, Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin meluahkan rasa simpati terhadap bencana banjir yang melanda warga Selangor.
Meskipun turut mengalami kerugian melebihi jutaan ringgit akibat banjir, namun pihak Mydin dengan seikhlas hati memaklumkan bahawa mereka MENGHALALKAN segala barangan yang diambil oleh mangsa banjir.
Perbuatan mengambil barang itu tidak disokong tetapi dikecualikan demi kelangsungan hidup ketika dilanda bencana.
Beliau juga berharap agar kesemua mangsa banjir selamat dan keadaan banjir serta pandemik ini pulih dengan segera.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.