Now Reading
Cuti Bukan Hak Kita: Kenyataan JPA Bikin Rakyat Malaysia Bengang

Cuti Bukan Hak Kita: Kenyataan JPA Bikin Rakyat Malaysia Bengang

Menurut JPA, kadar kelayakan Cuti Rehat adalah 20, 25, 30 atau 35 hari setahun tertakluk kepada peraturan berkuat kuasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tak kisahlah kerja di mana-mana sekalipun, setiap pekerja akan diperuntukkan cuti bagi menjaga kebajikan mereka.

Mengikut undang-undang pekerjaan di Malaysia, terdapat enam jenis cuti yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja.

Enam cuti yang WAJIB diberikan itu adalah:

  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit
  • Cuti ‘Hospitalisation’
  • Cuti Bersalin
  • Cuti Paterniti
  • Lima Cuti Umum

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dedah Cuti Bukan Hak Pekerja

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @jpagov), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan bahawa cuti bukanlah hak pekerja dan ia adalah satu kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam.

Dalam visual dimuat naik bersama ciapan itu, JPA memaklumkan terdapat perbezaan antara cuti tahunan, cuti sakit dan kebenaran tidak hadir kerja atas sebab-sebab kecemasan am.

Menurut JPA, kadar kelayakan Cuti Rehat adalah 20, 25, 30 atau 35 hari setahun tertakluk kepada peraturan berkuat kuasa.

Namun, jumlah yang diberikan ini tidak termasuk kategori berikut:

  • Hari Rehat Mingguan
  • Hari Kelepasan Mingguan
  • Hari Kelepasan Am

Manakal Cuti Rehat boleh diambil pada bila-bila masa dalam tahun berkenaan dengan kelulusan Ketua Jabatan.

Sekiranya tempoh cuti tersebut (Cuti Rehat) masih tidak dihabiskan pada tahun pertama, ia boleh dibawa (carryforward) hingga ke tahun ke-3.

Perkara ini boleh merujuk kepada pekeliling Perintah Am 7 hingga 11 Bab C (Cuti) dan MyPPSM SR.5.1.1 bagi mengetahui lebih lanjut mengenai cuti rehat tahunan.


Netizen Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Kenyataan JPA Tentang Cuti

Kenyataan JPA berhubung cuti tahunan untuk para pekerja itu menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Namun, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang dengan perkara tersebut kerana berpendapat cuti adalah hak untuk semua pekerja.

Tambah netizen lagi, pekerja yang tidak diberikan cuti dikatakan seolah-olah seperti ‘hamba’.

“Semua orang berhak untuk cuti dan rehat. Manusia bukan hamba. Lagipun rehat penting untuk pekerja sihat dan produktif”, tegas netizen.

Sementara itu, segelintir netizen mempersoalkan sama ada cuti yang termaktub dalam Akta Kerja 1995 terpakai atau tidak kepada penjawat awam.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang mencadangkan agar pihak JPA memperkenalkan cuti separuh hari bagi memudahkan penjawat awam.

Sumber: X (Twitter)

Cara Buat Laporan Jika Majikan Tak Beri Cuti Kepada Pekerja

Sebelum ini, seorang jurulatih kerja dikenali sebagai Farid Affy telah berkongsi cara-cara untuk membuat laporan sekiranya majikan melanggar terma dan syarat bagi pekerja yang ingin memohon cuti.

Laporan boleh dibuat oleh pekerja kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
  2. Aplikasi Working For Workers
  3. Pejabat JTK berhampiran
  4. Surat kepada JTK
  5. E-mel kepada JTK

Borang aduan boleh didapati melalui laman web JTK.

Gambar sekadar hiasan.

Bagi mengukuhkan lagi laporan, pekerja boleh melampirkan dokumen seperti surat tawaran pekerjaan, kontrak pekerjaan dan slip gaji.

Laporan juga boleh dilakukan secara berkumpulan dengan menyertakan nama, kad pengenalan dan warganegara pengadu-pengadu lain.

Aduan yang dilakukan kepada JTK bukan sahaja jika pihak majikan tidak memberi korang cuti yang sepatutnya, tetapi juga bagi masalah lain seperti tidak membayar gaji dan tidak memberi pampasan berkaitan.

Baca Artikel Berkaitan: Majikan Langgar Terma & Syarat Atau Tak Bagi Cuti Sepatutnya? Ini Cara Untuk Report!

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Kalau Terima MC Ketika Sedang Cuti Tahunan?

Baca Artikel Berkaitan: Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 Bermula 1 Januari 2023. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd